888 Review

Sakit rupanya nak tumbuh gigi ni. hmmm

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:11 AM Comments : 13 Labels :


Dah 2 3 hari jugak la aku berperang dengan rasa sakit dengan gusi paling jauh. Gusi yang paling kedalam mulut. Gigi bongsu nak tumbuh la ni. Orang kata, selagi gigi bongsu belum tumbuh, selagi tu lah orang tu adalah kanak-kanak. So, selama ni aku ni kanak-kanak la ye? Kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh orang dewasa. Sejak-sejak ni je baru nak bertukar jadi orang dewasa benaran.

Rupa-rupanya sakit ey nak tumbuh gigi ni. Patut la baby-baby tu sampai boleh demam-demam. Aku yang dah 22 tahun ni pun dah acah-acah nak demam je rasa suhu badan. Orang kata apa tu? Ha! dedar. Bukan dadar. Dadar tu dadar telur. Ni bukan entry masak-masak or makan-makan so takde dadar telur. Yang ada cuma dedar. Means, suhu badan yang nak ke arah demam tapi belum demam so kita panggil acah-acah demam. Boleh faham? Ok bagus.

Pipi aku ni dah nampak macam mengandung sebelah dah ha aku tengok. Sebelah bengkak. Sebelah normal. Dekat bahagian yang bengkak tu, nak kunyah makanan pun sakit. Nak telan air pun payah. Usahkan air yang macam-macam tu, air liuq pun rasa seksa je nak telan. Nak makan pun tak boleh benda keras-keras. Merana terseksa la aku lepas tu. Aduhai! Terasa baby sangat diri ini. Terasa macam orang tua yang takde gigi cuma ada gusi je pun ye jugak.

Auch! Sakit la~ Telinga rasa berdesing. Urat telinga macam ditarik-tarik. Nangis.





Boikot Fly Feet

Penulis : nurinafarhana Masa : 3:45 PM Comments : 6 Labels :

Fly Feet. Aku tak pernah dengar pasal jenama kasut ni. Samada aku bukan jenis gila kasut atau memang jenama ni baru je terwujud, aku pun not sure. Either one la.

Apa pun, aku tak kesah la jenama ni dah well known ke baru nak up ke tapi perlu ke nak kena hina Islam? So, pencinta kasut sekalian, if korang memang die hard fan dengan kasut sampai boleh kejang-kejang urat kalau keluar shopping tapi balik umah tanpa satu kotak kasut, please aware dear. Please. Kalimah ALLAH, MUHAMMAD and ISLAM tempatnya bukan di kaki tapi di hati. Tak selayaknya kalimah ni diletakkan di tapak kasut.



Bukak luas-luas bijik mata. Belek habis-habisan mana-mana kasut pun sebelum beli. Dari atas ke bawah. Dari jenama ke tapak kasut. Belek semuanya. Jangan tertinggal satu pun. Yang penting, JANGAN beli kasut jenama FLY FEET ni. Kuajaqqqq~ Dah kronik sangat ni agenda nak hina Islam. Astaghfirullah al 'Azim~

Hei!~ maciam-maciam hal lah!


Parodi Cadbury

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:52 AM Comments : 13 Labels :

Dulu, parodi gwiyomi. Gi gi gigi sakit. Gigi sakit. Gigi tengah sakit so tak boleh nak galok sangat nak gwiyomi-gwiyomi ni semua. Layan jela gwiyomi Nora Danish ni. 



Pastu pasal raja bomoh dengan coconut shake-nya. Kalau korang pergi Melaka and rasa nak minum coconut shake, pergi coconut shake Klebang tapi Klebang punya tak ummmppph sangat. Dekat Batu Berendamnya lagi terangkat woooo orang kata. Orang kata la. Aku kata Terbaik. Pinjam tagline Boboiboy. 


Hmmm layankan jela gambar parodi yang kabur ni. Kualat dengan raja bomoh kot~ Tu yang blur-blur tu. Aiseyman~



And sekarang, orang buat parodi Cadbury pulak sejak-sejak cardbury dah disahkan tak halal. Wuuuu wuuuuu T.T nangis sebab aku peminat carbury (eja cadbury sampai salah-salah sebab titew cedih angat-angat *pang) tapi dun know wai lately hati ni tak tergerak pun nak jamah cadbury. Rupa-rupanya ada hikmah. Terima kasih Ya Allah. Nangis lagi sebab terharu dan rasa dilindungi sangat.

