888 Review

Can I call you 'Jakun'

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:24 PM Comments : 27 Labels :
Can I call you 'Jakun' ni aku dapat dari status update kawan aku sebab dia share satu gambar ni ... (mention awal-awal sebelum aku kena bash tapi dalam masa yang sama tittle cerita nak yang gempak dan menimbulkan tanda tanya).



Status member tu berkisarkan gambar ni je. Pasal satu creatures ni yang tak faham kenapa orang Johor makan pisang goreng dengan sambal kicap. Eh! dia tak tahu ke makan pisang goreng dengan cara macam tu sangat nikmat? Rugi betul dia tak menikmati kesedapan tu.

Rasa macam sakai je kau update macam tu bro!

Lain tempat, lain cara hidangannya. I don't know dia ni datang dari negeri mana but I am pretty sure yang dia first time sampai Johor and first time juga nampak pisang goreng dihidangkan dengan sambal kicap. It is awesome dude! Trust me. Try la dulu. Jangan la asek nak condemn makanan orang je. Kalau sedap, puji. Kalau tak sedap, diam-diam sudah. Jangan kutuk-kutuk. Tak baik. Nabi pun tak ajar umat dia kutuk-kutuk makanan. Rasa tak sedap, tinggalkan je. Dari situ orang tahu dah yang makanan tu tak sesuai dengan tekak kita.

Honestly, aku sendiri pun kadang-kadang don't get it dengan hidangan-hidangan yang pada aku nampak pelik macam ... makan yong tau fu dengan sos kaler coklat sebab aku biasa makan dengan sup (orang Johor makan yong tau fu dengan sup and of course ada sambal kicap untuk penyedap rasa) atau makan nasi ulam yang dekat Kedah je boleh jumpa dimana nasi ni macam jelmaan nasi kerabu tapi semua benda digaul jadi satu siap-siap.

Tapi takde la sampai ke tahap kutuk-kutuk. Tapi aku akan tanya sedap ke? sambil buat muka kelat bhahaha. Lepas tu try. Kalau sedap, boleh order lagi. Kalau tak sedap, makan je ikut cara sendiri. Tak perlu nak kutuk-kutuk siap update lagi. Kita kena jadi natural. sebab tu la ada istilah Jauh perjalanan luas pemandangan. Baru kita tahu banyak benda. Baru akan terkeluar ayat "Ohhhh ada juga ek cara hidangan yang macam ni. Baru tahu."

From experience we are learn. Pastu boleh la cerita gebang bikin bimbang dekat orang lain pula kikiki. Tak tak, maksud aku ... nanti boleh la suggest dekat orang makanan yang mana yang sedap, yang mana tak sedap. Sharing is caring whatttt. No condemn condemn. Tak elok. Tak elok.

Cabaran 30 Hari | Hari 14 : Cerita kasut aku

Penulis : nurinafarhana Masa : 5:56 PM Comments : 16 Labels :

Cerita kasut aku ni sepatutnya kasut aku lah yang tulis sebab cerita dia kan. Tapi apa kan daya ... ianya hanya sepasang kasut yang hanya bijak mengalas tapak kaki aku tapi tak tahu menahu pasal blog, blogging dan sewaktu dengannya. Ntah-ntah blog pun dia tak kenal. Kasut la kata kan ... suku-sakat dia jela yang dia kenal. Tu pun kalau kenal =='


Ni kasut sekolah aku dulu. Cap Converse tapi yang celup punya la. Aku mana la mampu nak beli yang ori. Mahu berterbangan ke angkasa macam tu je 2 3 ratus aku semata nak pakai Converse. Tapi ... nak beli yang celup punya pun rasa berkira juga sebenarnya. Nasib mak aku yang bayarkan. So aku tengokkan je RM50 yang dia keluarkan dari purse sambil aku duduk berpeluk tubuh. Jahatnya aku. Sekarang baru rasa jahat. Dulu tak berhati perut. Dush! Dush! 

Budak-budak zaman aku sekolah duluuu ... tengok kasut cap cina berkung fu mana nak. Termasuk la aku. Tak trend katanya. Amboi! Berlagak. Bahana nak ikut trend, melayanglah RM50 mak aku. Padahal masa tu, RM50 tu boleh dapat 5 6 ekor ikan jaket and beberapa jenis sayur. Namun, kerana Converse sepasang, RM50 tu diperuntukkan untuk dia 'sorang' je.

Lepas habis sekolah ... aku bagi adik aku sambung legasi Converse aku. Dia ambik. Dia pakai. Rasa dihargai walaupun dia cuma pakai masa nak main dekat padang je. (Huhuhu). Jadi lah kasut aku kasut padang. Sentiasa bersalut dengan lumpur. Padang sekolah berlecakkan. Busuk pula tu. Kesian kasut aku. Nak buat macam mana, dah kerja dia alas kaki orang. Kalau orang seret masuk lumpur, nak tak nak kena terjun juga.

Lepas masuk UiTM, aku beli lagi satu kasut. Untuk bersukan kononnya ( sampai ke looo aku asek memerap dalam bilik. Sukan ke mana aku dengan kasut ke mana). Kali ni beli cap bum equipment kaler coklat. Of course la bukan yang ori punya. Beli masa tengah sale pula tu. Aku kan tak mampu nak beli yang mahal-mahal. Mak tak nak support dah. Mak suh beli guna duit PTPTN. Menggigil juga tangan aku nak kua kan duit bayar harga kasut. Baru tahu nak kua kan duit tu rasanya seperti apa. Rasa macam nak catu je semua benda.


Bukan kedekut. Berjimat. Hahaha