888 Review

Mustang Wanted : Between reality and photoshop

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:37 AM Comments : 5 Labels :
Minggu ni minggu presentation. Memang asyik mengadap laptop 24/7 la. Cari bahan. Buat googeling. Masuk page blog orang lain dan akhirnya aku jumpa pasal Mustang Wanted. Masa ni aku kata pada diri 'Haaa sudah! Dah start nak menyimpang la ni tujuan utama aku' dannnnn memang dah menyimpang jauh. Sangat jauh dari simpang 44 yang entah wujud entahkan tidak. Korang tak faham? Aku pon, actually. (Kelip-kelip mata). By the way .... tahu tak Mustang Wanted tu apa? Aku pon tak well known sangat pasal Mustang Wanted tu tapi kebanyakan gambar dia semua gambar yang bahasa mudahnya kita panggil gambar berani mati. Kenapa? Sebab dia pergi amik gambar di tempat yang tak tercapai di akalku. Yang aku rasa pelakon stunt pon terpaksa fikir 365 kali lah untuk buat. Wah! bilangan taknak sama macam jumlah hari dalam setahun kan. Gampang sangatttt.

Photo

Korang sukakan adventure? Ketinggian? Fear factor di tahap mana? Sanggup nak amik picha di lokasi ini? Posing dengan senyuman dan tanpa stress. Feeling-feeling macam dekat tepi pantai padahal atas palang besi kaler merah yang tingginya entah berapa batu nautika dari paras laut. Aku tengok sikit pon muka dia takde riak ketakutan. Kalau korang, apa agaknya ekspresi muka korang? Menjerit sudah tentu. Especially girls la. Macam saya *ala-ala usop wilcha* Jujur ok, jujur. Walaupon aku ni agak la lasak orangnya tapi kalau tawarkan aku segunung emas pon untuk posing macam ni .... aku sanggup tau menangis sampai pengsan-pengsan. Betapanya aku menolak.

Photo

Nampak real ke nampak tak real? Sekali pandang nampak macam tak real. 2 kali pandang macam was-was ; real ke edit nih? Tiga kali pandang terus kata 'Ah! biau lah dia. Lantakkan dia' tapi takde tempat lagi strategik ke nak sent mesej dari lokasi dia tu? Oh ... mungkin line maxis buat hal kot sebab tu dia hantar mesej dekat situ. Baru dapat line baik punya. Bersangka baik.

Photo

'Eh, abang .... jangan main macam tu .... nanti jatuh. Meh turun meh makan aiskrim magnum sama-sama. Tahuuuu tak puas kan main monkey bar masa kecik-kecik tapi jangan la ekstrim sangat main gorila bar pulak dah besar-besar ni. Takyah la nak mempoyo sangat annnn. Seriau aku tengok kau nih. Meh turun meh. Magnum dah makin mencair ni ....'


Photo: Mukhina Academy

Photoshop ke real? Real ke photoshop? Pandai la pulak dia imbangkan badan dia yang besar tu atas benda alah besi kecik tu. Kau mampu? Aku mampu. Mampu tengok sambil melopong je lah. Ragum! Ragum! Ghase macam nak berguru dengan dia cara nak imbang badan. Tunjuk ajarku sifu!

Photo

Haaa ... picha ni pulak mengingatkan aku kepada permainan zaman purba aku. LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN. Pernah main? Tak payah nak membajet moden sangat tak pernah main permainan ni ye wahai member satu batch dengan aku. Mungkin ini lah yang dipanggil Landon bridge is falling down ke dia yang bakal falling down macam nangka busuk? Hmmmm ...

Photo
Gambar tipu niiii. Silap mata semua nih. Mencik!

Pernah dengar lagu skyscraper? Ala yang Demi Masa eh silap yang Demi Lovato nyanyi tu. Ada kemungkinan tak aksi ni jadi inspirasi penciptaan lagu tu? Atau lagu tu yang menjadi inspirasi aksi ni? Hmmmm...


Photo

Ini namanya tak bersyukur. Jalan ada merata tempat. Besar-besar pulak tu. Atas palang besi jugak yang kau pergi main basikal kan. Kalau jatuh macam mana nih? Ikut prinsip permainan anak ayam dengan musang, kalau jatuh jawapannya padan muka.

Photo
Ok, ni tipu. Tipu! Tipu! Tak boleh terima hakikat.

Photo: new one


Jom join dia main monkey bar + London Brigde is falling down. Ada berani? Jangan ajak aku. Aku tak rela jadi lempeng kena gilis dengan kereta atau hancur macam daging hancur sebab kena gilis dengan kenderaan atas jalan raya tu.



Photo: mustang-wanted.com

DON'T TRY THESE AT HOME CHILD.