So friend, terima lah *bunyi dram* parodi cadbury bersumberkan FB dari daku~



Apa boleh buat Sazali, hang jugak yang taknak cekelat lain. Sedih a bapak canggini.



So sekarang, cadbury adalah perkataan mencarut yang agak sopan. Orang-orang la yang kata. Aku sampaikan je. Ok chow.

Tak dapat jadi cikgu, dapat tolong cikgu kira markah pun jadi lah :)

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:44 AM Comments : 10 Labels :

Mungkin aku tak pernah bagi tahu sesiapa yang aku pernah hampir-hampir jadi cikgu. Dalam entry ni pun aku tak bercerita panjang lebar sangat pasal cita-cita yang satu tu. Bukan kecewa cuma dah boleh terima hakikat yang cikgu bukan pilihan terbaik yang Allah aturkan untuk aku (maybe pensyarah kot pilihan Allah untuk aku~ Amin. Amin). At least aku pernah cuba dan pernah berusaha ke arah tu. Cuma tak dilorongkan sahaja :')

It's okey. Dunia belum berakhir. lagipun, jadi cikgu atau guru bukan cuma dekat sekolah je (tapi yang dekat sekolah tu la yang budak-budak panggil cikgu sobsob). Dekat rumah pun boleh. In fact, dekat tepi jalan pun masih boleh jadi cikgu.

Jadi cikgu dekat rumah contohnya macam apa yang aku buat tadi. Kirakan markah untuk paper agama islam student-student makcik aku. Syukur ada makcik yang jadi cikgu, boleh la verangan-verangan macam menanda paper student sendiri walaupon sebenarnya paper tu dah ditanda dan aku cuma kena kira markah sahaja bhahaha (loser gila). Hmmm boleh la tu. At least ada la dapat fefeling cikgu-cikgi dari tak dapat langsung. Takde la kempunan sangat mihmihmih.

Haaaa jadi cikgu dekat tepi jalan macam mana pulak? Boleh jadi masa adik hang nak lintas jalan pastu dia main laju je melangkah, hang pun buwi buwoh sekeh kik ko dio then hang pun pimpin tangan dia sambil membebel kasi tip lintas jalan dekat adik hang. Kan? Kan? Logik tak? Kehkehkeh.


I'm Coming Home

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:26 PM Comments : 5 Labels :

Malam ni rasa macam nak bernyanyi girang lagi riang lagu i'm coming home atas katil dalam bilik sendiri yang ada di kampung halaman. Ya Allah~ heavennya perasaan aku malam ni hikhik.


I'm coming Home
I'm coming Home
lalalala~



Biar la cuma seminggu je pun. Biar la cuti ni sebab cuti Hari Gawai je pun.Biar la sebenarnya aku and member-member yang asal dari Semenanjung ni takde sambut pun perayaan tu. Ktorang cuma meraikan saja (kata 1 Malaysia. Takkan pasal ni pun nak berkira kan?). Biar. Biar. Yang penting aku puas. Puas dapat jumpa kesayangan dekat umah. Puas golek-golek atas katil. Puas bakal buat perjalanan jauh ke Perak untuk jumpa kesayangan dekat sana pulak. Puas dapat merasai suasana sebuah rumah kembali. Sebelum ni dah ada rumah tapi mana la sama umah sewa dengan umah tempat membesar khen. Tak sama. Tak sama. Boleh la tido lena malam ni hehe.


Encik Mimpi buat graf PV meningkat.

Penulis : nurinafarhana Masa : 8:44 AM Comments : 0 Labels :

Ingat cerita semalam? Cerita pasal ini wajah tanpa topeng Encik Mimpi?. Ye, cerita tu la. Cerita tu membuatkan PV iolss semalam mencanak-canak naik.


Tak pernah lagi iolls tengok graf PV iolls dalam keadaan menakjubkan macam ni. Dalam 1 malam je nak dekat 100 orang yang view page. Biasanya kurang dari 60 veiwers (Biasa la tu, blogger yang tak macam blogger, pageview dia macam malu-malu meow sikit nak menonjol dan ditonjolkan). Tu boleh tengok dekat graf PV sebelum-sebelum tu. Even cerita Kris nak keluar dari Exo pun tak kasi viewer sebanyak tu dalam 1 malam. Sampai iolls macam WOWWW! Encik Mimpi daebak. Lagi daebak dari Oppa Kris. Gilak ah! Semuanya gara-gara ramai yang nak tahu macam mana la wajah Encik Mimpi tanpa topeng.

