888 Review

The Liebster Award!

Penulis : nurinafarhana Masa : 2:56 PM Comments : 13 Labels :

I got Liebster Award? Like zeriusly???

Sebab rule pertama Liebster Award ni kena mention nama orang yang nominated kita, so I wanna say thank you very much to Mastura Aziz kerana menganugerahkan Liebster Award kepada iolls  ni. Terkejut sangat. Buka-buka cbox je dapat mesej canggini :-


Orang dodulu kata, orang memberi kita menerima. Jadi, iolls terima la dengan gembira. Hei~ bukan mudah tau blogger yang suam-suam kuku nak di tag oleh blogger lain. Dianggap sebagai blogger yang berpotensi lagi. Syukur~

Rules when being nominated :

1- Mention the person who nominated you with a link to their blog.
2- Answer the 11 questions asked.
3- Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lot of potential.
4- Create 11 of you own questions for them to answer.
5- Notify your nominate.

Masa untuk jawab soalan~ tiktok tiktok

1. Pernahkah anda kentut depan orang ramai tapi tak berbunyi, cuma bau? Apakah reaksi anda bila orang sekeliling tengok anda?
Wah! Wah! Wah! mula-mula lagi dah kasi soalan perangkap. Malas layan hahaha.

2. Banyak tempat pelancongan di Malaysia ni. Tempat mana yg anda belum pergi & ingin pergi?
Erm, banyak! banyak! banyak! Banyak sangat sampai tak ter-list-kan tapi teringan gila nak pergi Pulau Tioman. Member-member kelas asek sembang kencang je pasal Pulau ni. Buat hati meronta-ronta nak jejak ke sana.

3- Pergi hotel, pernah tak anda terbuka paip air panas ketika mandi. Apakah perasaan anda rasa waktu tu?
Masa mandi tak pernah. Masa nak basuh tangan pernah. Sempat juga la jadi bini Tarzan kejap sampai satu bilik meluru ke jamban. Hmmm normal la tu kalau rasa sakit. Kena air panas kan. Bukan kena salji huhuhuu.

4- Jika diberi peluang kepada anda untuk edit blog free, blog macam siapakah anda nak?
Nanti fikir sebab baru je ni edit blog. Ok tak template baru ni? Ke ada cadangan lain untuk rupa blog ni supaya nampak lebih fresh dan matang kononnya ke, kan?

5- Blog anda berkaitan apakah? Bisneskah? Tutorialkah? or Only Personal?
Blog ni bukan pasal bisnes tapi ada jugak bercadang nak berbisnes dekat sini. Tengok lah macam mana nanti. Bukan pasal tutorial sebab zero kreativiti walaupun orang kata 'art is never wrong'. Tapi bukan pasal personal saja. Ada la juga pasal artis, pasal movie, pasal travel, pasal makan, pasal review sana sini, pasal segmen, pasal GA. Ah! pasal macam-macam lah. Pasal cari pasal je takde.

6- Bila hari jadi anda? Berminat tak kalau Mas bagi hadiah? Dan hadiah apa yang anda mahu?
Hari jadi iolls 22/7 (jatuh pada bulan puasa tahun ni. Tahun-tahun sebelum ni pun sama =='). Eh! opkos berminat. Gila tak minat kalau dah Mas sendiri yang offer kehkehkeh. Hmmm hadiah apa ye? Tak kesah la Mas, Mas nak kasi apa asalkan hadiah tu boleh mengingatkan FF kepada Mas dan boleh jadi kenangan sampai ke anak cucu. Boleh dapatkan hadiah yang macam tu?

7- Dari mana anda tahu pasal blog ni? Habaq mai sikit.
Ntah la~ tak ingat. Dari segmen-segmen yang di-join kot. Takpun dari cbox. Takpun dari group blogger dekat FB. Aish! ntah, tak tahu.

8- Apakah bintang yang anda suka & tak suka? Kenapa suka & kenapa tidak?
Konfius dengan soalan ni. Actually nak tanya pasal bintang ke pasal binatang? Kalau pasal bintang, tak pernah ada bintang yang suka ke tak suka ke. Nampak cantik je semua di dada langit sana tu. Tapi kalau tanya pasal binatang, FF suka kekura. Kekura macam shomel gila babas. Teringin nak jadikan pet tapi takut terabai coz FF boleh tahan busy macam YB bhahaha (kelekuk atas kepala). Binatang yang tak suka pulak, lebih kepada fobia la sebenarnya. ULAR. Siap aku capslock kan lagi haa. Coz menatang ni pernah masuk dalam umah dan bersalin kulit dalam umah dan tido dalam umah dan akhirnya mati dalam umah juga akibat diketuk oleh arwah atuk saya ketika dia nak amik wudhuk. Arwah atuk saya kata, ular itu kehausan atau kekeringan. Itu pasal la dia menuju ke jamban untuk dapatkan setitis air. Namun apakan daya, ajalnya sudah sampai. Sekian saja essay saya pada hari ini.

