888 Review

Seperti Geografi

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:10 PM Comments : 5 Labels :
Petang ni angin kuat sangat. Sama je macam petang-petang sebelum ni. Bukan main kuat lagi tiupan angin. Macam boleh melayang je rasa. Rasa takyah pergi pantai ke lepak tepi sungai ke tepi kolam ke semata nak menikmati angin yang kuat lagi kencang. Cukup sekadar berdiri depan jendela yang dibuka separa besar dan jengahkan kepala. Memang boleh terasa bagai nak hilang nyawa. Kuat tak kuatnya angin hingga boleh mengganggu sistem pernafasan. pfffff. Oksigen! Oksigen!

Petang ni juga macam biasa, boring seperti selalu. Memerap dalam bilik. Golek-golek atas katil. Pastu main handphone. Belek insta kejap. Bosan! Layan youtube pulak. Tengok Shasha Solero dengan iklan macam comel je macam cantik je dengan kak Ton and Bobo. Tergelak memang la tergelak tapi meluat pun ada juga. Bosan! Tengok channel MeleTOP pulak. Layan 2 3 cerita and tutup. Nak save bajet qouta huddle sebab nak buka tonton pulak malam nih. Tengok Ariana Rose (hehe). Gaya aku ni macam la dah lepas bebas dari cengkaman rejim yang dikenali sebagai FINAL EXAM! Macam di surga je kan gaya aku. Macam tak sedar diri pun ya. Tak sedar-sedar paper ada lagi 1. Paper pasal angin, udara, api, air. Paper geografi la tu. Eh! tetap juga melagho dengan jayanya.

Sebenarnya ... dah hujung-hujung tempoh tamatnya sesi pembelajaran bagi semester ini ... Dia punya semangat nak menelaah tu bagaikan roller kostaaa. Kejap naik, kejap turun. Kejap ada, kejap hilang. Macam main silap mata pula. Bila semangat tengah membuak-buak tu, boleh la khatamkan 2 3 chapter atau dapat la setelkan beberapa past sem question. Tapi ... bila kesedaran mula memulakan larian marathon 4 kali pusingan padang, mula la aku jadi melepek, lemau, liuk. Jadi macam aiskrim magnum yang dibiarkan terdedah bawah sinaran matahari yang menggila. Cair! Lagi-lagi bila jengah dekat jendela bilik dan nampak orang-orang yang dah habis paper angkat segala khazanah negara masuk dalam kereta. Masa tu aku tengok kekuatan diorang sekuat Badang. Yang makan muntah Jin tu (eeeuwwww). Angkut barang-barang dengan gigih dan gelak-gelak padahal barang banyak kot. Kalah orang yang nak pindah masuk rumah baru gaya dia. Sikit pun tak nampak muka stress macam yang selalu aku buat sejak-sejak paper belum tamat dengan sempurna ni. Hmmm mungkin tu la perasaan orang yang dah habis payper. Bahagia macam pengantin baru.

Tika ini. Di kala ini. Di saat ini ... aku tak ubah seperti isi kandungan dalam buku geografi tu. Penuh dengan konflik, masalah dalaman, masalah luaran, terikat dengan rules and regulation yang ntah siapa-siapa ntah yang reka. Mengarut betul! Dan lagi .... aku ibarat gurun Sahara yang kering kontang tu. Panas! Pening! Seksa! Lonely! Alone! Ha, apa lagi? Boring! Bosan!. Semua lah! Semua tu gambaran untuk diri aku sekarang. Tak memberangsangkan dan sangat kasihan. Mungkin aku akan berubah jadi sebuah taman bunga yang cantik yang ada lavendar, ros, orkid dan pelbagai lagi jenis bunga yang cantik lepas habis paper nanti. Untuk 2 3 hari ni, kekal dengan imej Gurun Sahara =='


Ini gambaran diri aku sekarang. Berpasir. Kering. Kontang. Lonely. Tak memberangsangkan. Scary. Boring. Takde perasaan. Lelah. Letih.


Bila habis paper, aku akan jadi macam taman bunga niiii. Cantikkan? Berseri-seri. Bersemangat. Penuh harapan. Wangi. Warna-warni. Happy :D

Oh! ada member wassap ajak keluar. Keluar dulu. Tata :)

5 comments:

  1. haha, bila dah habis exam, memang best! tapi bila dapat result, gemuruh sangat! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak buat-buat tak ingat je tarikh result keluar. Tak pun rasa macam nak buat-buat pengsan supaya di kasihani. Haha

      Delete
  2. bila dah habis exam rasa lega sangat, tiba2 teringat zaman study dulu...

    ReplyDelete
  3. wow..sungguh kreatip imagination fatin..hihi

    ReplyDelete