Dari situ iolls dapat detect yang bukan iolls je yang sebenarnya teringin nak tengok wajah sebenar Encik Mimpi. Orang lain pun sama. Itu pasal la dalam satu malam iolls dapat mengumpulkan viewer seramai tu semalam.

Tapi sayang, tu bukan Encik Mimpi rupanya tapi Taleeb Mizad. Kecewa? Hmmm saya pun. Mari la kita kecewa berjemaah setelah teruja berjemaah semalam. K bye.

Ini wajah tanpa topeng Encik Mimpi?

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:43 PM Comments : 13 Labels :

Aku dulu, tak tahu pun ada terwujudnya Encik Mimpi dalam kalangan kita ni. Takpe lah, kata la aku kesian. Kata la aku ketinggalan. Ada aku kesah. Tak kesah munya hikhik *pang.

Tabik hormat semula dekat Encik Mimpi kita nih haha
Aku mula tahu pasal dia ni sebab ex housemate aku la. Dia minat gilos dekat Encik Mimpi ni. Aku pulak minat berjalan dari satu bilik ke satu bilik macam supervisor tu. Cumanya supervisor berjalan nak pantau hasil kerja anak buah, aku pulak fly dari bilik ke bilik nak menyibuk bhahahha. Biasa la~ kehidupan hostel memang macam tu.

Dari situ la aku start kenal Encil Mimpi. Lagu pertama yang member aku tu perdengarkan, ermmm apa ek tajuknya. Tak ingat. Tapi yang pasti lagu tu lagu cover. And, video Encik ni kalau tak gelap, mesti dia amik gambar paras-paras hidung atau leher je. Takpun dengan imej pakai topeng dia tu la. Teringin jugak nak tengok Encik Mimpi ni tanpa topeng.

And hari ni dah terjawab. Tadaaaaa. Menurut sumber dari satu blog yang aku lupa la pulak url blog tu. Pasal artis melayu la kalau tak silap, bawah ni adalah Encik Mimpi tanpa topengnya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v





Hai Encik Mimpi, hensem la awak hehe.

Hmmm hensem juga rupanya. Patut la pun dia sorok muka dia. Kang ramai yang nak ngaku awek, nak ngaku bakal tunang and so what ever. Blurgggghhh! Annoying je.

Tapi style gila buat perfomance pakai topeng. Menimbulkan aura misteri macam Kit Kudo dalam Detective Conan tu. Encik Mimpi, jangan buat penampilan tanpa topeng tau kalau nak buat persembahan. Nanti dah tak jadi Encik Mimpi dah. Bertukar jadi Encik... ntah la encik apa.


Tuhan itu bukan engkau, engkau bukan Tuhan.

Penulis : nurinafarhana Masa : 7:22 PM Comments : 0 Labels :


Embedded image permalink


Keep life beautiful

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:10 AM Comments : 0 Labels :

Untuk segala rasa suka dan tidak suka.
Percaya,
Pasti ada sesuatu mahu tuhan ajarkan.
Lalu, pengalaman mana yang tidak punya harga?

Tidak ada!
Manis atau tidak pengalaman itu, semuanya sangat punya erti.

Kerana lelahmu itu, nafas-nafas ibadah,
yang mengagungkan ALLAH.

Bawa hati dekat pada tuhan :D





Tips tempatkan diri dalam senarai DEKAN

Penulis : nurinafarhana Masa : 7:47 PM Comments : 1 Labels :


Anugerah Dekan ni kalau level-level sekolah menengah dulu dipanggil Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik. Yang biasa memburu anugerah ni adalah budak-budak yang penuh dengan wawasan dan sentiasa beranggapan bahawa 'satu hari nanti, aku lah bakal PM Malaysia'. Kadang-kadang rasa annoying ey dengan manusia yang penuh wawasan ni. Berwawasan sangat sebab tu mulut macam bertih jagung nak berpolitik sampai hati dengan perasaan orang pun main redah je. Apa kau ingat hati dengan perasaan tu macam banjir yang kau boleh redah-redah sesuka hati? Haiyaaaa.

Ok, taknak membebel benda yang tak mendekankan diri sebab takde yang nak tahu pun perkara lagho nih. Moh la kita membaca, mengkaji sekaligus mempraktikkan tips tempatkan diri dalam senarai dekan.