11 Things About Me

Penulis : nurinafarhana Masa : 2:56 PM Comments : 5 Labels :
Ok, tak tahu nak intro macam mana mengenai entry ni. Blurblurcasejap. Sebabnya bukak je c-box, aku diberitahu yang aku di-tag untuk game ni. May be my intro should sound like this "I have been tagged by Mrs. Lulla. Dia dah siapkan 11 questions untuk I jawab. Actually bukan I je, ada a few people lagi diajukan soalan yang sama"  Nampak menarik. Cekidauddddd ..... pssss, intro I ok tak? tetttt.


Few rules need to be followed :

1. Post this rules. 
2. Write 11 things about yourself.
3. Answers the questions the tagger set for you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back.

Dah baca the rules? Dah faham? Jom mula!

11 things about me :-
  • Garang. * I bet, I dapat gen ni dari my Abah. Siapa yg nak masuk minang I, BEWARE *
  • Friendly. * tapi kalau tak kenal orang akan kata saya sombong *
  • Pendiam. * kalau tak kenal orang. Kalau dah kenal orang .... POTPETPOTPETPOTPET *
  • Cerewat. * sometimes la. Depends on situation *
  • Gila buku. * I am BIG SPENDER kalau dikelilingi buku. Baucer 250 pun tak cukup tau *
  • Tak reti senyum. * this is another reason why people kata I combong :'( *
  • Tegas. * mungkin sebab saya anak first. Berkaitankan? *
  • International Business ( I.B) student. Part 2. In Degree. Actually this course not my first choice course ." Allah knows what is better for me. Maybe I.B ni the better one "
  • Penyayang. * Biasa la tu I'm a woman. Perempuankan penuh dengan sifat ni *
  • Little bit naughty. Naughty macam mana? Meh la kenal dulu. Baru tahu. Hehe~
  • Periang. * Maksud FARHANAH tu sendiri adalah RIANG GEMBIRA, sebab tu karekter saya adalah periang. Seiring maksud nama. Hehe~ Hai awakkkkk ....? *
**********

Ok, tibalah masanya untuk menjawab 11 soalan dari MRS. Lulla :-

1. Describe yourself in THREE WORDS ONLY!
Garang, Tegas, Nakal

2. Describe your style in THREE WORDS ONLY!
Simple but nice :)

3. Describe your home in THREE WORDS ONLY!
Rumahku Syurgaku la * nak 3 words kan? Hahaa~ *

4. Describe your family in THREE WORDS ONLY!
All is One :D

5. Describe your school in THREE WORDS ONLY!
Tempat menimba ilmu

6. Describe your bestie in THREE WORDS ONLY!
Susah senang bersama 

7. For once in a lifetime, did anyone has ever hurt you? Who?
Ada tapi biarlah rahsia. Bukan ke kalau kita jaga aib orang, Allah akan pelihara aib kita. Jadi let it be as a secreto del amor :)

8. If school is not a compulsory, what would you be?
Jadi manusia paling tolol dalam dunia. Akan mudah ditipu. Gelap masa depan. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana menjadikan pendidikan adalah wajib sehingga peringkat SPM.

9. If someone says you're totally wrong, how would you react with it?
Saya akan tanya ' Kenapa pulak? ' Be calm and dengar apa yang orang tu nak cakap then bila dia salah I akan cakap " you're totally wrong ". What's goes around comes around kan? Hahah~ Apa la orang akan fikir pasal aku nanti ==''

10. Despite your family and bestfriend, who would you love the most? Why?
Tak nak pilih boleh? Saya sayang dua-dua tapi of course I love my family much sebab mereka sentiasa ada dengan saya dulu, kini dan selamanya :')

11. If you're given a chance, who would you choose? Peter Pan or Prince Charming? Why?
I would choose no one sebab both cuma wujud dalam fairy tales story je. Hmmmm bila prince charming I nak muncul ni? Ek Eh!

*********
Tag kepada :-
********
11 soalan untuk kamu :)
  • Duduk asrama dan duduk di rumah, prefer yang mana? Kenapa?
  • Antara Cornetto and magnum, mana satu pilihan hati?
  • Suka baca buku bergenre apa? Kenapa?
  • Nak kahwin dengan pilihan keluarga atau pilihan sendiri?
  • Suka movie yang macam mana?
  • Prefer tonton movie di rumah bersama keluarga atau tonton movie dipanggung wayang bersama member?
  • Kalau member anda dan keluarga anda ajak anda keluar dalam masa yang sama, anda akan pilih untuk keluar dengan siapa? Kenapa?
  • Anda diberitahu bahawa hari Sabtu nanti ada kelas ganti, apa reaksi anda?
  • Apa first impression anda terhadap saya?
  • Apa pendapat anda terhadap blog saya? 

p/s : Kepada yang kena tag, tinggalkan link entry anda di kotak komen tau. Nak tahu jawapan anda. Hehe~