888 Review

Maaf! pengguna YES 4G!

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:00 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum, hai! 

Today is Wednesday, 24062020 ( ceh! speaking pulek. Hihi) Haish! Last entry aku adalah di tahun 2018 pada bulan 12. Lepas tu setahun setengah kemudian baru update lagi (tepuk dahi). 

So today aku nak buat entry ringkas dan simple je berkenaan YES 4G. Entry ni berkenaan permohonan maaf setulus-tulusnya sekiranya  entry pada tahun 2015 ni tak begitu membantu pengguna-pengguna YES 4G yang lain untuk reset password huddle masing-masing. Tapi ramai yang kata sangat-sangat membantu (syukur alhamdulillah)

FYI, aku dah lama terminate YES 4G. Satu, sebab aku dah habis belajar. Dulu beli huddle YES tu untuk memudahkan urusan search maklumat kat internet untuk buat assignment. Yang kedua sebab coverage YES 4G pada sekitar tahun 2013 sampai 2015 teruk gila. Bukan semua kawasan dapat liputan. Masuk kawasan kampung yang hutan-hutan sikit terus signal jadi kuning, paling teruk merah. Ni cerita waktu tu la. Sekarang iolls tak tahu. Kena tanya pengguna-pengguna YES semasa.

Ini huddle yang aku guna dulu


So yeah! Kalau yang dah sampai ke entry YES 4G aku sebelum ni sebab mencari informasi untuk reset password tapi tak berjaya reset juga, aku menyusun 10 jari minta ampun dan maaf kat kalian. Nasihat aku better call terus customer service YES untuk pertanyaan lanjut berkaitan reset tu.

Terimalah permohonan maafku. Siap bagi bunga dah nih!


Alasannya, aku tak tahu kalau sekarang cara reset password YES 4G dah berubah atau masih sama sebab as i mention earlier aku dah lama terminate YES 4G. Sekitar tahun 2015 hujung tahun atau awal tahun 2016. Begitu lah kira-kiranya.

TAPI ...

Sebenarnya dalam kotak huddle YES yang kita beli tu pun dah disediakan manual untuk reset password. Try korang pergi buka kotak and belek satu-satu. Belek dengan tenang. Jangan kerut-kerut dahi. Nanti makin kusut. Cuma kalau memang tak ada or tak jumpa ... sila lah baca balik perenggan keempat ayat di baris ketiga. Yes! ayat yang tu la. Yang call customer service tu (:

Sampai di sini sahaja bantuan yang dapat aku salurkan. Terima kasih sudi menjadikan entry dalam ni sebagai rujukan kalian.

xoxo.

Oh wait! Kalau rajin baca jugak komen-komen dalam entry cara ubah password YES 4G. Ada juga yang tinggalkan step-step reset di situ.

xoxo (again :p)

5 pembunuh utama di Malaysia ; Jantung, Kanser, Strok

Penulis : nurinafarhana Masa : 3:48 PM Comments : 4 Labels :
Assalamualaikum,

Tajuk hari ni ala-ala rancangan 999 bersiaran di tv3 setiap hari Selasa jam 9 malam (hahaha). Tapi ni sebenarnya bukanlah pembongkaran identiti pembunuh spesis manusia yang selalu kita tengok dalam cerita Conan tu. Ini adalah pembongkaran 5 pembunuh utama berspesiskan penyakit yang selalu menyerang rakyat di negara kita iaitu Malaysia terchinta.

Jom kita kenali 5 pembunuh utama tu supaya mudah untuk kita berjaga-jaga sebelum 'mereka' menyerang. Soooo let's go!

