888 Review

Unexpected

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 8:35 PM Comments : 6 Labels :

Dear blog,

Lagi beberapa hari je nak maulud nabi. Lepas tu krismas. Maksudnya apa tu?

Cuti!!! \o/

So i planned nak balik kampung Johor. Bukan taknak balik umah Perak or Kelantan tapi dah boleh bayang dah dia punya jem macam mana area-area Perak time 1 Malaysia bercuti. Lagi-lagi kat Terowong Menora tu. Boleh kematu pungkuk. Pinggang pun lenguh. Lepastu masa habis dalam bas je. Dengan family? Mungkin sehari. Mungkin jugak sehari setengah then rushing balik Melaka semula. Penatkan? :<

Bila dah plan nak balik Johor so harus la call orang Johor. Kasi inform. Boleh derang siapkan makanan sedap-sedap. Hehe. Tu apa yang aku bayangkan la. Hakikatnya tak macam tu. Cerita berubah. Bertukar tetiba. Unexpected! 

I was told that yang derang bakal pergi bercuti. So no one ada kat kampung. No one!! <0> Habis aku macam mana? Takkan nak mereput sorang-sorang di Melaka di kala semua orang pulang ke kampung. Lepas tu sambut maulud and dengar lagu jingle bell sorang-sorang macam apa ntah. Sobsob :'( Sadis ok. Sadis. 

Dah jadi macam tu kena la buat keputusan drastik dan tak dijangka. Nampaknya memang kena beli tiket balik Perak. Tapi beberapa hari sebelum tu dah borak dengan member pasal tiket-tiket ni semua. Dia tanya " Balik mana cuti ni?"

"Johor" Aku jawab lancar. Memang tu planning asal.

"Ada tiket lagi ke?"

"Ishhh selalu ada. Jarang tiket BP habis" Muka dah nak bertukar biru time tu. Sebab. Tiket. BP. Pernah. Habis. Sekali. Time Raya Haji. Errrr takut.

"Takpe la kalau macam tu. Sebabnya hari tu akak beli tiket g KL pun banyak dah habis. Tu beli seminggu awal tu. Tiket alik Utara and Pantai Timur jangan citer a. Macam goreng pisang panas"

Gulp!!

Tuptup ... Hari ni Johor ke mana. Aku ke mana. Terpaksa la 'terbang' ke Perak. Sampai kat kaunter tiket, tanya tarikh mana lagi yang available : " 23, 24 dah full dik "

Ok ... aku tanya tarikh available, dia kasi tarikh tak available. Takpe. Takpe. Nice try T.T

"So yang still free 22 and 25 ke atas la ey?" soal aku macam orang dungu. Sah sahhh dah orang tu kata 23 24 full. Tarikh sebelum tu and selepas tu harus la free. Aiseyman *tepuk dahi*

Sebenarnya bukan mudah nak buat keputusan u know walaupon cuma nak pilih 22 atau 25. Buktinya? Aku hampir nak call semua orang yang ada dalam contact list semata nak tanya pendapat. Ok itu over. Aku tahu.

Orang first aku call my bonda. " Bu, tiket cuma tinggal 22 and 25. macam mana? "

"Pilih je la 22. Tapi belum cuti kerja kan waktu tu?" Ngeee ==' Yes ibu. Yes. Memang belum cuti pun lagi. Otokeyyy <o>

Takpe. Kita call lagi satu talian hayat. " Akak ... ( nama akak tu Kak Mimi. Quick close to me ) kita nak balik Perak hari apa ni? Tiket tinggal 22 and 25hb ke atas je "

" Rasa nak balik awal ... beli tiket 22. Lagipon bukan selalu kan balik Perak " Yes! Yes! I loikee your answer akak. Hiks! Lagipon bila pikir-pikir balik ... if beli tiket 25hb ... manusia mana yang nak anto aku pergi Melaka Central (MC)? Semua pun terebas balik 24hb.

So aku pilih tarikh 22 untuk pulang bertemu bonda and ayahanda and adinda-adinda terchinta. Yang mengejutkan ... tiket 22hb pun tinggal 1 ja <o> Tu pun bahagian belakang dekat dengan tayar T.T 

Takpe. Aku bersyukur. Belakang pun belakang lah. As long as boleh balik. Tak syahdu sorang-sorang kat Melaka. Tskk.

Lagipon 25hb tu birthday my bonda. Takkan nak sambut dalam bas pulakkan sambil beriya nyanyi lagu HEPI BIRTHDAY or ALLAH SELAMATKAN KAMU. Peluang untuk dihadiahkan pandangan sesuatu dan menyakitkan hati adalah tinggi.

Hope 22hb adalah pilihan yang tepat. Dah la tak cakap kat bos lagi nih. Dah la buat cuti sendiri. Dah la cuti awal 2 hari dari orang lain.

Dah lah! Kita tunggu dan lihat apa respon bos esok. Marah ka redha ka.

Bos jangan marah saya. Saya lari nanti. Ahaks! Tetiba pipi rasa pijar sebab bos tampar. huhu. Imaginasi. 

Bos saya baik <3


6 comments:

  1. Moga bos bagik cuti nanti. Hehheh ...

    ReplyDelete
  2. hahaha alhamdulilllah bos baik wuhuw!!!!
    happy cutiiiiiii nnt ye <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. bos mmg baik wak tp tak tahu lg mood dia mcm mana hope dia ok esk. blh bercuti dgn tenang.

      Delete
  3. dilema org bkerja jauh nak balik kampung.. huhuhu..

    semoga dipermudahkan urusan dan balik leklok! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. terima kasih untuk doa tu Husna XD

      Delete