888 Review

Life update :)

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:20 PM Comments : 3 Labels :

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak update apa-apa since last update pasal aku yang gelisah tu. Now rasa gelisah jugak lagi sebab risau korang boring singgah sini tapi kena hadap benda tula... je. Jemu tak? Jemu kan. Kalau aku, aku jemu. Sori la dah lama menyepi. Bukan dah tak suka menulis cuma ada kalanya kesempatan takde and kalau ada kesempatan, MALAS la pulak hik. But now I ada kesempatan dan ada kerajinan nak menulis hehehe :D

Since dah start praktikal sebagai perunding Takaful di Takaful Ikhlas, my day jadi agak sibuk dengan aktiviti luar. Oh, if ada yang perlukan perunding takaful or nak tahu banyak banyak banyak banyak pasal takaful, just give me a call. Macam mana nak give me a call? PM je FB I. Taip Fatin Farhanah and cari profile picha macam dekat bawah


Bajet macam ada yang nak PM je kan aku ni huhu. But hopefully ada la yang nak tahu dan yang nak tanya sebab tak ramai tau dalam kalangan orang melayu islam macam kita-kita ni menitik beratkan hal perlindungan dalam takaful. Selalu non-muslim yang sibuk-sibuk pasal ni terutamanya ca alif na. Kenapa derang yang lagi sibuk pasal ni? Sebab derang lagi sedar kepentingan takaful ni berbanding kita-kita yang lagi sibuk pasal hiburan hiburan hiburan semata. Macam la hiburan tu boleh bayar bil spital kalau kena tahan wad nanti. Macam la astro tu boleh membantu sangat kalau kos rawatan atau pembedahan sampai 10k. Fikir-fikirkan la.

Tapi ada yang perasan tak kenapa aku keep cakap Takaful Takaful Takaful dari tadi? Pasal perlindungan takaful dan sebagainya tapi bukan insurans? Kenapa? Ada yang perasan tak?

Selalunya ...

ORANG

TAK

PE-RA-SAN!

Kenapa orang-orang selalu tak perasan? Sebab derang ingat takaful tu adalah insurans dan insurans adalah takaful. Tapi sebenarnya... Takaful adalah Takaful dan Insurans bukannya TA-KA-FUL. Bukan! Ianya nampak sama tapi......

Tak

SE-RU-PA!

Takaful VS Insurans.

Nak tahu perbezaannya... kita kena jumpa. Duduk semeja dan bincang mengenai ini.

Ok, kita cerita mengenai lain pulak. Karang duk lama-lama cerita pasal takaful o insurans ni orang jadi takut. Ingat kita nak ambik duit dia sangat. Padahal kita just nak share maklumat. Orang-orang kan selalu macam tu. TYpical people. Tapi kalau Astro yang call atau orang Astro datang umah untuk tambah chanel, laju je orang-orang aku setuju untuk invest walhal tak boleh bagi benefit apa pun kecuali cerita ulang tayang sebanyak 150k kali. Baik invest dalam takaful, terjamin jugak masa depan sendiri, anak bini dan keluarga serta sahabat handai andai mereka turut invest dalam takaful la :) 

Dalam konteks ini, aku merasakan bahawa ada baiknya kalau kita menurut jejak langkah ca alif nun alif. Buat investment dalam takaful lebih-lebih lagi TAKAFUL IKHLAS. Village people sekalian~ anda kena tahu ye, golongan ca alif nun alif niiii takkan invest duit derang dalam investment yang mempapakedanakan hidup derang. Renung-renungkan.

Ok~ no more takaful dalam next perenggan. Promise *sambil buat gaya maka kami*

Tapi next perenggan ni nak cerita pasal apa ek? Aci tak kalau aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina?

Ok....

Image result for selamat tahun baru cina 2015

Image result for selamat tahun baru cina 2015

Yeayyyy~ minggu ni jadi kuli 3 hari jeeee lepas tu cuti sampai la Isnin kembali lagi. Lepas tu jadi kuli balik sobsob. Tapi takde la sobsob sangat because I'm happy with my carier (amboih!) hahah.

Minggu tahun baru cina ni... balik umah nanti dapat makan besar la. Result hari tu warna-warni berterbangan kan. Alhamdulillah. Tapi sebelum tengok result tu.. rama-rama dalam perut bukan main mengepak hebat. Gerun punya pasal. Takut tak capai target. Lepas tengok result, baru la rama-rama dalam perut mengepak penuh siuman. Perut pun dah tak geli-geli dah lepas tu. Syukur :D

Hope result semester praktikal ni boleh jatuh dalam kategori Result Of The Year!

Tak mustahil ke tak mustahil? (haha)

Oh! pesanan penutup. Please la ada yang akan nak tanya pasal takaful.

3 comments:

  1. betul n setuju.mmg org kita kurang amik tahu ttg takaful ni.bila jadi apa2 baru nk ngeluh...tp yg penting kena faham betul2 apa itu takaful so xada la nnti nak cakap takaful tak tlg...

    ReplyDelete