1. Buat ulangkaji sebelum pergi kelas keesokan harinya. Ulangkaji topik-topik yang bakal dibincangkan esok oleh pensyarah. Seeloknya ulangkaji sebelah malam. Sebabnya? Takde sebab spesifik. Cuma belah malam kan aman damai lagi harmoni, so ilmu pun tak segan-segan nak masuk dengan sopan dalam otak hehe.

2. Lagi 15 minit sebelum kelas nak start, dah ada dalam kelas dah. Bukan baru bukak pintu umah, bukan baru satu langkah masuk pagar universiti. Ni semua persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi sesi kuliah pada hari tu. Tak gelabah = Rasa tak sabar nak ilmu baru. Menggelabah sambil tercunggap-cunggap sebab rushing = Rasa nak mati masuk kelas pada hari tu. So, pantas babe, pantas!

3. Pilih tempat duduk first class. Duduk barisan paling depan la tu maksudnya. Tapi jangan sampai duduk tempat lecturer pulak. Tu tak sedar diri namanya. Over kau ye! Rasional duduk barisan depan? supaya mudah berkomunikasi dengan lecturer, mudah nak tanya soalan sebab dekat dengan pensyarah.

4. Catat nota penting. Biasanya perkataan yang lecturer sebut banyak kali sampai tak terkira banyaknya tu adalah point penting. Jangan abaikan! Biasanya lecturer-lecturer ni semua adalah penggubal soalan. Pemeriksa kertasa jawapan pelajar. Nampak je macam taraf-taraf kita. Tu semua low profil punya olang maaaa. Tak mahu show off-show off munyaaa. Jadi amik serius apa derang cakap.

5.  Kalau ye pun tak minat satu-satu subjek tu, jangan tunjuk. No! No! No! Nanti pensyarah takde mood nak mengajar. Kau pun, kalau dimintak ajar orang yang tak minat nak belajar, kau rasa bersemangat ke nak curahkan ilmu? Tanya diri sendiri tu.

6. Berkawan dengan orang yang selalu bagi perhatian dalam kelas semasa pensyarah sedang lecture. Dengan cara ni, kita pun rasa nak bersaing untuk tunjuk siapa yang lagi bagi perhatian dalam kelas. Baru persaingan yang sihat. Pastu, habis kelas boleh buat ulangkaji sama-sama. Baru betul sharing is caring hahah.

Sekian saja tips tempatkan diri dalam senarai dekan pada kali ini. Pada kali lain kita borak pasal tips lain pulak. Korang nak tips apa lepas ni? Boleh buat preparation. Oh! kalau nak tips jatuh cinta dengan subjek susah ada di sini. Klik je.

Semoga bermanfaat :D

The Liebster Award!

Penulis : nurinafarhana Masa : 2:56 PM Comments : 13 Labels :

I got Liebster Award? Like zeriusly???

Sebab rule pertama Liebster Award ni kena mention nama orang yang nominated kita, so I wanna say thank you very much to Mastura Aziz kerana menganugerahkan Liebster Award kepada iolls  ni. Terkejut sangat. Buka-buka cbox je dapat mesej canggini :-


Orang dodulu kata, orang memberi kita menerima. Jadi, iolls terima la dengan gembira. Hei~ bukan mudah tau blogger yang suam-suam kuku nak di tag oleh blogger lain. Dianggap sebagai blogger yang berpotensi lagi. Syukur~

Rules when being nominated :

1- Mention the person who nominated you with a link to their blog.
2- Answer the 11 questions asked.
3- Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lot of potential.
4- Create 11 of you own questions for them to answer.
5- Notify your nominate.

Masa untuk jawab soalan~ tiktok tiktok

1. Pernahkah anda kentut depan orang ramai tapi tak berbunyi, cuma bau? Apakah reaksi anda bila orang sekeliling tengok anda?
Wah! Wah! Wah! mula-mula lagi dah kasi soalan perangkap. Malas layan hahaha.

2. Banyak tempat pelancongan di Malaysia ni. Tempat mana yg anda belum pergi & ingin pergi?
Erm, banyak! banyak! banyak! Banyak sangat sampai tak ter-list-kan tapi teringan gila nak pergi Pulau Tioman. Member-member kelas asek sembang kencang je pasal Pulau ni. Buat hati meronta-ronta nak jejak ke sana.

3- Pergi hotel, pernah tak anda terbuka paip air panas ketika mandi. Apakah perasaan anda rasa waktu tu?
Masa mandi tak pernah. Masa nak basuh tangan pernah. Sempat juga la jadi bini Tarzan kejap sampai satu bilik meluru ke jamban. Hmmm normal la tu kalau rasa sakit. Kena air panas kan. Bukan kena salji huhuhuu.