1. Sakit Jantung
2. Kanser
3. Strok
4. Kencing Manis
5. Darah Tinggi

Jom kita kenal dengan lebih mendalam lagi. Mungkin aku akan selitkan juga faktor 'mereka' ni suka atau boleh berdamping dengan kita (hahahah). Ayatttt dah macam taraf-taraf uncle seekers pulak. Tapi jangan takut entry ni belum nak bertukar jadi cerita hantu lagi (hihi). Kita masih lagi dalam segmen berunsurkan kesedaran kesihatan ye :)

Image result for serangan jantung

Ok, sakit jantung ni adalah pembunuh utama dalam kalangan kita sejak 1980 lagi. Suka tak suka, vote tak vote memang statistik dari Institut Jantung Negara mengatakan dan merekodkan bahawa inilah dia pembunuh utama atau PEMBUNUH NOMBOR 1 dalam kalangan rakyat Malaysia dan membunuh secara senyap. Trend ni akan berlarutan sehingga tahun 2020 (OMG!)

"Pernah dengar orang meninggal dalam tidur sebab sakit jantung?"

"Pernah dengar hari ni kita tengok jiran kita sihat, alih-alih esok dapat berita dah meninggal?"

Banyak kes macam tu. Banyak sangat. Takut, kan? Dikatakan dari sumber Institut Jantung Negara, penyakit serangan jantung ni lebih 42% menyerang orang perempuan berbanding lelaki hanya 24%. Ini menunjukkan sakit jantung ni banyak 'crush' kat orang perempuan but nowadays why orang lelaki yang paling banyak menderita sakit jantung ni? Jengjengjenggg. Kejap lagi kita rungkai jawapan ni. 

Ok, demi merungkai jawapan kenapa lelaki nampak lebih banyak kena heart attack ni adalah sebab habit MEROKOK. Merokok adalah salah satu punca sakit jantung boleh berlaku. Selain tu stress pun memainkan peranan juga dalam pembentukan serangan jantung. Seterusnya kencing manis, paras kolestrol tinggi dan gaya hidup tak sihat.

Gaya hidup tak sihat ni merangkumi cuma bersenam atas katil sambil scrool fb atau kelek game macam pubg dan mobile legend selain makan fast food melebihi had macam kfc dan mcd. Tidak dilupakan juga mee magi sedap di makan begitu saja.

Macam mana nak tahu kita ni bakal diserang? Haa ada simptom-simptom dia. Antara simptom-simptomnya ialah dada rasa sakit berdenyut-denyut atau mencucuk-cucuk atau dada rasa tak selesa sampai kita terpaksa kena pegang dada seperti yang selalu disajikan kepada kita dalam drama-drama melayu kalau bapak dia terkejut atau tak boleh terima perbuatan anak dia. Macam tu la pembayang mudahnya. Paham tu? 

Selain itu, denyutan jantung menjadi laju atau bukan berdetak seperti kebiasaanya. Tapi tolong bijak membezakan antara detakan nervous, detakan ternampak bakal jodoh dengan detakan serangan jantung ye (huhu).

Seterusnya, nafas rasa pendek atau bahasa mudah dia sesak nafas. Sesak nafas tu boleh jadi sebab nebes sangat atau pun sebab memang ada asma tapi sesak nafas bagi serangan jantung ni dia datang sekali dengan keletihan atau kelonglaian yang melampau. Ekstrem. Sebab tu kita tengok orang yang kena serangan jantung ni lepas dia rasa sakit didada sampai buat dia refleks pegang dada, dia akan bernafas laju guna mulut lepas tu rebah ke lantai terus kalau takde yang tahan badan dia. Dan simptom terakhir adalah rasa mual, rasa nak muntah atau rasa pening-pening dan diikuti simptom lain tadi tu lah. Harap noted dengan semua simptom ni.

