888 Review

Asal usul perkataan HAWAU

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:10 AM Comments : 4 Labels :
Assalamualaikum, hai :)

Lama dah aku tak update apa-apa kat sini. so hari ni aku nak cerita pasal asal usul perkataan HAWAU atau apa sebenarnya maksud HAWAU ni? Hmm.

Helok ke tak helok sebenarnya maksud disebalik perkataan tersebut?

Ok, since aku dah 6 tahun duduk kat Melaka Bandaraya Bersejarah, melawat Melaka ibarat melawat Malaysia (eh! terberiklan pula. Hee) so aku dah familiar la dengan perkataan HAWAU, LAHABAU, LAHANAT semua tu kan. Cumanya dalam entry ni aku nak cerita pasal HAWAU je dulu. LAHANAT dengan LAHABAU tu kita cerita next entry kalau ada yang request atau sekiranya aku rajin (tetttt) hahahaha. Tapi sebenarnya pasal LAHANAT dengan LAHABAU tu dah ada blogger lain cover dah. Just search jela kalau nak tahu. 

"Cari kat internet" kawan aku kata kalau tiap kali aku tanya apa-apa kat dia. Mudah bukan penyelesaian orang sekarang? *emoji mulut senget* Tak pun lagi satu, "Google la". Haiyoo berat betul mulut nak bagi penerangan. Macammana soft skill nak bertambah baik macam tu? Ok Ok aku tak membebel so jom kita go thru pasal HAWAU nih :)

Hawau ni asalnya dari negeri Melaka. Selain tu I do not know lah kalau dia datang melalui perantaraan orang negara lain sebab dulukan Melaka pusat entrepot antarabangsa. Hawau nih kalau kita search dalam kamus ia membawa maksud yang tak baik sebab ianya sejenis kata-kata makian atau membawa maksud celaka. Takde perkataan makian yang baik, kan? :) Even Nabi kita pun berpesan kalau tak mampu nak berkata yang baik-baik u better shut up. Maksudnya diam lebih baik dari berkata-kata la :)

Tapi aku difahamkan juga oleh orang-orang Melaka yang style diorang ni semakin ekstrem darjah penggunaan kata kesat dalam aktiviti penyapaan keatas seseorang individu semakin rapat dan mesra lah tarat perhubungan mereka itu. Haa dah macam duduk dalam kelas sains pulak dah ada penggunaan hipotisis. Semakin blablabla sesuatu perkara, semakin blablabla la perkara satu lagi tu. Gitu la citernyaaaaa.

Image result for maksud hawau

Selain itu, HAWAU ni jugak membawa maksud TAK GUNA BETUL. Kalau ada yang selalu dengar orang duk sembang, "Hawau kau" haaa maksudnya dia kata "Tak guna betul kau".

I just don't get it why orang-orang kita zaman sekarang terlalu selesa dengan kata-kata kesat sebegitu. Kata-kata kan doa. Cuba ajar mulut tu cakap yang baik-baik.

Memang la akan ada yang kata, "Tu memang style aku, dari kecik aku dibesarkan dalam environment tu, situasi tu macammana nak ubah?" atau mungkin jugak akan ada yang kata, "Itu semua style. Kita kena mengikuti perkembangan semasa". 

Hek munggg!

Kita memang tak boleh nak ubah orang tapi kita boleh ubah diri sendiri. Kita boleh pilih perkataan yang macammana yang kita nak guna untuk pertuturan seharian atau doa yang macammana yang kita dambakan dari mulut orang-orang.

Sekian sahaja sharing saya berkaitan hawau. Moga bermanfaat. Apa-apa penambahan lain berkaitan ni boleh letak kat ruangan komen. Komen akan wujud lepas aku publish komen korang keyh :)

4 comments:

  1. kawan sha (lelaki) selalu jugak guna hawau, mcm menyampah je -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu orang laki yang guna perkataan macam tu. Tak tahu lah ye knp. Knp ye kaum lelaki ye? huhu

      Delete
  2. Kite mesti positive,org melaka kata hawau tu nampak cm kasar.. tp org melaka baik baik belaka... 😜

    ReplyDelete
  3. Kite mesti positive,org melaka kata hawau tu nampak cm kasar.. tp org melaka baik baik belaka... 😜

    ReplyDelete