888 Review

What is yours always be yours 😉

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:55 AM Comments : 1 Labels :



Tak terlintas langsung kat fikiran aku yang aku akan dapat semula cincin yang tersarung ngam-ngam di jari manis aku tu (nangis gembira).

You know hampir 3 bulan cincin tu hilang and aku dah give up nak cari. Akhirnya aku berserah kat Allah and redha kan je. 

Aku bisik kat diri aku, "takpe, kalau cincin tu memang hak kau Allah akan pulangkan balik kat kau walau hilang lama mana pun"

And yes! After 3 bulan hilang Allah pulangkan balik kat aku (lap air mata) dalam keadaan tak disangka-sangka. Kalau aku cerita kat orang mesti orang rasa aku macam reka cerita. Mostly orang tak percaya. Tapi macam tu lah cara aku jumpa semula cincin tu. Kejap lagi aku cerita.

Sebenarnya ni bukan kali pertama barang yang aku sayang hilang. This is the second time.


First time adalah walkman Sony ni yang hilang. Aku bagai nak gila mencari. Dah la limited edition. Hadiah dari mak cik aku pula tu. Aku dapat walkman tu sebab aku dapat result yang agak cemerlang dalam exam besar. Tak sure exam apa🤔. Either peperiksaan darjah khas (kalau orang Johor dia tahu) atau STPM.

2 tahun juga la walkman tu hilang. Aku boleh perasan benda tu hilang sebab tiap kali buka beg baju aku mesti nampak charger dia tapi aku tak nampak dia.

Awal-awal aku buat dang je. Malas cara sebab aku tak nak guna pun. Yela kalau setakat nak dengar laguuu kat henfon pun boleh. Ya Allah berlagaknya aku. Akhirnya Allah tegur aku cara halus.

Sampai la satu saat tu aku selalu gi joging. Sambil joging sambil dengar lagu. Style orang sekarang kan ... aku pun tak nak ketinggalan 😜🤣. Jadi tiap kali joging aku akan cucuk earphone kat henfon and sumbat kat telinga. Pastu henfon simpan kat dalam kocek.

Berjoging sambil bawa bebanan ni banyak komplikasinya. 1) rasa berat 2) rasa macam seluar nak londeh 3) henfon jadi basah (yela berpeluh sebab joging kan). Lalu aku pun teringat akan walkmanku itu. Balik-balik je terus cari. Cari-cari tak jumpa. Cari lagi tak jumpa. 

Awal - awal cari tak jumpa aku fikir orang curi (jahatnya aku mengesyaki manusia tak berdosa). Dah fikir orang curi mula la timbul rasa marah. Rasa nak bergaduh sampai bertumbuk dengan orang pun ada (syaitan mainkan peranan waktu ni)  tapi nampaknya itu semua cerita yang direka oleh minda dan dijayakan oleh nafsu amarah. Lepas aku dalam keadaan bertenang ... baru lah, ting! Mentol minda aku bercahaya (hmm kali ni berfungsi dengan baik nampaknya). Baru aku tersedar yang kali terakhir aku guna walkman tu adalah dalam bas masa otw balik Kelantan (ye aku orang Kelantan. Apehal?). Memikirkan kemungkinan walkman tu jatuh dalam bas masa aku duk kalut-kalut nak bawa turun barang 😔 i is redha. Redha dalam menangis.

Kenapa redha dalam menangis ? First, tu antara barang favorite aku. Second, benda limited edition. Third, ada sentimental value sebab bukan mudah untuk aku dapatkan benda ni dari mak cik aku. Last, kalau mak cik aku tahu barang dia bagi ni hilanggg kemungkinan besar dia takkan beli apa-apa barang dah untuk aku (sobsob). So dia tak sepatutnya tahu walkman aku ... hilang (syyy). Dalam masa yang sama aku keep berdoa sesiapa je yang jumpa walkman aku tu dapat jaga ia dengan baik dan cermat (tssk tssk). Menyedari hakikat kehilangan itu aku rasa dah boleh ucap selamat tinggal romeo kat walkman tu (tiber).

Tapi .... nak dijadikan cerita dan ditakdirkan tuhan ... 2 tahun kemudian akhirnya aku jumpa semula walkman tu (Allah merahmati aku). Walkman tu elok je terletak dalam salah satu beg aku. Aku je yang tak cari betul-betul kat setiap beg. Tu laaa beg banyak sangat. Simpan barang pula sepah-sepah. Asal boleh je. Hah! Mendapat. Applause!

Sebelum walkman tu dijumpai semula dan sebelum aku meredhakan kehilangannya, aku sempat pujuk diri aku, "Takpe Farhana ... kalau ditakdirkan barang tu memang hak kau, hilang lama mana pun tetap juga akan balik kat kau. Tapi kalau Allah kata setakat tu je jodoh kau dengan walkman tu, lepaskan jela". Sepanjang kehilangan walkman tu ... aku hidup dengan kata-kata tu je (ayat poyo betul). Bila dah jumpa semula .... hmm betul lah orang kata kalau dah jodoh tak ke mana (hihi). Tamat kisah kehilangan walkman dan penemuannya semula 🤗

Okey ... berbalik kepada kisah penemuan cincin silver celup aku tu ... selepas penat 2 minggu mencari, memerah otak cair aku ni sambil-sambil bertanya kat sahabat handai, "korang ada nampak tak cincin aku?" dan memperoleh jawapan mengecewakan, akhirnya aku mengalah. Aku stop cari. Sebelum stop seperti biasa lah aku bagi kata-kata azimat penguat semangat kat diri aku.

