888 Review

Biodata Pelakon Aku Isterinya

Penulis : nurinafarhana Masa : 7:11 PM Comments : 0 Labels :
Lagi drama adaptasi novel. Drama kali ni adaptasi novel AKU BUKAN MISTRESS. Siapa dah baca? Best tak? Berapa bintang korang nak bagi dekat novel tu? Kalau korang tanya aku, aku tak tahu nak bagi berapa sebab belum baca. Baca tajuk dia selalu la kalau pergi kedai buku. Hahaha << Eh, tak lawak ey? Ok, ok. Zip mulut.


Aku Bukan Mistress by Acik Lana.

Tapi tajuk drama kali ni dia tak ambik sempena tajuk novel tu la. Dia ubah. So, kalau tak perasan, memang takkan sedar la yang drama tu sebenarnya adaptasi sebuah novel. Tajuk drama tu ialah AKU ISTERINYA. Heroin drama ni, Anzalna. Heronya---- Jengjengjeng---


Anzalna

Nama penuh Anzalna, Nur Anzalna binti Md Nasir. Dia ni kacukan cina ( ayah ) dan punjabi ( ibu ). That's why la muka meletop-letop. Asal Pulau Pinang tapi takde pulak dia ni mix mamak-mamak. Ok, never mind. Di lahirkan pada 9 Januari 1988. Maksudnya tahun ni ( 2013 ) dia berusia 25 tahun. Tua 4 tahun dari aku. Merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik yang semuanya heroin-heroin belaka. Hero non ado. Sebelum masuk Dewi Remaja anjuran Majalah Remaja terbitan Karangkraf, dia ni nobody. Takde siapa pun kenal dia melainkan yang kenal dia lah. Sekarang, dah jadi somebody dah. Sebut je nama dia, orang dah boleh bayang dah " Oh ... si senget dalam Love You Mr Arrogant tu ke? ". Haaa ... see. Tinggi dia around 160 cm kot. Berat pula dalam 43 kg. Not sure juga sebab tak ingat.

Heronya ...... Izzue Islam. Rasa excited nak tengok. Macam tak puas tengok dia dalam SSID yang lepas tu. Dah la makin handsome. Geram tahap grrrr. Haha. Paras kontroversi yang kronik ayat aku.

Izzue Islam

Ini Muhammad Izzul Islam bin Mazlan tapi orang-orang lebih kenal dia dengan nama Izzue Islam. He is a Kelantarian. Just like me. Hehe. (Motip betul nak mention2 benda ni). Lahir pada 2 Jun 1990. Siapa yang lahir pada tarikh ni, korang kongsi tarikh lahir dengan dak Izzue ni ha. Dan dia dah berkahwin.

Aku difahamkan yang cerita ni pun akan diterbitkan dalam slot Akasia juga. Sama dengan drama Arianna Rose dan bakal menggantikan drama Jika Itu Takdirku. Apa-apa pun, selamat menonton. 31/Mac ni.

Macam best je. Macam masyuk je. Macam tak sabar nak tengok je.


No comments:

Post a Comment