888 Review

Shah Jaszle follow twitter

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:14 PM Comments : 5 Labels :

Assalamualaikum,

Hari tu, sama macam hari-hari sebelumnya, aku mesti akan surf internet. Buka berbanyak-banyak tab. Blogspot satu. Facebook satu. Twitter satu. Kalau rasa nak cilok picha atau rasa macam terdetik dekat hati ni nak amik tahu pasal certain-certain artis, aku open tab baru then taip google. Kalau nak cari maklumat pun aku taip google juga. Banyak betul jasa google kepada aku dalam beberapa tahun ni.


Dah open semua-semua tu, aku pun check la. Kot-kot ada komen baru ke dekat blog aku. Ada notification penting ke dekat FB, kan? Last sekali tengok twitter. Twitter ni memang dah jadi tab terakhir untuk dijengah coz aku jarang twit. Lagipun aku malas nak tengok twitter sebab boleh terkena tekanan hati. Hari ni follower 200 orang. Esok jadi 199 orang. Lusa pula jadi 198 orang. Kesimpulannya makin hari makin berkurang.


Memandangkan aku bukan la seorang manusia yang terlalu baik. Bukan tak baik langsung cuma tak baik sikit je so aku pun pergi la unfollow seramai jumlah orang yang unfollow aku. Let sayyyy hari tu 3 orang yang unfollow aku. Aku pun unfollow sampai 5 orang. Hahaha kanak-kanak gila perangai aku. Padahal aku tak tahu pun yang unfollow aku tu siapa. Dahhh tak memasal penghuni twitter lain yang jadi mangsa aku. Tu acting aku beberapa bulan lepas. Start bulan ni, aku dah macam tak peduli dah. Nak follow, follow lah. Aku pun tak private akaun aku. Nak unfollow, dipersilakan. Aku takkan unfollow semula. Maleh nok layan dah. 

But one day ni, dia macam shocking day sampai anak mata macam nak terjojol keluar. Toing! Toing! Aku tengok follower aku semakin bertambah. Hati rasa tumbuh bunga. Hidung rasa kembang-kuncup kembang-kuncup macam kemuncup (ok, tahu takde kaitan hidung dengan kemuncup). Perasaan pula rasa macam nak ketawa girang. Aku pun check notification yang ada gambar loncing tuuuu. Nak tengok siapakah gerangannya yang me-mollow daku yang comot tapi comel macam kucing nama Comot tu *muntah-pitam dan 
pengsan*




Owww ctmar, Only Comedy Pack and Official Shah Jaszle yang follow aku hari ni. Aku berbisik kepada diri sendiri tapi tetiba orang sebelah menyampuk. Aku rasa aku tak berbisik la masa tu, itu pasal la orang sebelah boleh menyampuk.

Sampai je dekat nama Shah Jaszle tu ... EMaGadd.. EMaGaddd ... EMaGaddd... Betul ke seorang retis follow aku ni????? Terus tanda soal tumbuh banyak-banyak dalam kepala macam cendawan tumbuh selepas hujan. Rasa macam nak berlari atas trademill sambil kibas-kibas rambut okkk masa tu.

Ye la, aku mengaku la walaupon aku bukan salah seorang fan dia, aku tetap rasa teruja la bila manusia dikenali ramai dah jadi salah seorang member aku. Walaupun cuma di alam maya *terus muka timbul penampakan air embun*.


Dan walaupun aku tak tahu tu betul dia ada pun jelmaan dia. Fake! But it doesn't matter. At least ada Shah Jaszle dalam friend list aku. Muahahaha.

Hye ... Saya Shah Jaszle. One of friend @fatin_mdnoor. Sila beri tunjuk ajar. Mihmihmih.



Cinta Di Lautan Semak

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:55 PM Comments : 2 Labels :

Bila aku kembali memutarkan mesin masa kebelakang tanpa menggunakan khidmat Doraemon si robot kucing kaler blue, aku baru sedar dah lama rupanya aku tinggalkan aktiviti zaman jadi kanak-kanak nakal. That meanz lepas ni dah tak boleh ngaku yang diriku ini masih kecik comey lote. Tak boleh dah. Tak boleh!



Hari ni, kerana tugasan sains adik-adik aku <--- cikgu diorang suh cari macam-macam jenis bunga termasuk bunga lalang, aku bertukar semula jadi budak nakal yang suka je main redah apa je yang terbentang di depan mata.  Cari bunga lalang. Nasib baik bunga tebu takde, kalau tak sahih aku kena kerah masuk kebun orang. Mintak kebenaran petik bunga tebu. Tak romantik betul. Suruh la petik bunga mawar ke apa ke, niiii petik bunga lalang? bunga tebu? OhEmGiiiii!



Sebab dah lama tak buat kerja-kerja macam ni, badan aku yang ajet-ajet dah ter-transform ke badan seorang pwincess telah mengalami kegatalan yang tak kronik tapi mampu la buat aku tergaru-garu macam beruk mak Yeh banyak kutu.

Betul la apa yang mak aku cakap dulu. "Jangan main dalam semak tuuuu nanti badan jadi gatal". Aku buat tak endah je. Masa tu la. Makin masuk ke dalam semak sambil menari-nari dengan segala lalang-lalang tu lagi ada pastu ejek mak aku dalam hati "tak gatal pun... tak gatal. Mana ada gatal". Hmmm melawan sangat *sambil tangan gigih menggaru*.