"If cincin tu ditakdirkan untuk kau. Kau akan dapat balik"

Sebenarnya cincin tu kalau hilang pun bukannya tak boleh beli baru cuma nilai sentimental kat situ yang tak dapat dijumpai di mydin, 99speedmart, Aeon mahupun mana-mana mall yang lain. Takde. Tu yang sedih sangat sampai berusaha nak cari sampai dapat. Akhirnya kini akuuuuu pasrahhhh dengan segalanyaaa. Eh tu lirik lagu Erra, pasrah.

But what is yours always be yours 😄. Sedang aku memakai stokin di atas katil kawan aku tiba-tiba ada sebentuk cincin jatuh kat atas lantai. Dengan dahi berkerut sambil berbisik sendirian, aku kata, "eh ni cincin aku yang hilang tu". Amazing! Lepas 3 bulan ianya menghilang akhirnya kembali berjarikan aku (kihkih).

Pada aku cara penemuan cincin tu tersangat lah aneh. Pertama, kali terakhir aku nampak cincin tu adalah dalam laci almari aku. Kedua, lepas simpan tu aku takde bawa keluar ia kemana-mana. Ketiga, kalau selama ni memang ia ada terselit kat katil kawan aku tuuu kenapa pada hari itu (lebih kurang 2 3 hari lepas) baru terjatuh? Padahal kawan aku tu kalau tido boleh tahan lasak. Kadang sampai bergerak-gerak tilam dia dari landasan katil. Then, dalam tempoh 3 bulan ni dah beberapa kali jugak dia tukar cadar. Kat mana cincin tu bergantung selama ni?

Dia punya gaya jatuh tu dah macam terjatuh terjatuh terjatuh jatuh dari langit. Haaa macam gitu. Tak semena-mena je landing kat kaki aku. Nak kata jatuh dari kocek baju aku, baju aku pun takde kocek. Lepas tu baju tu pun banyak kali aku pakai dalam tempoh 3 bulan ni. Maksudnya dah banyak kali basuh. Statik sangat kedudukannya kalau basuh tak keluar-keluar. Keluar dari stokin? Kalau keluar dari stokin kita tak panggil jatuh tapi kita panggil terpelanting sebab stokin aku, aku gulung-gulung.



Aku berasa aneh dengan penemuan ini. Tapi kalau Allah kata 'jadi' maka jadi lah ia. Pada masa tu takde satu kuasa pun yang boleh menidakkan aturan tuhan :')

Aku bersyukur. Alhamdulillah 😄

Mee Besen Original! Durian Daun, Melaka

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:24 PM Comments : 3 Labels :

Heiiii, lama dah tak update. Bukan takde cerita. Ada je. Banyak lagi cuma mood nak menulis yang tak ada. Menulis kena dari hati (actually buat apa-apa pun kena dari hati) baru keikhlasan tu terasa (hehe).

For the beginning bagi memecahkan tembok ... hmm tembok apa ye? Tembok ... Eh dah lah! Guna bahasa paling mudah je!

Ok, untuk permulaan cerita sebab dah lama diam kita cerita pasal MEE BESEN ORIGINAL, Melaka (yeayyyy). Cerita pasal makan malam ni. Dah la tengah hujan, cepat je perut rasa lapar. Padan muka. Siapa suruh bayangkan :p

Aku baru je try mee besen ni Sabtu (25/2/2017) lepas. Padahal benda ni dah viral lama kan. Padahal aku dah jadi warga Melaka almost 5 years since UiTM dari 2012. Tahun 2017 baru sampai ? Apakah ? Jauh sangat Melaka aku dengan Melaka Mee Besen tuh agaknya ==' (haha)

So Sabtu tu aku pergi berenam dengan kawan-kawan. Perempuan. No boys sebab hari tu girls day out. Boys not allowed! Lagi pun geng boys ada plan lain so teruskan la dengan aktiviti masing-masing.

Sebelum kesana member yang dah pernah pergi dah bagi pesanan. Bukan pesan "Hidup hanya sekali, buat la kebaikan", bukan! Bukan pesanan tu. Bukan! Dia pesan ...

"Selamat berseronok beratur panjang-panjang" sambil senyum senget.

Aku tak faham so buat tak endah jela. Dalam pukul 2.45 kua umah sebab google waktu operasi premis tu dia tulis 3.30 sampai 10 malam. Perjalanan dari rumah ke mee besen tu 15 minit je. So ikut pengiraan matematik moden pukul 3.00 kitorang safely arrived at destination.

