888 Review

Biodata Pelakon Setitis Kasih Darmia

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:48 PM Comments : 0 Labels :

Assalamulaikum

Lately aku syok sungguh dok melayan cerita adaptasi novel (again) SETITIS KASIH DARMIA. Sebelum aku continue pasal biodata hero dan heroin cerita ni, aku nak bagi tahu yang aku dah break my own promise yang kengkononnya dah taknak dah buka TONTON.COM.MY untuk tengok cerita-cerita. Last aku buka tonton masa cerita K.T.A.R. Ingat lagi kan cerita tu. Jadi fenomena sekejap kottt. Abang Zain. Indah. Geram. Sampai rasa nak laga-lagakan je dahi derang (ek eh! boleh tahan psiko jugak aku nih).

Oh! dah start ke laut dah cerita aku. Dekat mana kita tadi? Haaa ... dekat aku break janji aku sendiri an. Namun, gara-gara S.K.D yang ke udara tiap-tiap Selasa dan Rabu jam 8.30pm (kalau tak silap. Kan aku tonton TONTON bukan tonton TV) di tv9 aku break janji aku (excuse me! Berapa kali nak ulang ayat tula?). Cerita ni serius best. Serius ke best ke? Errr maksud aku betul-betul best la. Nak tahu? Pergi tonton tv.

Ok village people, let's cekidaud hero dan heroin yang korang gerenti teruja tengok gandingan derang. Jangan tipu dengan berkata bahawa korang tak berkenan dengan gandingan derang dalam drama BUKAN KERANA AKU TAK CINTA sebab lepas drama tu... ramai duk kenen-kenenkan derang berdua. Berlagak matchmaker.

Haaa ... dah boleh agak an siapa????

Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose lerwww.


Nama sebenar Sharnaaz Ahmad adalah Sharnaaz Ahmad. Itulah nama dalam surat beranak dia dan itulah jugak nama pentas dia. Dia takde nama komersial lain sebab nama asal dia dah cukup komersial. Start terkenal sebab watak Lan Todak (baca dengan gaya sebutan sebenar) dan sebab watak Jebat Foo (foooyoooo). Sharnaaz ni anak kepada Datuk Basir Ahmad, seorang usahawan di Pulau Pinang dan merupakan kenalan rapat kepada keluarga P Ramlee. Sharnaaz ni bekas budak akaun tahun 2008 di salah sebuah Polytech MARA yang tak diketahui lokasinya dalam Malaysia ni dimana. Cuma dia alumni Polytech MARA jurusan perakaunan perniagaan (?????) menurut sumber wikipedia ni la yang telah berjaya buat kepala aku pusing sikit dengan fakta-fakta yang dia sediakan. Siapa yang lahir pada 30/8, tarikh lahir dia sama dengan Sharnaaz. Dah!takyah nak yeay sangat.

Ok done cerita si hero. Kita beralih kepada cerita si heroin pulak ye?

Asalnya ... nama Nelydia Senrose adalah Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen tapi mungkin sebab terlalu panjang untuk orang-orang panggil, so dia guna nama Nelydia Senrose atau pendek lagi panggil Nely untuk nama pentas dia. Juga as her commercial name. Lahir pada tahun 1994 bertarikh 30/7. Start popular dalam drama Setia Hujung Nyawa, pegang watak Ersalina Imani padahal sebelum tu dah berlakon dalam 2 sequel Spa Q. Mungkin Spa Q tak beri impak sangat kot. Sebab tu lah ... hehe. Rasanya ramai dah tahu yang Nely adalah adik Uqasha Senrose. Tapi ramai sampai sekarang dok confius mana satu akak mana satu adik when they took photo together,right? Muka 'ctrl c' 'ctrl v' sangat.

This is NIK ZARIS UQASHA SENROSE NIK SEN

Asal Kelantan and now further study in psychology at SEGI College. Ada darah kacuk. Siam. Melayu.

Orite village people, so far from me... Until we meet again :)




No comments:

Post a Comment