888 Review

Cara ubah password YES 4G

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:29 PM Comments : 93 Labels :

Assalamualaikum

Wah ... nampaknya ramai orang sampai ke site aku sebab nak tahu pasal Yes. Welcome to YES4g Family :). Ada juga yang sampai ke sini sebab nak tahu cara ubah password YES4g. Sayangnya aku takde buat entry pasal tu. Musti mereka kecewa kan. Tapi takpe, aku bukan jenis suka buat orang kecuwa lama-lama. Jadi aku wujudkan entry ni.

Awalnya ye kawan-kawan semua, saya pun ada masalah dengan penukaran password huddle saya. Sebab dah lama tak buat. Jadi lupa. Bila lupa mesti berlaku kesilapan. Bila berlaku kesilapan, huddle tak berfungsi. Bila huddle tak berfungsi, aku jadi gelabah. Bila aku gelabah, aku jadi murung. Bila murung, aku cepat emo. Bila cepat emo, tak boleh silap sikit. Mesti nak mengamuk. Tambahan pula aku seorang perempuan yang sifatnya hormon tak menentu. Naik turun sesuka hati macam roller coster. Aku taknak korang jadi macam tu. So kita hepi sama-sama keyh. Haaa yang lelaki, takyah nak sinis sangat baca. Korang pun kalau dah start emo lagi terok dari pompuan datang bulan tau!

Boleh kita mulakan sekarang? Kalau boleh ... Ikut step-step ni tanpa skip ye. Jujur!


First step :-
 Taip http://192.168.1.1/. atau klik je la link tu. Nanti dia akan bawak korang ke satu laman yang tulis ... Welcome to YES4g

Second step :-
Di ruangan login dan password ... kedua-duanya korang isikan perkataan ADMIN. Tau. Jangan isi benda lain. Nanti jadi lain. Bila jadi lain ... korang akan start emo. Kan entry ni nak tolong korang supaya tak emo tak tentu hala. Jadi baca betul-betul. Jangan buat kepala sendiri!

 Third step :-
Bila dah berjaya masuk, pergi ke factory reset. So reset la apa yang korang nak reset. Bila dah reset, huddle korang akan kelip-kelip dan mati sendiri. Masa tu jangan panik. Tu memang biasa bila kita buat reset. Nanti dia akan hidup sendiri. Tapi kalau rasa tak sabar, hidupkan secara manual pun boleh. Maksudnya korang hidupkan.

Last step :-
Korang kena connectkan ia ke handphone atau lappy atau ke kedua-duanya sekali. Pastu masukkan password wifi yang baru. Dan. Purrrr! Boleh guna dah. Yeayyyy.

Semoga berjaya :D Harap perkongsian ni bermanfaat  heeeeee :) Oh! tapi sebelum tu ... pastikan yang korang nak reset password tu adalah huddle korang sendiri bukan orang lain punya. Andddd dun wori walaupun line dia kaler merah sekali pun ... dia takkan mengganggu proses penukaran password. Ingat tu :)

p/s : Kalau dah ikut step. Dengan jujur. Tetap jugak terjadi masalah. Aku mintak maaf keyh. Apa yang aku dapat tolong adalah dengan suggest korang pergi ke booth atau kedai Yes berhampiran. And kalau masa line kelip-kelip merah tak dapat nak ubah password ... hmmm tunggu a sampai line jadi kaler kuning ke hijau ke, keyh?


Wassalam :D



Penangan GST

Penulis : nurinafarhana Masa : 6:00 PM Comments : 2 Labels :

Assalamulaikum

Tak lama lagi GST bermula. Setakat ni aku tengok ramai yang tak mengalu-alukan. Ada pagi tadi, aku tengok sorang member FB aku yang kalau jumpa kat luar kompem aku tak kenal buat status tak puas hati pasal sorang mak cik jual nasi lemak ni naikkan harga nasi lemak dia. 50 sen je pun dia naikkan. Jadi la RM2. Marah sungguh dia. Dia kata, belum start lagi GST dah naikkan harga. Dah GST nanti silap-silap jadi RM2.50. Kenyataan dia tu ada yang sokong. Tak kurang jugak yang bangkang. Macam biasa lah. Di mana ada haters di situ juga la ada supporters.

Lepas tu tadi ... housemate aku duk scroll FB dia, pastu dia nampak ada orang upload gambar sotong. Yang dah masak la. Kat kedai. Dekat tray sotong tu ... tukang kedai tulis 'satu potong sotong RM1'. Satu potong okeyh! Bukan satu ekor. SATU. POTONG. Boleh bayangkan tak? Ok! kita bagi contoh :-

Image result for satu potong sotong rm1

Dalam gambar ni yang aku nampak ... ada 8 potong sotong. Ok bang/akak, 8 ringgit je. Duit! Duit! *tangan gaya minta duit. muka penuh gangster*

Apak mahalllll wehhhh! Satu potong? RM1? pfffftttt. Errr kita nak masak apa ek malam ni?

Lagi tak boleh blah, member aku cerita ada satu kedai dalam semenanjung ni kenakan RM 13 untuk sepinggan nasi putih dan 3 ekor sotong. Sotong kurita kot yang orang tu ambik. Tu yang mahal tu.

Tapi serius over orang kedai tu. RM13? Untuk nasi sepinggan dengan sotong 3 ekor? Tak habis fikir aku. Wehhh belum GST kan? 6% je pun kadar kenaikan yang dikenakan. Ni hisap darah ni. Bukan cekik darah lagi dah.

Ok lah, nak pergi tanya member aku, esok lusa tulat dan hari-hari seterusnya nak masak apa untuk lunch and dinner. Nak kena list menu ni. Baru fefeling kedai sikit. Lepas ni dah jarang-jarang nak nampak menu kat kedai tomyam.