888 Review

Perkara yang tidak cool

Penulis : nurinafarhana Masa : 6:43 PM Comments : 4 Labels :
Aku rasa hari ni banyak sangat benda yang tak cool yang terjadi pada aku . Ianya telah menyebabkan aku nak hentak je kepala paip dalam bilik mandi aku yang airnya asyik menitis tanpa henti biarpon aku sudah menggunakan seluruh tenaga aku hanya untuk memulas paip air tu dalam misi menghentikan air dari terus menitis . Ternyata sia-sia . Kepala paip tu memang keras macam besi . Langsung taknak berkompromi dengan aku T.T . Akibatnya tapak tangan aku bertukar merah ibarat baru di rotan . Canggitu r kan kau layan aku . Takpe ... nanti aku report dekat my dad . Bia kepala besi kau kena tukar dengan kepala plastik . Baru padan muka kau . Huh .

Berbalik kepada perkara tak cool yang berlaku kepada aku . Antaranya adalah aku telah menyebabkan my lovely dad melajuk ( bergegar 1 pekan Grik ) ..... otokey? otokey? otokey? Aku betul-betul tak sengaja .... Aku cuma nak buat surprise tapi abah tokleh terima .Nampak gayanya aku kena mintak pertolongan mister muscle la ni untuk selesaikan kes kepala paip cap besi tu . Takkan aku nak tukar kepala paip tu sendiri tanpa bantuan sesiapa terutamanya bantuan papa I . Memangla aku boleh buat tapi kalau bapak aku yang buat lebih afdhal kan? heee . Apa-apa pon, perkara ni memang tak cool . Langsung tak cool . Kena buat something ni . Hmmmm .

Lebih menjadikan hari ni tak cool bila aku melawat blog orang lain then blog tu menggunakan template yang sama dengan aku . IT'S NOT COOL .... REALLY,REALLY NOT COOL . Rasa macam nak terjun katil je sekarang dengan situasi tak cool ni . Apa yang berlaku sekarang ni seperti engkau berjalan-jalan ke pasar malam then engkau merasakan perkara pelik tapi engkau belum menangkap suasana itu dengan jelas . engkau berjalan lagi dan lagi . Kemudian engkau berhenti di kedai baju dan membiarkan ibu engkau dan adik engkau memilih baju . Engkau pula membuat keputusan untuk memerhatikan gelagat manusia kerana engkau kononnya suka mengkaji perilaku manusia . ( Eh! macam aku je ) . Perhati punya perhati maka terdetik dihati kau, macam pernah kulihat baju-baju itu tapi dimana ya? Fikir punya fikir punya fikir, rupa-rupanya tu baju yang engkau tengah pakai . Omo ... baju korang sama ... Dah engkau rasa macam berdiri depan cermin . Cermin yang aneh . Nampak imbasan baju yang sama tapi imej wajah berbeza . Ianya sangat tak coolkan . Terus engkau rasa macam nak sorokkan diri engkau dalam lubang cacing . Tu pon seandainya badan engkau yang bersaiz manusia dewasa tu muat untuk disumbatkan dalam lubang cacing . Macam tu jugak la yang aku rasa sekarang . Rasa sangat tak cool bila ada template yang sama dengan orang lain . Tak nampak identiti aku sebagai seorang Fatin Farhanah . Aku nak tukar template lain tapi nak tukar template apa? Ada idea tak? Yang pasti template tu mesti la comel . Ceria . Cantik . Menarik . Tertarik . Kau memang daboom ! Dan mesti penuh dengan kelembutan . Hati aku sehalus kulit bayi tau . Ada kaitan ke?

Gara-gara HOneykoyuki

Penulis : nurinafarhana Masa : 2:48 PM Comments : 4 Labels :


Terasa diri ni bangang abadi semalam . Aku tak tahu pon yang harga buku tu lebih dari 10 hengget . Aku ingat kurang dari tu, so aku main ambik jela tanpa tergerak hati nak tengok harga . How careless I am . Dah la buku tu bukan buka type aku . Buku Hijab Mode yang aku beli semalam . Padahal nak kata aku ni jenis yang suka berejam-rejam depan cermin semata-mata nak setting tudung, tak jugak walaupon ramai yang cakap yang aku ni tak pernah nak cepat kalau berdandan . Haha . Nak kata yang aku ni model tudung yang kena pakai tudung ikut fesyen terkini pon tak jugak walaupon niat di hati pernah la nak jadi model tudung,kaaannnn . Jadi untuk apa dan demi apa aku pergi beli buku tu ?? Double what terus keluar .

Gambar takde kaitan tapi nak letak jugak! Blog akukan :P

Semuanya gara-gara Si Honeykoyuki tu yang jadi cover, laju je momentum tangan aku mencapai buku tu * kalau ada kesilapan penggunaan istilah fizik I'm sori budak2 fizik . Aku dulu tak pernah dapat A untuk fizik . B selalu * tanpa melihat harga terlebih dahulu pulak tu . Biasanya aku la manusia yang paling alert pasal harga hinggakan disaat abang-abang,kakak-kakak o adik-adik yang dekat kaunter tu duduk terkial-kial cari harga, aku dengan pantasnya tunjuk lokasi harga setiap buku yang aku beli dan menyebut harga tu dengan lancarnya . Kenapa semalam aku tak macam tu ?? Kenapa ?? Kenapa ?? Why ???? . Betul-betul penuh penyesalan nih . Oh wait ! sejak bila si dia yang memiliki nama seakan-akan aku ni telah mempengaruhi aku ? Shit ! Teghebang 12.90 aku semalam . 

Lepas niiiii memang tak r aku nak beli buku yang mahal-mahal semata-mata nak baca pasal FL . Memang aku akan katakan TIDAK dekat sini je . Dekat kedai buku nanti hilang lettew ... Confirm punyo .

Jadi, kalau tak nak menyesal lepas beli buku yang mahal tapi langsung takde tulis temubual dengan si cover buku, cuma ada fesyen semata .... Sila tengok harga dulu sebelum bayar . Pesanan ikhlas dari budak ni . Menyesal dahulu pendapatan . Menyesal kemudian meroyan dalam blog .

Nampak dekat Mr Biskut ni, dia akan kata ni muka mintak penampar  . Mr Biskut yang kejam .


psss .... bila la agaknya aku akan menjadi semantap dia . Jeles tawu T.T