888 Review

Menularnya budaya April Fool dalam kalangan kita.

Penulis : nurinafarhana Masa : 4:40 PM Comments : 7 Labels :
1 April adalah tarikh yang paling membosankan dalam sejarah peradaban dunia aku. (Ayat nak copypaste subjek TITAs. Tahu la kelas CTU batal hari ni). Satu hari ni kelas takde, dibatalkan. Arggggghhhh mati kutu aku. Memerap dopuluhpatjam dalam bilik. Nak keluar macam takde function je. Dah la Melaka ni panas. Baru berdiri kejap di kawasan yang tak berbumbung, bertukar bangsa kulit aku. Panas okeyh Melaka ni. Panas gilos. Terbakar kulit aku. Berbelang-belang semacam kuda belang pattern kulit aku. Tapi kalau aku cakap dekat mak aku pasal kepanasan Melaka ni, mak aku akan kata "Neraka tu lagi panas Kak long". Uhuk uhuk uhuk. Insaf ibuuuu.... Insaf. Tak nak merungut lagi dah pasal kepanasan dunia. Wuwuwu ='(


Permulaan hari kami bermula dengan watsapp dari class rap kami ni. Sebelum baca mesej ni, mata aku ya ampuuuunnnn sayanggggg memang rasa payah nak bukak. Ngantok yang amat-amat mengantok. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab aku tengah nak buat persediaan nak pergi kelas. Jadi, syaiton cuba sedaya upaya mendodoikan aku kembali tido. Bukan nak menuduh tapi tu lah susah nak cakap. Sebelum baca mesej ni, berapa kali aku bangun pastu baring balik. Bangun lagi dan baring lagi. Tengok jam "Alaaa baru pukul 9, kelas 10.30" aku sambung baring lagi. Bila dah baca mesej tu, automatik mata jadi segar-bugar. Badan yang tak bermaya jadi cergas. Memang kerja syaiton betullah ni. Memang kerja dia lah ni. Sah! Memang kerja dia! Tu respon aku, respon kawan-kawan aku pulakkkk lepas baca mesej tu .....


Ada yang hepi. Ada yang menerima dengan redha. Tidak ketinggalan jugak ada yang sedih dalam hepi "Tak dapat jumpa ustaz Huhu". Konon betullah kawan aku ni tapi memang sedih pon tak dapat jumpa ustaz. Tak dapat la kitorang dengar sambungan kisah Nabi Muhammad SAW. Memang ralit okeyh bila ustaz dah start bercerita. Rasa macam satu hari ada TITAs pun takpe. Nampak tak betapa bestnya ustaz?

Bila dah tahu takde kelas, aku online la. Ber-FB, ber-twitter, ber-blog. Hmmmm macam tu lah aktiviti aku lepas tu. Sampai la aku dapat call dari sorang lecturer aku nih. Aku tak tahu pon tu lecturer aku. Incoming call, nombor yang tak dikenali, tanpa nama. Aku agak teragak-agak jugak nak angkat tapi angkat jelah. Mana tahu kot-kot urgent kan panggilan tu. Ternyata panggilan tu memang urgent pon. Mesej yang pemanggil nak sampaikan pon memang perlu disampaikan kepada kengkawan lain dalam kadar segera. Berbalik kepada nombor pemanggil yang tak dikenali itu tadi, dalam pada masa was-was campur teragak-agak tu, aku tetap terima panggilan tu sebaik mungkin. Bagi salam dengan suara yang paling lembut. Lagi lembut dari sumi nyumnyum tu. Nasib baik aku buat macam tu. Kalau taaakkkk mahunya aku jadi WANTED die or alive oleh lecturer OPM aku. Tahu tak apa yang aku rasa masa tu? Of course la terkejut, kan. Tetiba je call aku, aku bukan class rap atau penolong class rap. Aku cuma bendahari je pon. Rupa-rupanya dia call class rap aku, tapi tak dapat. Mana nak dapatnya kalau si class rap aku tu duk sedap menyulam mimpi. Bertuah punya ketua! Apa mesej yang aku dapat dari lecturer aku tu agaknya? Yang aku kata penting sangat tu. (Haaaa penat pulak menaip. Panjang pulak entry aku ni. Harap ada kekuatan nak teruskan pembacaan).


Kelas OPM cancel. Tu la mesej yang aku dapat sampai huru-hara aku kejap hari ni. Orang ni call. Orang tu mesej. Orang tu nak confirmation. Orang ni nak mintak nombor madam. Blablabla. Nak percayakan orang yang tak percaya lagi dengan penyampaian mesej tu. Penat aku. Phwww. Tapi kepenatan tak habis dekat situ. Ada lagi. Belum habis. Sila jangan nak hembuskan nafas lega.



Sekali lagi aku call Madam and she come out dengan mesej baru "Fatin, inform dekat classmate U and classmate kelas lagi satu yang hari Rabu pun takde kelas". Aku pun sekali lagi dengan gigihnya menaip mesej. Nak sampaikan maklumat dekat kawan-kawan terchinta punya pasal. Taip lah aku. Lagipon taip mesej dekat tempat free, takyah bayar. Aku bebas menaip sepanjang mana dan berperenggan-perenggan pun. Muahahaha. Tapi end up dengan ada yang kata aku dalam percubaan nak prank diorang. Diorang bantai aku buat April Fool.Cis! Aku tak main la prank orang menggunakan alasan kotor tu!!! Siap kata nak simbah dengan air sos tiram lagi. Sedih! Sedih! Aku ikhlas okeyh menyampaikan pesanan penaja. Tolong la hargai. Sobsob ='( Tapi bukan salah mereka jugak. Dah memang masyarakat kita terbiasa dengan April Fool dan kebetulan pulak hari ni 1 April, sama-sama jadi mangsa keadaan la kami. Yang aku, mencuba pertahankan aku tak menipu. Diorang pulak dalam usaha mengelak diri dari ditipu. 2x5 je la kita. Lepas masing-masing dah percaya duduk berdirinya (bombastik ayat den. Hikhik) perkara sebenar, masing-masing tweet macam ni .....





Ni antara yang aku ambik. Yang paling bestttt tanpa pengetahuan mereka. Habis la aku lepas ni.

p/s : Nampak tak betapa kukuhnya budaya April Fool ni dalam kalangan kita? Cakap benda betul pon orang ingat prank. Hanya kerana hari ni 1 April. Kesian tarikh ni. Nangis dia. Bila 14 April, lain pulak ceritanya. Nantikan apa pulak yang jadi masa tarikh tu.




7 comments:

  1. Benci betullah april fool ni... Asik nak prank orang je... Tak suke okayy hehehe

    ReplyDelete
  2. Kenapa la umat islam skang ni mudah terpengaruh dgn benda2 cam ni

    April Fool: Menyingkap Kisah Penyembelihan Umat Islam

    ReplyDelete
  3. haha lawak la....

    - Admins blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    - Facebook fan page
    https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

    - Ping blog artikel @ Facebook
    https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

    ReplyDelete