4- Jika diberi peluang kepada anda untuk edit blog free, blog macam siapakah anda nak?
Nanti fikir sebab baru je ni edit blog. Ok tak template baru ni? Ke ada cadangan lain untuk rupa blog ni supaya nampak lebih fresh dan matang kononnya ke, kan?

5- Blog anda berkaitan apakah? Bisneskah? Tutorialkah? or Only Personal?
Blog ni bukan pasal bisnes tapi ada jugak bercadang nak berbisnes dekat sini. Tengok lah macam mana nanti. Bukan pasal tutorial sebab zero kreativiti walaupun orang kata 'art is never wrong'. Tapi bukan pasal personal saja. Ada la juga pasal artis, pasal movie, pasal travel, pasal makan, pasal review sana sini, pasal segmen, pasal GA. Ah! pasal macam-macam lah. Pasal cari pasal je takde.

6- Bila hari jadi anda? Berminat tak kalau Mas bagi hadiah? Dan hadiah apa yang anda mahu?
Hari jadi iolls 22/7 (jatuh pada bulan puasa tahun ni. Tahun-tahun sebelum ni pun sama =='). Eh! opkos berminat. Gila tak minat kalau dah Mas sendiri yang offer kehkehkeh. Hmmm hadiah apa ye? Tak kesah la Mas, Mas nak kasi apa asalkan hadiah tu boleh mengingatkan FF kepada Mas dan boleh jadi kenangan sampai ke anak cucu. Boleh dapatkan hadiah yang macam tu?

7- Dari mana anda tahu pasal blog ni? Habaq mai sikit.
Ntah la~ tak ingat. Dari segmen-segmen yang di-join kot. Takpun dari cbox. Takpun dari group blogger dekat FB. Aish! ntah, tak tahu.

8- Apakah bintang yang anda suka & tak suka? Kenapa suka & kenapa tidak?
Konfius dengan soalan ni. Actually nak tanya pasal bintang ke pasal binatang? Kalau pasal bintang, tak pernah ada bintang yang suka ke tak suka ke. Nampak cantik je semua di dada langit sana tu. Tapi kalau tanya pasal binatang, FF suka kekura. Kekura macam shomel gila babas. Teringin nak jadikan pet tapi takut terabai coz FF boleh tahan busy macam YB bhahaha (kelekuk atas kepala). Binatang yang tak suka pulak, lebih kepada fobia la sebenarnya. ULAR. Siap aku capslock kan lagi haa. Coz menatang ni pernah masuk dalam umah dan bersalin kulit dalam umah dan tido dalam umah dan akhirnya mati dalam umah juga akibat diketuk oleh arwah atuk saya ketika dia nak amik wudhuk. Arwah atuk saya kata, ular itu kehausan atau kekeringan. Itu pasal la dia menuju ke jamban untuk dapatkan setitis air. Namun apakan daya, ajalnya sudah sampai. Sekian saja essay saya pada hari ini.

9- Adakah anda bercita-cita menjadi seorang blogger femes @ seseorang blogger yang entrynya dikenang? Sebab apa?
Ada la juga menyimpan cita-cita di bawah paras sedar diri tu. Memang suka berangan jadi blogger femes mahupun seorang blogger yang entrynya dikenang kerana manusia mati meninggalkan nama hahah. Dah la jawapan macam takde kaitan pastu skema tahap mematuhi rules karangan BM pastu rasa nak cubit diri sendiri dengan jawapan memalukan ni =='

10- Apakah kriteria seorang blogger yang perlu ada?
Perlu rajin. Rajin. Dan~ Rajin lagi. Rajin update. Rajin membaca. Rajin publish entry. Rajin blogwalking. Rajin join apa-apa je segmen atas nama ukhuwah. Rajin amik tahu pasal semua benda tapi bukan sampai tahap menyibuk hal orang. Itu annoying!

