Assalamualaikum,
Setelah sekian lama menyepi dari dunia blogging ni ... hakak kembali dengan tajuk ala-ala tajuk novel gitu. Macam tajuk lagu pun ado muahaha.
Hakak ni bukan apa dik ... bukan saja-saja nak rasa gelisah tak tentu hala ni tapi tu lah. Hakak tengah pikir ni. Hakak ni kan ... tiap kali dapat undangan walimatul urus dari member-member 'jauh', hakak selalu tak pergi. Bukan sengaja tak nak pergi tapi tiap kali tu mesti akan ada aral melintang. Kelas tambahan la. Famili dah booking nak bawak pergi bercuti lah, itu pasal la akak selalu terpaksa tekan butang MAYBE bila undangan tu dihantar melalui FB. Maklum lah zaman serba canggih ... undangan pun nak melalui saluran yang canggih-canggih jugak.
Dan sekarang ni, bila hakak duduk diam-diam di malam yang hening lagi sunyi waima satu suara unggas berkokok eh berbunyi pun takde sambil skrol-skrol gambar wedding member, hakak jadi tertanya-tanya, "bila aku buat majlis nanti derang nak datang ke tak ek? Wedding derang pun aku tak datang". Terus hakak jadi gelisah dik. Hakak takut dikatakan anti sosial nanti sebab takde satu member pun yang datang padahal dalam kalangan member-member, hakak la yang paling pandai bersosial. Sampai member-member cop hakak ni SUPER RAMAH. Bayangkanlah teror tak teror hakak make it frenz dengan orang-orang. Tetiba ayat hakak ni berbaur riak. Perasan tak hadik? *tercekik*.
Pastu ni ada lagi satu hal yang membuatkan hakak gelisah. Cenggini cerita dia. Kan hakak kan ada la kan post kan pasal YES tu kan. Kan? Kan? (virus KAN menyerang diri penawarnya tampar diri sendiri. Biasa dia tu) Pastu kan terus la ramai yang tanya pasal YES dekat hakak ni haaa. Tu takpe lagi sebab hakak memang suka share info dengan orang-orang. Kan hakak pandai bergaul. Dah kata tadi kan uhukuhuk. Batuk sebab macam takde kaitan.
Ok, ok sambung semula. Masalahnya sekarang niiii bila dah ramai duk tanya-tanya ... hakak jadi gelabah. Gelisah pun ada jugak. Hakak bukan salah sorang kakitangan YES dikkk. BUkannnnn. Macam mana hakak nak selesaikan masalah sorang-sorang kalau dah sorang-sorang tanya info dekat orang yang tak berapa nak berinformasi. Setakat info dipermukaan boleh la hakak kongsi dan bertukar pandangan serta pendapat tapi kalau dah sampai kasi soalan macam hakak ni teror serba-serbi pasal YES, terus rasa nak pengsan adik weyyy.
Sekarang ni hakak cuma ada satu solusi je dekat hadik-hadik yang duk inquery sangat pasal YES tu. Solusi ni kompem sangat membantu, padu lagi jitu. Errrr apa kata hadik pergi semula ke kaunter YES dan tanya sebanyak-banyaknya soalan yang nak ditanya sebab derang lagi pakar dan lagi tahu kalau nak dibandingkan dengan hakak ni. Tanya jela apa je, in sya allah derang ada jawapannya. Hakak pun kengkadang tanya macam-macam dekat derang tu sampai kadang-kadang nak ke tahap bertekak jugak la. Nasib baik kesabaran hakak tebal sikit dari kulit bawang. So semua undercontrol. Kalau takkkk mahu terjadinya tragedi Oktober disitu.
So hadik, rajin-rajinkan la diri tu pergi kaunter YES. Tau?