9- Adakah anda bercita-cita menjadi seorang blogger femes @ seseorang blogger yang entrynya dikenang? Sebab apa?
Ada la juga menyimpan cita-cita di bawah paras sedar diri tu. Memang suka berangan jadi blogger femes mahupun seorang blogger yang entrynya dikenang kerana manusia mati meninggalkan nama hahah. Dah la jawapan macam takde kaitan pastu skema tahap mematuhi rules karangan BM pastu rasa nak cubit diri sendiri dengan jawapan memalukan ni =='

10- Apakah kriteria seorang blogger yang perlu ada?
Perlu rajin. Rajin. Dan~ Rajin lagi. Rajin update. Rajin membaca. Rajin publish entry. Rajin blogwalking. Rajin join apa-apa je segmen atas nama ukhuwah. Rajin amik tahu pasal semua benda tapi bukan sampai tahap menyibuk hal orang. Itu annoying!

11- Lastly, adakah anda peminat KPOP? Dan kenapa?
Peminat juga la. Boleh tahan. Dan~ errr~ itu semua boleh dilihat melalui kewujudan entry ninini dan ni. Kenapa minat KPOP? Sebab taknak minat JPOP haha. Ok, ok serius. Sebab Korea ni~ kita kecik kan skop dia ey? Kita cerita pasal drama-drama derang. Drama derang semuanya berkisarkan realiti hidup. Bukan nak kata drama Melayu sangat klise tapi selalunya memang klise. Aku Isterinya lah. Dia suamiku lah. Sikit-sikit kawin paksa. Kadang macam tak tahu apa moral value yang cuba disampaikan. Drama Korea, klise dia kurang. Ada tetap ada tapi not as much as drama Melayu. Walaupon belah-belah Korea sikit-sikit buat cerita pasal 4 orang anak orang kaya bersekolah di sekolah elit dan akhirnya akan masuk seorang perempuan miskin dalam kalangan derang dan yang tak setaraf kena buli kaw-kaw punya tapi cara perkembangan cerita dia menarik. Kadang macam tak boleh agak lepas ni akan jadi apa, akan jadi apa. Penuh teka-teki. Kalau time derang buat cerita-cerita zaman maharaje derang pulak, memang dapat ilmu baru la coz derang cuba untuk bawa semua orang menyelami suasana zaman dulu tu macam mana. Amacam? Berbentuk karangan tak penjelasan aku? BHahaha.

Nak tag kepada :-

Soalan tak bertaraf exam dari FF

1) Apa yang anda faham pasal Liebster Award? (terus cepat-cepat google)

2) Pandai berkomunikasi guna bahasa F? Bila kali terakhir berkomunikasi guna bahasa ni?

3) Apa komen anda pasal blog ni? Cer share. Mana tahu boleh perbaiki mana yang patut.

4) Antara hotel dengan homestay, prefer yang mana? Kenapa?

5) Bila dah terlambat pergi kelas, selalunya anda akan buat apa? Sambung tido terus atau rushing-rushing bersiap or others? Nyatakan.

6) Bila sebut blogger, apa yang anda terfikir?

7) Hari bapa dah nak dekat ni, apa ucapan anda kepada bapa anda?

8) Kalau kena damn or condemn dengan orang, apa yang biasa anda buat?

9) Rakan anda seorang yang kuat melaser, cara anda tangani dia macam mana?

10) Masa kecik dulu simpan cita-cita jadi apa? Bila dah besar ni, cita-cita anda masih yang sama ke?

11) Minat baca novel? Suka karya siapa? Teringin nak novel apa pulak di-skrinkan? Kenapa?

Ok candidates ku sekalian, masa menjawab soalan bermula dari sekarang. Berita gembiranya anda tak perlu rushing-rushing siapkan sebab takde limitation time. Selamat menjawab :D


Gatai nak kawin nampak!

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:40 AM Comments : 3 Labels :



Apa kena la dengan housemate aku malam ni. Konfius aku kejap. Berapa la ek umur ktorang actually? 22 tahun ke 22 bulan haha. Boleh pulak derang buat 'malam berinai' waktu-waktu macam ni hehe. Macam tugasan hakiki dah selamat di setelkan. Padahal~ esok ada test tu. Ntah apa-apa jela. 


Yang paling tak menahan, sambil pasang inai siap pasang lagu Selamat Pengantin Baru lagi. Dari versi kumpulan Hijjaz sampai la ke versi Anita Sarawak. Aku tukar lagu semua jeritkan aku "WOOOOIIIII!!!" sebijik halilintar. Tanjat iolls uolls. Tapi apakan daya, aku jenis hati kering. Jeritkan aku sampai keluar suara abang-abang ketak pun bukan aku peduli. Tukar tetap tukar mihmihmih. Takyah nak selamat pengantin baru sangatlah (krikkrok krikkrok).


Pastu pasang inai taknak macam penuh satu badan pulak. Tak cukup dekat jari, tambah dekat tapak tangan. Tak cukup tapak tangan, tambah pula dekat jari kaki. Tapi ek eh! tak cukup lagi nampaknya. Pasang pulak dekat keliling tapak kaki. Sebijik cara berinai orang-orang hindustan dalam cerita-cerita bollywood. Aku terfikir, derang ni buat preparation untuk cerita bollywood tajuk apa la. Hero? Hero? Siapa hero? Bersungguh betul persiapan bhahaha.

Dah la, maleh nak layan perangai gonjeng derang. Baik aku take a nap pastu bangun awal sikit (5 minit sebelum 6.30 pagi haha) baca slide (zaman sekarang buku tak ubah macam perhiasan~ jangan rungsing. Slide memang menjadi sumber bacaan utama budak universiti) untuk test esok.

Adios xoxo.
Wassalam :D