11- Lastly, adakah anda peminat KPOP? Dan kenapa?
Peminat juga la. Boleh tahan. Dan~ errr~ itu semua boleh dilihat melalui kewujudan entry ninini dan ni. Kenapa minat KPOP? Sebab taknak minat JPOP haha. Ok, ok serius. Sebab Korea ni~ kita kecik kan skop dia ey? Kita cerita pasal drama-drama derang. Drama derang semuanya berkisarkan realiti hidup. Bukan nak kata drama Melayu sangat klise tapi selalunya memang klise. Aku Isterinya lah. Dia suamiku lah. Sikit-sikit kawin paksa. Kadang macam tak tahu apa moral value yang cuba disampaikan. Drama Korea, klise dia kurang. Ada tetap ada tapi not as much as drama Melayu. Walaupon belah-belah Korea sikit-sikit buat cerita pasal 4 orang anak orang kaya bersekolah di sekolah elit dan akhirnya akan masuk seorang perempuan miskin dalam kalangan derang dan yang tak setaraf kena buli kaw-kaw punya tapi cara perkembangan cerita dia menarik. Kadang macam tak boleh agak lepas ni akan jadi apa, akan jadi apa. Penuh teka-teki. Kalau time derang buat cerita-cerita zaman maharaje derang pulak, memang dapat ilmu baru la coz derang cuba untuk bawa semua orang menyelami suasana zaman dulu tu macam mana. Amacam? Berbentuk karangan tak penjelasan aku? BHahaha.

Nak tag kepada :-

Soalan tak bertaraf exam dari FF

1) Apa yang anda faham pasal Liebster Award? (terus cepat-cepat google)

2) Pandai berkomunikasi guna bahasa F? Bila kali terakhir berkomunikasi guna bahasa ni?

3) Apa komen anda pasal blog ni? Cer share. Mana tahu boleh perbaiki mana yang patut.

4) Antara hotel dengan homestay, prefer yang mana? Kenapa?

5) Bila dah terlambat pergi kelas, selalunya anda akan buat apa? Sambung tido terus atau rushing-rushing bersiap or others? Nyatakan.

6) Bila sebut blogger, apa yang anda terfikir?

7) Hari bapa dah nak dekat ni, apa ucapan anda kepada bapa anda?

8) Kalau kena damn or condemn dengan orang, apa yang biasa anda buat?

9) Rakan anda seorang yang kuat melaser, cara anda tangani dia macam mana?

10) Masa kecik dulu simpan cita-cita jadi apa? Bila dah besar ni, cita-cita anda masih yang sama ke?

11) Minat baca novel? Suka karya siapa? Teringin nak novel apa pulak di-skrinkan? Kenapa?

Ok candidates ku sekalian, masa menjawab soalan bermula dari sekarang. Berita gembiranya anda tak perlu rushing-rushing siapkan sebab takde limitation time. Selamat menjawab :D


Gatai nak kawin nampak!

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:40 AM Comments : 3 Labels :



Apa kena la dengan housemate aku malam ni. Konfius aku kejap. Berapa la ek umur ktorang actually? 22 tahun ke 22 bulan haha. Boleh pulak derang buat 'malam berinai' waktu-waktu macam ni hehe. Macam tugasan hakiki dah selamat di setelkan. Padahal~ esok ada test tu. Ntah apa-apa jela. 


Yang paling tak menahan, sambil pasang inai siap pasang lagu Selamat Pengantin Baru lagi. Dari versi kumpulan Hijjaz sampai la ke versi Anita Sarawak. Aku tukar lagu semua jeritkan aku "WOOOOIIIII!!!" sebijik halilintar. Tanjat iolls uolls. Tapi apakan daya, aku jenis hati kering. Jeritkan aku sampai keluar suara abang-abang ketak pun bukan aku peduli. Tukar tetap tukar mihmihmih. Takyah nak selamat pengantin baru sangatlah (krikkrok krikkrok).


Pastu pasang inai taknak macam penuh satu badan pulak. Tak cukup dekat jari, tambah dekat tapak tangan. Tak cukup tapak tangan, tambah pula dekat jari kaki. Tapi ek eh! tak cukup lagi nampaknya. Pasang pulak dekat keliling tapak kaki. Sebijik cara berinai orang-orang hindustan dalam cerita-cerita bollywood. Aku terfikir, derang ni buat preparation untuk cerita bollywood tajuk apa la. Hero? Hero? Siapa hero? Bersungguh betul persiapan bhahaha.

Dah la, maleh nak layan perangai gonjeng derang. Baik aku take a nap pastu bangun awal sikit (5 minit sebelum 6.30 pagi haha) baca slide (zaman sekarang buku tak ubah macam perhiasan~ jangan rungsing. Slide memang menjadi sumber bacaan utama budak universiti) untuk test esok.

Adios xoxo.
Wassalam :D