Aku terjumpa satu lagi fakta menakutkan dari Institut jantung Negara berkenaan serangan jantung ni. IJN kata separuh dari kematian akibat serangan jantung ni berlaku 3 hingga 4 jam selepas simptom-simptom yang aku share tadi tu berlaku. OMG! So beware guys. Jaga kesihatan diri dan keluarga kita. Lagi-lagi mak pak kita. Tu peringkat antibody makin merosot tu. Yang muda belia tapi kaki rokok, hidup dalam stress dan suka hilangkan stress dengan mengamalkan pemakanan tak sihat dan gaya hidup tak sihat pun mohon berjaga-jaga. Anda berisiko. You know who you are. So better gi screening. Detect penyakit.

Cara nak detect dengan buat x-ray dada atau buat stress test iaitu lari-lari atas treadmill hospital dengan pengawasan doktor okeyh. Bukan buat sendiri kat umah ==' dan yang terakhir detect menggunakan ECG.

Image result for ecg test
Ni dia ECG test tu

Done 1. Lega. Proceed ke penyakit kedua. Anda bersedia?

Image result for kanser

Penyakit kedua adalah penyakit KANSER. Menurut kenyataan Pusat Kanser Negara seramai 21,773 rakyat Malaysia disahkan menghidapi kanser (itu dalam rekod) tapi dianggarkan seramai hampir 10,000 lagi rakyat Malaysia menghidapi kanser pada setiap tahun tapi tak didaftarkan. Atas faktor apa tak dinyatakan

Kanser ni ada 5 top kanser. Yang menduduki carta pertama ialah kanser payudara diikuti kanser usus (colon cancer), kanser paru-paru, kanser pangkal rahim dan yang terakhir kanser hidung.

Apa pulak punca penyakit kanser ni? Aku bagi faktor sahaja ye. Simptom untuk tiga kanser teratas tu aku takkan tulis kat sini nanti entry ni jadi semakin panjang. Makin boring nak baca nanti. Aku pun dah start letih nak menaip😓. 

Ok, kita go thru puncanya. Punca pertama ialah merokok. Ye, merokok masih lagi menjadi punca utama segala penyakit. Menurut Medical Journal of Malaysia, 92% lelaki berkerakyatan Malaysia menghidapi kanser paru-paru kerana merokok atau ada sejarah merokok. Punca kedua ialah tak bersenam. Dah la merokok, tak bersenam pulak. Memang mengundang. Punca yang keseterusnya ialah sejarah keluarga. Kau ada sejarah mak or ayah or atok or nenek or pak cik mak cik yang ada sejarah kanser? Aku ada so aku kena banyak hati-hati dengan gaya hidup dan gaya makan aku. Punca lain bagi kanser ialah pengambilan alkohol berlebihan. Poin ni khas untuk non muslim la. Orang muslim Allah dah larang dalam al-quran pasal pengambilan arak ni jadi takyah la ambil. Banyak mudaratnya dari baiknya. Contohnya boleh sebabkan kanser. Punca yang terakhir tapi tak ketinggalan ialah mengamalkan gaya pemakanan tak sihat dengan kerap.

Macam mana nak detect penyakit nan satu ni? Buat la scan otak (CT scan) atau buat MRI scan.

Image result for strok

Penyakit yang keseterusnya ialah strok. Strok ni penyakit ketiga terbanyak mengakibatkan  kematian di Malaysia. Setiap tahun dianggarkan seramai 40,000 rakyat Malaysia menderita strok. Sumber bukan dari BERNAMA tapi dari Persatuan Strok Negara.

 Bapa aku salah seorang darinya but getting better. Alhamdulillah.

Ok. Dilaporkan sekurang-kurangnya 50,000 setahun kes baru bagi penyakit strok dan pada tahun 2010, Kementerian Kesihatan melaporkan bahawasanya strok merupakan penyakit kelima yang menyebabkan kematian di hospital-hospital. Dan jangan terkejut ye kalau strok ni menyerang orang-orang muda juga walaupun kebiasaannya mangsa-mangsa strok ni orang-orang dalam lingkungan 65 tahun.

