888 Review

Trip jimat ke Cameron Highlands

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:59 AM Comments : 5 Labels :

Melaka - Cameron Highlands - Kelantan


  Sejujurnya aku tak sangka yang trip ni berjaya sebabnya banyak perkara yang diluar kawalan berlaku. Contohnya ada seorang kawan trip (sepatutnya kami pergi berempat) terpaksa tarik diri last minute atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. 

  Lepas tu tetiba pak cik aku mesej kata nak balik Kelantan  sama-sama untuk raya haji. Rasa tak sampai hati nak tolak tapi apa kan daya plan ke Cameron datang terlebih dahulu dari plan nak balik raya sama-sama (maaf pak cikku). Aku risau jugak kot-kot tiket ke Kelantan habis tapi alhamdulillah ada. Lega sikit (pheww) so my pak cik  balik naik bas. 

  Kemuncak dugaan adalah kereta salah sorang dari kami rosak. Sepatutnya pergi dengan 2 kereta. Satu kereta 2 orang tapi sebab dah rosak 1, tinggal kereta 'jaguar' aku jela yang masih gagah perkasa. Aku dah semakin hilang semangat nak pergi tapi semangat kawan aku lagi 2 orang tu belum luntur. So kami plan lain. Dari pergi berempat jadi bertiga. Dari pergi dengan 2 kereta jadi 1 kereta. Dari boleh cut cost ... alhamdulillah masih lagi cut cost. So kos kami ke Cameron setiap seorang adalah ... RM 300 bahkan ada lebihan beberapa ringgit 😁

  Kos ke Cameron Highlands per orang bagi tempoh masa 3 hari:-
  1. Rm 48 (petrol kereta)
  2. Rm 20 (tol)
  3. Rm 80 (hotel E.S.M)
Kos ni dah termasuk sekali dengan perjalanan balik Kelantan, makan minum dan perbelanjaan souvenir dari sana. Jimat bukan?

  Tapi kalau pergi sorang-sorang mungkin tak begitu jimat juga. Let say kita masih mengekalkan perancangan perjalanan yang sama (dari Melaka  ke Cameron Highland dan berakhir di Negeri Serambi Mekah), tol Ayer Keroh ke Tapah berharga rm40. Bagi kos petrol pula lebih kurang rm105. Hotel pulak kalau masih mengekalkan hotel yang sama dengan harga yang sama *baca dengan nada trivago* dah menelan belanja rm240 untuk 3 hari. Total semua rm385. Belum masuk lagi duit makan minum, duit belanja kat sana ... mahu kena bawa rm500 kurang-kurang.

  So guys tips nak jimat yang sebenar-benarnya ialah ... kena pergi ramai-ramai and kebanyakan hal yang general seperti tol, petrol, hotel kita tong-tong. Tapi aku perasan ada juga bilik sewa yang rate harga semalaman antara rm50 ke rm80 area tanah rata kat tempat steamboat De'bamboo. Kena pandai cari and survey.

Jarak 10km JE pun tapi 1jam 46 minit guys. Sanggup?

  Tips lain untuk trip ke Cameron ialah jangan datang time Malaysia tengah nak cuti umum atau cuti sekolah atau hujung minggu sebab masa kau hanya akan habis dalam perjalanan je. Bukan banyak melawat tempat-tempat menarik. So datang lah masa bukan hari cuti. Cuma tu lah siapa je yang nak datang? Semua tengah sibuk bekerja 😅

Ladang Teh Sungei Palas

  Nak datang sini la tu yang sampai berejam tu. Padahal 10km je pun. Kalau kat Melaka ... 10km tu 10 minit dah sampai (kalau Melaka tak kaya dengan traffic light la). Huhu.

Ok, ladang teh Sungei Palas ni adalah ladang teh terbesar kat Cameron dan di sini juga lah pengambaran movie Ombak rindu dijalankan. Yang antara dialog popular cerita tu ialah, "Redha tu ikhlas. Pasrah tu menyerah". Ingat? 

  Dah sampai kat sini... aku pun tak nak lah lepaskan peluang berOmbak Rindu. Bukan boleh datang selalu kat Cameron nih. Setahun sekali pun belum tentu jadi terima lah ...

