888 Review

Kenangan lama mengusik jiwa

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:28 AM Comments : 3 Labels :

Assalamulaikum

It is been many years aku tinggalkan zaman persekolahan. Maknanya dah lama juga la tak jumpa kawan-kawan lama yang dah buka langkah sendiri dan bawa haluan masing-masing (termasuk lah aku sekali).

Namun begitu, kewujudan FB sentiasa membuatkan kami keep in touch. Dapat tahu perkembangan semasa masing-masing samada dah berkembang dalam erti kata benar-benar berkembang. Badannya (hehehe) mahupun telah mengembangkan legasi keluarga masing-masing dengan menambah keturunan aka dah kawin la tu.

Paling koman pun jadi silent reader jela.

Selalunya ... punca yang boleh buat aku dan member-member kembali bertukar cerita dan berkongsi rasa bila ... aku komen gambar derang/status derang atau derang komen gambar aku/status aku atau bila aku wish HAPPY BIRTHDAY dekat derang mahupun masa derang wish HAPPY BIRTHDAY dekat aku.

Masa tu la masing-masing akan ambik tahu pasal satu sama lain. Contohnya ... Eh! ko buat apa sekarang? Belajar dekat mana? Bila habis belajar? Oooo ... dah kerja. Kerja apa?

Macam retis yang kena interbiu dengan wartawan dah fefelingnya masa tu. Tapi masa tu jela. Masa-masa lain dimana masing-masing dengan dunia masing-masing, semuanya keluarkan bunyi cengkerik. Krikkrik. Krikkrik.

Pada ketika ini, grup kelas yang diwujudkan dalam FB pun dah tak function dah. Macam melukut di tepian gantang (ntah kena ntahkan tidak peribahasa aku dengan situasi cerita aku ni). Tapi ... bila dah start functionnnn memang notification aku pasal grup kelas je. Naik loteh juga nak membaca dan nak layankan otak gila-gila masing-masing.

Ibarat sambil menyelam minum air, makanya ... aku pun sambil berbalas-balas mesej sambil mengimbau kenangan lalu.

Kenangan lama memang mengusik jiwa :)



Perempuan memang complicated!

Penulis : nurinafarhana Masa : 4:33 PM Comments : 9 Labels :

Assalamualaikum

Its been for ages i do not visit even writing any story at here. I've been busy lately. Busy sungguh. Asek mengadap assigment 24/7 macam takde life. Ya Allah. Mintak nyawa.

Mata niii. Mata ni dah naik berpinar asek nak kena baca jurnal yang aku print 4 pages transform jadi 1. Memang sengaja cari penyakit rabun baca tulisan kecik-kecik dalam pencahayaan yang kurang. Aku suka baca jurnal di malam yang suram berbekalkan lampu yang ada di laluan tengah bilik. Yang sipi-sipi je menjengahkan cahaya masuk dalam bilik aku. Sendiri buat hal.

Dah lepas baca jurnal, kena buat repot pulak pasal jurnal tu. Tak mudah rupanya nak buat repot ni. Kalau mudah ... takde la aku diminta untuk buat lagi sekali kerana tak dapat kelulusan 'SIRIM' dari lecturer aku. Unless ... aku meredhakan carry mark aku ibarat ayam kena sembelih. Lemah tak bermaya dan tak dapat membantu langsung final exam punya markah nanti.

Bukan nak merungut cuma luahan perasaan. huhuhu

Bila masuk je part buat repot, kau tahu apa yang paling aku bengang? Aku paling bengang part ni ....


Part nak pastikan garisan putus-putus tu sama dan sekata je dari nombor 1 sampai 10. Sampai satu tahap, rasa nak je pergi ambik pembaris yang sedang enak landing dalam pencil case tu untuk aku ukur kesamarataan dotdot line tu.

Tapi tu lah, jap lagi free free je kena BANGANG dengan kawan aku.

Ko pikir ko tengah buat repot tu atas kertas sampai nak kena guna pembaris bagai???!!

Perempuan memang complicated!