888 Review

Harga register YES 4G

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:24 AM Comments : 18 Labels :
Haiiiii, gigih pulak aku create entry baru malam ni. Padahal dari tadi mulut ni asyik dok kata nak tido lah apa lah itu lah ini lah. Ok, dah stop membebel.

Ok uolls, ingat lagi tak pasal entry Gunalah Yes 4G ? Entry yang aku bersungguh-sungguh promote Yes mengalahkan promoter Yes sendiri tu, remember? Ok, good. Tapi dalam entry tu aku tak nyatakan harga bagi setiap huddle yang aku perkenalkan dan promote bagai nak rak tu. Kan, perasan tak? Kalau tak perasan, sah korang tak baca lagi. Sila pergi baca sekarang * sambil jeling-jeling persis orang mintak penampar sedas * Haha~. Since ada yang tanya, maka aku hasilkan lah entry khas ni ( Suka hati saya la! ) Hmmmm berjaya jugak aku jadi promoter berjaya ye. Eceh. Eh, jangan gelak.

Baiklah, kepada awok yang bertanya tu .... harga register untuk produk ni bergantung kepada apa yang awak berminat nak beli. Sebagai contoh awak berminat nak beli Yes 4G Dongle seperti yang dibawah ini ....


Harga nak register RM 50 termasuk advance payment.

Contoh seterusnya ialah kalau awak nak beli Huddle 4G Mobile Hotspot

Harga nak register termasuk advance payment + activation fee RM 150

Contoh lain. let say awak tak nak Huddle yang dekat atas coz promoter tu cong awak. Hah? cong tu apa? Cong tuuuuu seperti pujuk atau yang sewaktu dengannya. Katanya Huddle dekat atas tu kurang best kalau nak dibandingkan dengan Huddle xs 4G. Lagi pulak Huddle xs 4G tu lebih latest. Awak pun termakan dengan kata-kata dia .... Let say macam tu la kan. Harga yang awak akan kena bayarrrr .... Jengjengjeng * suspen la konon *


Harga register beserta advance payment + activation fee + Device upfront RM 230

Haaaa itu lah harga-harga yang kena bayar. Harga berbeza mengikut barang yang mana yang awak nak pilih. Nak pilih yang biasa-biasa. Harga biasa-biasa la yang awak bayar masa register. Nak pilih yang supersaya. Harga supersaya la yang awak kena bayar masa register. Apa-apa pun, lakukan lah pilihan yang bijak. Pilihan di tangan anda.

Oh, in cast ada yang nak tanya apa kelebihan atau apa fungsinya bayar advance payment tu atau kot-kot ada yang protes tetiba mengenai kewujudan advance payment tu, jangan stress-stress. Jangan gusar mahupun bimbang mahupun protes sampai angkat sepanduk di tepi jalan. Jangan! Jangan! Jangan!

Advance payment tu fungsinya sebagai wang pendahuluan. Maksudnya ... seandainya kalau awak amik pakej 68, untuk bulan pertama awak hanya perlu bayar RM59.30 sen sahaja. Jimat bukan? Jimat banyak bukan sikit walaupun hanya untuk bulan pertama cuma. Macam mana saya tahu? Sebab saya guna pakej 68 ni. Bulan seterusnya baru la awak bayar mengikut harga pakej yang awak ambil dan baru la free 1 GB awak dapattttt selama 3 bulannnn.

Sekarang stress lagi tak? Rasa terbeban lagi tak? Nak pertikaikan lagi tak pembayaran advance tu? Mestila tak, kan. ( Pehal nih aku yang tanya, aku jugak yang jawab ).

p/s : sebelum beli jangan lupa check line dulu tau. Takut2 dekat tempat korang tak dapat connect line Yes ni. Karang membazir pulak dah beli mahal2. Sebelum aku kena maki baik aku kasi tahu awal2 biar korang alert sikit mengenai masalah ni.


18 comments:

  1. Adik guna nie ka...best tak dear :)..cik akak setakat nie try BB je..hihi

    ReplyDelete
  2. wah yes 4g... nanti boleh la promote i punya post ttg celcom... nanti kalau dah masuk fiber disini. nak pasang unifi truh...

    ReplyDelete
  3. line Yes tak ada kat tempat saya. saya pakai streamyx combo je. sebulan dalam Rm38 tapi kelajuan 258 kbs je la. tapi, ok je saya pakai. siap dapat netbook HP Free lagi. Hehehe. Pakej promosi lama.

    Jemput ke blog saya ye?

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tak semua tempat dapat connect dgn line Yes ni. Kena check dulu sebelum beli :)

      Delete
  4. kalau habis limit boleh surf internet lagi ke...

    ReplyDelete
  5. kalau habis limit boleh surf internet tak...

    ReplyDelete
  6. Boleh tapi macam siput la. Kesabaran kena tahap langit ke-7 masa ni.

    ReplyDelete
  7. Sis , yes 4g dongle tu masa register kena bayar RM50 ke ? then untuk tiap2 bulan pulak berapa kena bayar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap-tiap bulan bergantung pada berapa GB yang kita nak langgan tiap bulan. Boleh baca dekat sini ye dear :)

      http://nurinafarhana.blogspot.com/2013/03/gunalah-yes-4g.html

      Delete
  8. yes ni ad yg unlimited..klu ad bpe plak harge sebln

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua YES pun unlimited. Tak kesah walau ambik packege berapa-berapa pun sebulan. Better awak pergi dekat booth YES sendiri. Tanya derang coz sekarang harga pakej ada perubahan sekarang ni.

      Delete
  9. Dongle saja jual x? Dongle saya hilang x tau nk cari dah..apa2 pm me kat imajohn82@gmail

    ReplyDelete
  10. Mcm mn klu sy nk beli huddle shj tanpa line

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai abdul Rashid, saya tak pasti la pasal ni. Apa kata awk direct ke kedai YES berhampiran. Saya dapat tolong awak setakat tu ja. Thanks sudi ke side saya ni. Datang lagi ye :)

      Delete
  11. Bagus. Artikel yg santai dan menarik😃

    ReplyDelete