Menanti sebuah keajaiban :')

Move on! Hidup harus diteruskan walau pahit untuk ditelan :')

Kalau dah jodoh takkan ke mana (tiber)

  Fun fact ; masa aku sampai rumah kan lepas tu bercerita dengan muka penuh teruja dekat mak aku pasal aku dah jejak kawasan penggambaran Ombak Rindu, mak aku buat tak heran weh! Dia boleh lagi teruja tengok the making of munafik 2 berbanding cerita anak dia nih. I is kecik hati sebab tak dipedulikan. Pastu dengan muka kesian aku tanya dia, "kenapa ibu tak rasa teruja bila kak long kata dah sampai kat tempat ombak rindu tu?". Dia sengih sambil berkata, "sebab ibu dah sampai dulu dah kat situ". Cukup untuk mematikan modal bercerita aku. So aku sambung jela makan. Lapar weh jalan jauh. Huhu 

Antara tempat lain yang aku lawat ...


  Ya, Fragrance Nursery. Kat nursery ni macam-macam pokok dan bunga dan pokok bunga kau boleh jumpa.


  Yang aneh tahap kena teroka hutan tebal baru kau boleh jumpa, ada.





  Yang tak berapa aneh yang selalu dilihat dan mudah dijumpai lagi la banyak kat sini.




  Yang gadis dan bunga pun ada jugak kat sini (eh). Kalau tengok kat gambar last tu ... nampak macam sepenuh hati je aku memilih pokok untuk dibawa balik dan tanam tapi hakikatnya itu semua lakonan (sengaja ambik sebab memang nak bawa masuk blog hahaha). Dunia semua tu! Dunia! (Tiber)

Cactus Valley pun aku pergi



  Kaktusnya berjenis-jenis tapi gambar kaktus ciput. Moga aku tak dicop sebagai melakukan diskriminasi. Hewhewhew


  Dan trip kami berakhir dengan menikmati steamboat di De'bamboo. If ada umur dan diizinkan tuhan ... kami nak try Atilia steamboat pulak sebab pada pendapat kami steamboat kat De'bamboo biasa-biasa je. Jauh dari puas hati. Bukan nak hina rezeki atau nak downgrade mereka, it just honest opinion dari penggemar steamboat. Member aku siap compare De'bamboo dengan Seoul Garden. Memang De'bamboo bukan saingannya la (hahaha). Jauh panggang dari api. Begitu lah perumpamaan penuh kiasnya.

  So guys, jimat tu boleh datang dalam macam-macam bentuk. Jimat masa, tenaga dan kewangan. Jimat masa kalau kau pergi ikut highway. Jimat tenaga kalau kau pergi bukan pada masa cuti. Kalau tak tenaga kau habis kat dalam kenderaan je bukan jalan-jalan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan pun. Jimat kewangan pulak kalau kau mampu cipta percutian yang bajet. Macammana nak dapatkan percutian yang bajet? Pergi lah 3 4 orang dengan kawan-kawan sekepala dengan kau, yang boleh give and take, yang tak menyerabutkan kepala hotak kau, yang takde asyik rasa dia je yang betul, yang mulut bukan pesen asal bercakap je menyakitkan hati kalau tak akhirnya kau yang makan hati. Tambah-tambah kalau kau jenis yang suka mengekalkan keharmonian and buat trip memang untuk release tension tapi tension tak ter-release sebab tersilap pilih partner travel. Beware!







  

  



5 comments:

  1. berapa lama dah terfikir nak ke cameron tapi masalahnya kawan kawan cuti hujung tahun je, ha ha tahu tahu jela

    ReplyDelete
  2. Cameron highland salah 1 tempat menarikk... Pelbagai cara boleh jimat.. pergi balik hari pun seronok.. bergerak awl pagi, cuaca xpanas.. dan jalan tak sibuk.. lepas tu balik lewat petang.. jd,seharian kite xrasa panas.. then jimat sbb tak perlu hotel. ✌️

    ReplyDelete
  3. kak minyak dengan tol pergi balik berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 204 total tol dengan minyak dari Melaka ke Kelantan. Untuk harga tol awak boleh tengok kadar caj kat laman web http://kadartol.llm.gov.my/ manakala untuk estimate harga petrol pulak ... 1 liter boleh gerak hingga 12km. Cari tahu jarak perjalanan awak berapa KM untuk awak boleh anggarkan berapa liter petrol untuk awak isi sepanjang perjalanan.

      Harap penjelasan akak membantu awak :)

      Delete
  4. Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

    Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
    1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
    2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
    3 - Filter2 yg berkualiti (Made In MOrea) dan dapat HALAL JAKIM
    4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
    5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

    HARGA bermula dr RM699

    KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model)

    http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

    Hubungi:
    0178895990 atau click http://bio.wasap.my

    ReplyDelete