888 Review

Tips Keselamatan Wanita

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:33 PM Comments : 9 Labels :
Abah aku selalu cakap yang perempuan ni perlu sentiasa berwaspada. Jangan mudah percaya dengan orang. Mesti ada perasaan curiga walaupon sedikit pada semua orang dan banyak lah lagi. Abah aku cakap lagi yang perempuan ni kena ada ilmu pertahankan diri sendiri. Since tak selamanya dan bukan setiap masa orang lelaki yang mampu protect kita kan ada di samping kita. Kau hingat orang lelaki takde kerja lain ke selain asyik nak protect korang? Haaa macam tu lah lebih kurangya maksud ayat bapak aku tu. Punya la caring bapak aku dekat anak dara dia. (Abah, shuweet lah abah nimmm. Hik)

kebanyakan hal semestinya perempuan akan menanggung akibat. Yelah, yang merogol lelaki. Yang tanggung akibat perempuan. Kejam betul dunia. Kenapa aku kata kejam betul dunia bukan kejam betul lelaki? Sebab ada masanya perempuan yang menyebabkan lelaki yang terberahi dengan dia. Kebanyakan masanya lelaki yang terberahi sendiri. Tu laaaa layan lagi citer 18SX.

Disebabkan itu, adik-adik aku yang 4 orang hero tu asyik ajak aku bergasak je. Kononnya nak ajar kakak diorang ni supaya pandai berlawan lah. Aku hargai perhatian dan ke-caringan mereka itu. Bergasak sepenuh hati pulak tuh sampai ada yang menangis. APTB. Akhirnya pergi mengadu dekat mak aku. Lepas tu dapat hadiah hunger sebab bergaduh tanpa sebab. Wakakaka. Nasib baik dapat hadiah hunger je atas badan. Berbilau la sikit tapi cepat je baik daripada dapat hadiah tali pinggang polis bapak aku. Ha, mana 1 nak? Hunger ke tali pinggang polis? Jawapan selamat adalah jangan mengadu lepas bergasak kalau tak teresak-esak la kau lepas tu.

Berikut adalah langkah-langkah yang memungkinkan iolls dan uols terselamat. In Shaa Allah.


sumber : FB

Langkah-langkah dekat atas tu tak pernah di ajar oleh adik-adik aku kepada kakaknya ini. Biasanya diorang ajar aku bermuey thai. (Kasi buah Ong Bak sikit). Diorang kata step dalam gambar tu takkan bagi keinsafan kepada para lelaki. Eleh! macam la korang tu separuh lelaki separuh perempuan. (Nauzubillah). Apa-apa pon, walaupon step tu ada lah ringkas tapi padat tau. Step tu pon mudah je untuk dipelajari.  Mampu la membuatkan lelaki-lelaki yang sebegitu ambik mood insaf untuk beberapa ketika. Huh! Adalah menjadi bonus kalau dia terus insaf secara total selepas kena penangan 9 das tu. Yeah.


Berikutnya lagi adalah perkongsian sepotong doa. Nak tahu doa apa?


Dikatakan doa ni pernah dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s iaitu Siti Sarah yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri. Dalam islam kita kena amalkan konsep BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKAL. Usaha kita dah ada dengan memahamkan, mempelajari dan mempraktikkan step di atas tadi. Lepas tu kita kena la berdoa pulak. Mohon perlindungan kepada Allah. Konsep terakhir, tawakal. Kalau dah buat semua tu tapi tetap jugak berlaku perkara yang tak di ingini, anggap lah tu ujian daripada Allah. Belajar lah untuk redha. Terima qada dan qadar dengan hati yang terbuka :) Bukannya kita tak berusaha untuk mengelak, kan? Mesti ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku :) (Kenapa tulisan terakhir aku bertukar ke unknown font?)

9 comments:

  1. Hi,jom join segmen Ayna? ^^
    http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/03/segmen-exchange-banner-and-link-by.html

    ReplyDelete
  2. sungguh susah menjadi perempuan kan hehehe

    15 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Kehebatan Military Of Malaysia - Info - Blog 3 Dalam 1

    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/03/15-perkara-yang-anda-tidak-tahu.html

    ReplyDelete
  3. sekarang ni kita kena lebih lengkapkan diri dengan ilmu pertahanan diri :)

    ReplyDelete
  4. Dasyat gila cara model dalam gambar tu smack down mamat tu hehe :P Nice sharing, insyaAllah akan praktikkan kalau dtimpa musibah :)

    ReplyDelete
  5. Singgah sini: senenyihbaru.blogspot.com

    ReplyDelete