888 Review

Vote For Me : DIGI WWWOW AWARDS

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:02 PM Comments : 7 Labels :

about WWWOW

Pernah dengar mengenai Digi Wwwow Awards? Anugerah bagi melahirkan penghargaan terhadap kreativiti, keusahawanan dan kecekapan menggunakan internet! Internet For All Awards mempersembahkan hasil kerja blog, video, acara, muzik, saluran alternatif dan banyak lagi. 


Banyak kategori yang dipertandingkan. Antaranya BLOGGER OF THE YEAR BY NUFFNANG. Aku join kategori ni tahun ni. Asyik tengok je kan orang hantar penyertaan, sekarang turn aku pulak yang hantar penyertaan. 

Kalau ditanya apa harapan aku pada penyertaan ni, mesti la aku kata nak menang tapi ye lah, kalah menang adat pertandingan. Yang hantar penyertaan pun hebat-hebat belaka kalau nak dibandingkan dengan aku yang baru setahun jagung dalam arena penulisan entry ni. Kalau ada rezeki aku, adalah. Kalau takde, takde lah. Meredhakan saje segala keputusan yang dikeluarkan pengadil.

Sebagai kesimpulannya ..... eceh, siap ada kesimpulan macam buat karangan pulak. Macam tengah berkempen pun ada tapi bukan kempen pilihanraya la. Kempen UNDILAH SAYA :) dalam DIGI WWWOW AWARDS bagi kategori Blogger Of The Year By Nuffnang. XOXO


How To Vote?
1. Klik dekat link yang dah diberikan atau klik dekat sidebar yang tulis VOTE FOR ME tu.

2. Then dia akan keluar macam ni .....

3. Klik button VOTE NOW tu.

4. Dia akan keluar ni pulak ....

5. Pilih la nak login dengan mana-mana satu. Login melalui FB ke twitter ke google plus ke ... tak kesah mana 1 pun. Mana yang mudah untuk login.

6. After login, dia akan keluarkan semula imej seperti ini ....

7. Klik button VOTE NOW seperti pada step yang ke-3.

8. Akhir sekali ... TERIMA KASIH kerana mengundi :)


How To Enter

In cast ada yang nak join ... cuma ikut 4 step di atas je. Senangkan?



Mustang Wanted : Between reality and photoshop

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:37 AM Comments : 5 Labels :
Minggu ni minggu presentation. Memang asyik mengadap laptop 24/7 la. Cari bahan. Buat googeling. Masuk page blog orang lain dan akhirnya aku jumpa pasal Mustang Wanted. Masa ni aku kata pada diri 'Haaa sudah! Dah start nak menyimpang la ni tujuan utama aku' dannnnn memang dah menyimpang jauh. Sangat jauh dari simpang 44 yang entah wujud entahkan tidak. Korang tak faham? Aku pon, actually. (Kelip-kelip mata). By the way .... tahu tak Mustang Wanted tu apa? Aku pon tak well known sangat pasal Mustang Wanted tu tapi kebanyakan gambar dia semua gambar yang bahasa mudahnya kita panggil gambar berani mati. Kenapa? Sebab dia pergi amik gambar di tempat yang tak tercapai di akalku. Yang aku rasa pelakon stunt pon terpaksa fikir 365 kali lah untuk buat. Wah! bilangan taknak sama macam jumlah hari dalam setahun kan. Gampang sangatttt.

Photo

Korang sukakan adventure? Ketinggian? Fear factor di tahap mana? Sanggup nak amik picha di lokasi ini? Posing dengan senyuman dan tanpa stress. Feeling-feeling macam dekat tepi pantai padahal atas palang besi kaler merah yang tingginya entah berapa batu nautika dari paras laut. Aku tengok sikit pon muka dia takde riak ketakutan. Kalau korang, apa agaknya ekspresi muka korang? Menjerit sudah tentu. Especially girls la. Macam saya *ala-ala usop wilcha* Jujur ok, jujur. Walaupon aku ni agak la lasak orangnya tapi kalau tawarkan aku segunung emas pon untuk posing macam ni .... aku sanggup tau menangis sampai pengsan-pengsan. Betapanya aku menolak.

Photo

Nampak real ke nampak tak real? Sekali pandang nampak macam tak real. 2 kali pandang macam was-was ; real ke edit nih? Tiga kali pandang terus kata 'Ah! biau lah dia. Lantakkan dia' tapi takde tempat lagi strategik ke nak sent mesej dari lokasi dia tu? Oh ... mungkin line maxis buat hal kot sebab tu dia hantar mesej dekat situ. Baru dapat line baik punya. Bersangka baik.

Photo

'Eh, abang .... jangan main macam tu .... nanti jatuh. Meh turun meh makan aiskrim magnum sama-sama. Tahuuuu tak puas kan main monkey bar masa kecik-kecik tapi jangan la ekstrim sangat main gorila bar pulak dah besar-besar ni. Takyah la nak mempoyo sangat annnn. Seriau aku tengok kau nih. Meh turun meh. Magnum dah makin mencair ni ....'


Photo: Mukhina Academy

Photoshop ke real? Real ke photoshop? Pandai la pulak dia imbangkan badan dia yang besar tu atas benda alah besi kecik tu. Kau mampu? Aku mampu. Mampu tengok sambil melopong je lah. Ragum! Ragum! Ghase macam nak berguru dengan dia cara nak imbang badan. Tunjuk ajarku sifu!

Photo

Haaa ... picha ni pulak mengingatkan aku kepada permainan zaman purba aku. LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN. Pernah main? Tak payah nak membajet moden sangat tak pernah main permainan ni ye wahai member satu batch dengan aku. Mungkin ini lah yang dipanggil Landon bridge is falling down ke dia yang bakal falling down macam nangka busuk? Hmmmm ...

Photo
Gambar tipu niiii. Silap mata semua nih. Mencik!

Pernah dengar lagu skyscraper? Ala yang Demi Masa eh silap yang Demi Lovato nyanyi tu. Ada kemungkinan tak aksi ni jadi inspirasi penciptaan lagu tu? Atau lagu tu yang menjadi inspirasi aksi ni? Hmmmm...


Photo

Ini namanya tak bersyukur. Jalan ada merata tempat. Besar-besar pulak tu. Atas palang besi jugak yang kau pergi main basikal kan. Kalau jatuh macam mana nih? Ikut prinsip permainan anak ayam dengan musang, kalau jatuh jawapannya padan muka.

Photo
Ok, ni tipu. Tipu! Tipu! Tak boleh terima hakikat.

Photo: new one


Jom join dia main monkey bar + London Brigde is falling down. Ada berani? Jangan ajak aku. Aku tak rela jadi lempeng kena gilis dengan kereta atau hancur macam daging hancur sebab kena gilis dengan kenderaan atas jalan raya tu.



Photo: mustang-wanted.com

DON'T TRY THESE AT HOME CHILD.