Sesampai sahaja kami disana (baku betul bahasa melayu aku) aku melopong tengok barisan manusia yang menunggu untuk masuk kedai Mee Besen tu. Waktu operasi belum start kot tapi dah melepasi 2 3 pintu kedai dah manusia yang beratur. Aku dengan kawan-kawan ingat kami dah cukup awal. Rupa-rupanya ada yang lagi awal (haha) =='


Ihsan Instagram; fatin_mdnoor

Disebabkan tahap keramahan aku ditahap tertinggi, beramah mesra la aku dengan orang depan.

"Baru sampai ke?" aku tanya
"Tak la, dah dekat 20 minit sampai" 

Aku nak buat muka terkejut masa tu tapi jangan la tunjuk sangattttt. Cover la sikit, Kan? So aku sekadar mengangguk dan senyum sikit lalu dengan pantas pusing belakang pandang member-member sambil besar kan mata. Kalau dia yang sampai 20 minit awal dah sejauh tu beratur ... yang paling depan tu sampai dari pukul berapa? Dah dekat 2 jam ke dia menunggu ? :0 Gigih!

Bila dah ramai manusia ni ... tambah-tambah pula perut dah berkriuk minta diisi ianya membuatkan kita mampu bermesyuarat 3 4 kali samada nak teruskan aktiviti berdiri tunggu giliran atau beralih ke kedai yang sampai-sampai je boleh duduk dan order makanan. Nafsu lapar menang untuk sesi beralih ke kedai lain tapi food hunter takkan mudah mengalah. Dah alang-alang sampai, tinggal lagi setengah jam untuk beroperasi apa salahnya tunggu sikit lagi. Takkan nak tunggu 5 tahun lagi baru nak merasa mee besen kot? Bersama suami dengan anak-anak (Eh! jauhnya imaginasi hahahah)

Mula je waktu operasi masing-masing dah lega (aku sebenarnya yang lega. Nak tulis aku kat situ nanti nampak sangat macam hampir mengalah so tulis la masing-masing huhu) tapi perasaan lega tu tak ditahap optimal sebab nak dapatkan seat tu pun macam main nasib-nasib. Ada meja kosong, kerusi kosong dan cukup untuk jumlah engkorang, dipersilakan masuk, order makanan, tunggu order dan makannn. Kalau takkkk selamat teruskan beratur dan nantikan orang-orang terawal masuk setel makan.

Alhamdulillah, Allah mendengar doa kami (macam dah sangat terseksa bunyinya) ada meja cukup-cukup untuk kami dan tu meja last yang kosong. Ya Rabbana! Rahmat gila-gila-gila-gila. Serius!

Ok, setel kisah duka. Masuk part happy ending pulak.

Seperti cerita-cerita yang biasa kita dengar semestinya berakhir dengan senyuman paling manis dan bahagia ... macam tu juga la dengan cerita ni. Happy ending. Masuk je dalam tu kitorang capai kertas menu and order mee soya besen dengan kuah campuran ayam dan daging. 

Kat sini ada 4 jenis pilihan mee. Mee soya, mee kuning, mee hoon dan mee kuew tiaw (saje je letak mee depan kuew tiaw sebab taknak dia rasa terpinggir dalam perenggan ni. Dia je takde surname MEE. Yang lain semua ada huhu) dan sup pulak boleh pilih samada nak sup ayam, daging atau campur (daging+ayam). Untuk permintaan sup daging dan sup campur tu ada penambahan harga lah (siapa suruh demand kan? Tapi dah dia bagi pilihan kena la kita pilih ye dak? hmm) tambah RM3 je pun.

Untuk mee ni ktorang ambik dish untuk 3 - 4 0rang makan tapi tu pun mengah-mengah nak habiskan. Mana nak hirup sup, mana nak minum air, mana nak makan western talam lagi. Sendat perut. Berapa kali ambik nafas nak setelkan semua tu. Biru muka masing-masing. Taknak habiskan sayang pulak. Bayar guna duit bukan guna pokok duit-duit.

1 mee besen untuk 3 - 4 orang makan tu RM15. Western talam RM35. Dalam tu ada chickenchop 2 ketul, meatball 12 biji and kentang lenyek, fries selambak dengan spegatti kuah putih yang sedikit rasa hangit. Berbaloi la dengan harga. Nak ngadap sorang-sorang western talam tu ... aku khawatir western ke mana, talam kemana, isi dalam talam kemana, tuan yang order tu ke mana (huhu).

So far ok la rasanya. Rasa kenyang lah lepas makan tu. Alhamdulillah. Happy tummy :)

Recommended ke tak?

Untuk food hunter yang masih bujang dan muda belia ... tempat ni recommended untuk awak. Bagi yang dah berkeluarga dan datang bersama baby-baby ... saya tak rekomen tempat ni. Baca balik perenggan atas. Melainkan sebelum sampai dah makan dulu atau sampai 2 jam awal macam orang first yang mula-mula menunggu tu.

Ok, bye ...

Oh lupa. Untuk jenis kurang sabar, takyah la datang sini. Takut jadi hulk pulak hehe