Anugerah Dekan ni kalau level-level sekolah menengah dulu dipanggil Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik. Yang biasa memburu anugerah ni adalah budak-budak yang penuh dengan wawasan dan sentiasa beranggapan bahawa 'satu hari nanti, aku lah bakal PM Malaysia'. Kadang-kadang rasa annoying ey dengan manusia yang penuh wawasan ni. Berwawasan sangat sebab tu mulut macam bertih jagung nak berpolitik sampai hati dengan perasaan orang pun main redah je. Apa kau ingat hati dengan perasaan tu macam banjir yang kau boleh redah-redah sesuka hati? Haiyaaaa.
Ok, taknak membebel benda yang tak mendekankan diri sebab takde yang nak tahu pun perkara lagho nih. Moh la kita membaca, mengkaji sekaligus mempraktikkan tips tempatkan diri dalam senarai dekan.
1. Buat ulangkaji sebelum pergi kelas keesokan harinya. Ulangkaji topik-topik yang bakal dibincangkan esok oleh pensyarah. Seeloknya ulangkaji sebelah malam. Sebabnya? Takde sebab spesifik. Cuma belah malam kan aman damai lagi harmoni, so ilmu pun tak segan-segan nak masuk dengan sopan dalam otak hehe.
2. Lagi 15 minit sebelum kelas nak start, dah ada dalam kelas dah. Bukan baru bukak pintu umah, bukan baru satu langkah masuk pagar universiti. Ni semua persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi sesi kuliah pada hari tu. Tak gelabah = Rasa tak sabar nak ilmu baru. Menggelabah sambil tercunggap-cunggap sebab rushing = Rasa nak mati masuk kelas pada hari tu. So, pantas babe, pantas!
3. Pilih tempat duduk first class. Duduk barisan paling depan la tu maksudnya. Tapi jangan sampai duduk tempat lecturer pulak. Tu tak sedar diri namanya. Over kau ye! Rasional duduk barisan depan? supaya mudah berkomunikasi dengan lecturer, mudah nak tanya soalan sebab dekat dengan pensyarah.
4. Catat nota penting. Biasanya perkataan yang lecturer sebut banyak kali sampai tak terkira banyaknya tu adalah point penting. Jangan abaikan! Biasanya lecturer-lecturer ni semua adalah penggubal soalan. Pemeriksa kertasa jawapan pelajar. Nampak je macam taraf-taraf kita. Tu semua low profil punya olang maaaa. Tak mahu show off-show off munyaaa. Jadi amik serius apa derang cakap.
5. Kalau ye pun tak minat satu-satu subjek tu, jangan tunjuk. No! No! No! Nanti pensyarah takde mood nak mengajar. Kau pun, kalau dimintak ajar orang yang tak minat nak belajar, kau rasa bersemangat ke nak curahkan ilmu? Tanya diri sendiri tu.
6. Berkawan dengan orang yang selalu bagi perhatian dalam kelas semasa pensyarah sedang lecture. Dengan cara ni, kita pun rasa nak bersaing untuk tunjuk siapa yang lagi bagi perhatian dalam kelas. Baru persaingan yang sihat. Pastu, habis kelas boleh buat ulangkaji sama-sama. Baru betul sharing is caring hahah.
Sekian saja tips tempatkan diri dalam senarai dekan pada kali ini. Pada kali lain kita borak pasal tips lain pulak. Korang nak tips apa lepas ni? Boleh buat preparation. Oh! kalau nak tips jatuh cinta dengan subjek susah ada di sini. Klik je.
Semoga bermanfaat :D
Thanks for the tips! Mmg sangat berguna :)
ReplyDelete