Aku baru je balik dari majlis solat hajat sebab minggu depan budak-budak IB atau fullnya International Business (bagi yang tak tahu) akan fly ke negara-negara yang derang dah choose untuk buat academic trip.
Kelas aku pilih negara Indonesia. Lokasinya di Bandung dan Yogyakarta. Dijangkakan kami akan menjejakkan kaki ke tempat pengambaran KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN. Ada yang jeles ke? hehehe.
Sebab kami pilih Indonesia adalah kerana pembelajaran Universiti dekat sana tak berorientasikan final exam tapi berorientasikan paper work. Dimana paper work tu kalau korang ada idea bombastik bom kedebabommm ... benda alah tu boleh jual. Tu baru betul-betul budak bisnis weh. Bukan exam je. Sikit-sikit exam. Asek-asek exam tapi paper work pun tak reti-reti juga nak buat.
Selain tu ... kami pilih Indon kerana currencynya murah. Muahahaha. Of coz murah jadi benchmark juga untuk student-student yang tak berapa nak berwang seperti kami selain kengkonon nak berjimat. (Takde maknanya nak berjimat dekat Indon. Tengok jela nanti. Pergi 2 beg,balik berbeg-beg).
Sebenarnya aku nak cerita pasal mak aku yang super sweet dan abah aku yang double super sweet. Memandangkan cerita Bandung-Yogya ni ada kaitan walaupun tak langsung, itu pasal la aku berceloteh pasal ni sekali.
Tadi aku mulakan cerita dengan aku baru je balik dari majlis solat hajat kan sebelum terbabas bercerita pasal Bandung-Yogya. Jadi izinkan aku sambung cerita dengan ...
-
-
-
-
-
Sampai je rumah, aku terus check fon. Aku turun surau tak bawa fon coz nak solat kan ... mana sempat nak wasep atau wechat, viber semua tu. Lagi pun bateri kong, so tinggal je la dalam bilik sambil cas.
Check check je, aku tengok ada mesej,1. Wasep ada 3 dari individu berbeza and one missed call from mommy.
Masa dekat surau tadi hati aku terdetik yang macam mommy akan call aku je nanti, tuptup! betullll. Kuat sungguh telepati kami. Selalu macam tu :')
Dah tahu mizz kol tu dari siapa, aku buka pula mesej. Baca je mesej tu, rasa macam nak menitik air mata. tsssk! tssk!
"Long, ibu masukkan duit RM blabla dalam akaun. Kalau tak cukup bagi tahu ye"
Allah. Sweetnya ibu. Sobsob. Padahal takde pun telefon dia merengek-rengek minta duit, tahu tahu je dia dah bank in. Allah. Baiknya :')
Abah lagi la super duper sweet. Walaupun ibu yang pergi bank in kan duit tapi duit tu sumbernya dari abah. Walaupun abah tak mesej kata duit dah masuk tapi dia dah wakilkan ibu untuk maklumkan mengenai itu. Sedih dalam gembira perasaan malam ni. Rasa bersemangat sangat nak buat revision untuk test esok.
Wish me luck sahabat :)
Alhamdulillah...kasih sayang ibu dan ayah yang pasti tiada tandingan di dunia ni.. semoga kita membalas jasa2 mereka dengan kejayaan dan kegembiraan kepada mereka....insyaallah...
ReplyDeleteSalam ukhwah dari mommylina
Alhamdulillah..sweetnyaaaa ibu dan ayah awak...
ReplyDeletejemput join segmen newbie dari ibu :)
http://www.ibuhana.com/2014/10/nak-url-please-bersama-ibuhanacom.html
Bestnyaa akak , okeh nanti bawak sikit ole-ole untk ruby tauuu . hihih // Salam Ukhwahh
ReplyDeletesweettttt :D insyAllah, kita sama2 tanam azam utk berjasa pd parents kite ea :)
ReplyDeleteBesar jasa mak ayah kita ;)
ReplyDeleteBelog Miss Balqis