888 Review

3 jenis bunga yang menyerupai sesuatu objek atau haiwan

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:30 AM Comments : 2 Labels :

Dunia ni memang banyak OOOOO nya. Biasanya bunyi OOOOO tu akan keluar bila manusia dapat tahu sesuatu fakta yang baru. Jadi, tahukah anda bahawa ada bunga-bungaan yang menyerupai objek atau haiwan dalam dunia ni?


Siapa yang tak baca infiniti, tak tahu la pasal ni.

Aku ni pun kalau tak belek majalah Infiniti Oktober 2014, harom nak tahu pasal ni. Tapi ... dah alang-alang tahu tu ... i willing to share this dengan engkorang la biar sama-sama terpegun dan membentuk huruf OOOO di bibir mungil.

1. 

Bunga ni namanya orkid Dracula Simia. Menyerupai seekor monkey. Maksud Dracula Simia ialah Naga Monyet Kecil. Hanya terdapat di Peru dan kawasan hutan tenggara Ekuador.


Nak sama ke tak muka monyet ni dengan 'muka' orkid tu?


2. 

Yang ni pun spesis orkid juga. Namanya Caleana Major. Aku syak yang semua spesis orkid ni memang baka alien. Kacuk dengan apa-apa ntah sampai boleh wujud rupa seekor itik yang sedang terbang. Bunga ni korang boleh jumpa dekat kawasan timur and barat Australia SAHAJA tau.


Kuwek! Kuwek! sama tak den dengan bunga dekat atas tu? Kuwek! Kuwek!



3. 

Bunga yang cuba nak jadi pesaing Kilafairy dan Angelina Jolie. Nama saintifiknya Psychotria Elata. Bunga ni takde dekat Malaysia. Kalau nak pergi jumpa dengan bunga ni, kena book flight ke Colombia atau Costa Rica atau Panama atau (berapa banyak ATAU aku daaa) Ecuador.

Ayuh kita cuba bawa bibir seksi Kilafairy atau Angelina Jolie ke sini. Kita tengok mana yang paling memukau.


So? yang mana paling menarik mata untuk memandang?


2 comments:

  1. hahaha yang last tu kelakar... then baru ooooo betul3, baru tahu wujud bunga2 mcm ni..

    ReplyDelete