Abah saya kena strok masa umur 59 (awal tahun ni lah)

Mari kita lihat apakah punca strok. Punca pertama ialah merokok. Masih lagi rokok adalah penyebab apa-apa penyakit pun. Bermula dari sakit jantung ke kanser sampai lah strok, rokok adalah punca utamanya. Maka berhenti lah merokok abang-abang dan kakak-kakak yang merokok tu. Kalau tak ada rasa kesian kat orang lain pun setidaknya simpan la sikit rasa kesian kat diri sendiri.

Punca seterusnya ialah tak aktif bersukan. Dah tu pulak makan makanan yang terlalu masin atau berlemak terlalu kerap. Makanan macam ni banyak dijumpai kat restoran makanan segera lah dengan dekat rumah orang-orang yang suka lauknya masin macam tumpah garam.

Kemudian, punca lain ialah pengambilan alkohol berlebihan dan diburukkan lagi dengan tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan juga kencing manis.

Macam abah saya dia ni ada kencing manis. Darah tinggi tak pasti. Bersukan pula cuma mengharapkan aktiviti kat tempat kerja dia dulu as a policeman. Walaupun bukan semua punca strok dia ada tapi hampir separuh dari punca strok tu dia ada. Doakan dia cepat sembuh seperti dulu kala :) Aamiin.

Baik, kita sambung ke simptom-simptom strok pulak ye :)

Antara simptom-simptom awal strok ialah susah untuk bercakap atau otak dengan mulut tak selari. Nampak macam ala-ala tersyayul tapi bukan. Jadi bagi yang kerap sangat tersyayul dalam percakapan seharian tuuuu mohon beringat lah. Mana tahu tu tanda-tanda kecil strok. Kena ingat balik yang orang muda pun ada kebarangkalian untuk berdepan dengan strok (ayoookk).

Simptom kedua ialah lumpuh separuh badan atau kebas separuh badan. Haa yang ni aku risau sebab aku selalu juga kebas-kebas kaki. Hmm kena beringat nih.

Ketiga, ada masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua belah mata. Kemudian ada masalah bergerak, hilang koordinasi dan keseimbangan badan. Yang part mengalami masalah bergerak dan koordinasi tu abah aku ada. Dia tak boleh jalan mengundur lepas tu badan dia jadi senget sebelah. Berjalan pun dah macam orang mabuk sebab keseimbangan badan berkurangan. Jahat strok ni!

Yang terakhir, perubahan dalam sifat waspada contohnya asyik rasa mengantok atau tak sedarkan diri. Masih lagi kita ambik contoh bapak aku. Dia ni lepas diserang strok dia jadi cepat mengantok dan letih. Kalau dulu dia boleh drive ulang-alik balik kampung dari Kelantan-Johor tanpa tukar pemandu dan tanpa rehat yang terlalu lama, sekarang dia cuma boleh memandu paling lama pun 3 jam je. Lepas tu kena tukar pemandu, aku la tu or adik-adik aku yang lain (huhu).

Cara nak detect strok ni sama dengan cara nak detect kanser. Kena buat scan otak (Brain CT scan) atau MRI scan.

Meh aku tambah sikit fakta strok untuk renungan semua:-

1. Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok
2. Merokok meningkatkan 2 KALI GANDA risiko menghidapi strok
3. Pemabuk tegar meningkatkan 3 KALI GANDA risiko strok

So, kalau kau lah smoker dan kau lah juga drunkard risiko kau kena strok adalah 5 KALI GANDA. Tahniah abang-abang dan akak-akak. Anda berjaya merosakkan badan anda. Tahniah!

4. Kencing manis meningkatkan 1.8 ke 6 KALI GANDA risiko terkena mini strok

Baiklah lagi 2 main killers disease in Malaysia i'll continue in the next entry. Rasa dah panjang sangat dah ni. Jumpa lagi nanti.

Boleh tinggalkan komen di kotak komen dibawah dan komen kalian akan appear bila saya dah approve. Thank you for reading :)