888 Review

Cengih-cengih semuanya

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:31 PM Comments : 2 Labels :
Aku tak pernah bercita-cita nak jadi lawyer. Tapi aku suka berloyar-loyar sampai mengundang loyang terbang gedepek mendarat cantik atas muka. Lantas mengepekkan lagi hidung yang sedia kepek.

Tapi aku benar-benar tidak mengerti kenapa apa yang kita tak nak tu sentiasa saja menghampiri kita. Mungkin tu salah satu kuasa minda. Which means apa yang ter-position kemah keming dalam minda dan otak, itu lah yang akan tertarik dengan kuat dan kukuh. Macam magnet menarik besi. 

Maka dengan itu, dalam paksa rela, aku kena berhadapan dengan  subjek law yang setiap satu kes jumlah muka surat dia tak pernah kurang dari 10. Lebih dari itu selalu la. Naik berpinar-pinar biji mata. Dah la terms-terms dia bukan tahap-tahap vocab aku. Nasib ada kamus. Membantu la juga.

Tambah memarahkan keadaan, semua lecturer subjek law, muka nak cengih-cengih semua. Asyik nak dalam mood sinis je. Sentiasa kelihatan tegas je. Sampai one time tu even dia buat lawak, aku dengan kawan-kawan jadi terfikir-fikir nak gelak ke tak.

Boleh psiko lama-lama macam ni. Semoga semester ni takde something yang buruk berlaku antara aku dan subjek law.

Biodata Pelakon Aku Isterinya

Penulis : nurinafarhana Masa : 7:11 PM Comments : 0 Labels :
Lagi drama adaptasi novel. Drama kali ni adaptasi novel AKU BUKAN MISTRESS. Siapa dah baca? Best tak? Berapa bintang korang nak bagi dekat novel tu? Kalau korang tanya aku, aku tak tahu nak bagi berapa sebab belum baca. Baca tajuk dia selalu la kalau pergi kedai buku. Hahaha << Eh, tak lawak ey? Ok, ok. Zip mulut.


Aku Bukan Mistress by Acik Lana.

Tapi tajuk drama kali ni dia tak ambik sempena tajuk novel tu la. Dia ubah. So, kalau tak perasan, memang takkan sedar la yang drama tu sebenarnya adaptasi sebuah novel. Tajuk drama tu ialah AKU ISTERINYA. Heroin drama ni, Anzalna. Heronya---- Jengjengjeng---


Anzalna

Nama penuh Anzalna, Nur Anzalna binti Md Nasir. Dia ni kacukan cina ( ayah ) dan punjabi ( ibu ). That's why la muka meletop-letop. Asal Pulau Pinang tapi takde pulak dia ni mix mamak-mamak. Ok, never mind. Di lahirkan pada 9 Januari 1988. Maksudnya tahun ni ( 2013 ) dia berusia 25 tahun. Tua 4 tahun dari aku. Merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik yang semuanya heroin-heroin belaka. Hero non ado. Sebelum masuk Dewi Remaja anjuran Majalah Remaja terbitan Karangkraf, dia ni nobody. Takde siapa pun kenal dia melainkan yang kenal dia lah. Sekarang, dah jadi somebody dah. Sebut je nama dia, orang dah boleh bayang dah " Oh ... si senget dalam Love You Mr Arrogant tu ke? ". Haaa ... see. Tinggi dia around 160 cm kot. Berat pula dalam 43 kg. Not sure juga sebab tak ingat.

Heronya ...... Izzue Islam. Rasa excited nak tengok. Macam tak puas tengok dia dalam SSID yang lepas tu. Dah la makin handsome. Geram tahap grrrr. Haha. Paras kontroversi yang kronik ayat aku.

Izzue Islam

Ini Muhammad Izzul Islam bin Mazlan tapi orang-orang lebih kenal dia dengan nama Izzue Islam. He is a Kelantarian. Just like me. Hehe. (Motip betul nak mention2 benda ni). Lahir pada 2 Jun 1990. Siapa yang lahir pada tarikh ni, korang kongsi tarikh lahir dengan dak Izzue ni ha. Dan dia dah berkahwin.

Aku difahamkan yang cerita ni pun akan diterbitkan dalam slot Akasia juga. Sama dengan drama Arianna Rose dan bakal menggantikan drama Jika Itu Takdirku. Apa-apa pun, selamat menonton. 31/Mac ni.

Macam best je. Macam masyuk je. Macam tak sabar nak tengok je.


Review : Kami Histeria

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:37 AM Comments : 5 Labels :
Dalam entry lepas (<--- klik kalau belum baca) pasal Mereka Histeria, Kami Balik awal, semua orang salah faham. Semua ingat aku review movie KAMI HISTERIA. Tapi doookkkk ehhhh. Bukan. Tu kisah lain. Kena la klik baru tahu entry tu pasai pa naaaa.



Kami Histeria. Kalau ikut perkiraan kalender masihi, dah sebulan lebih sikit aaa citer ni dah lepas bebas jadi tontonan. Macam biasa, aku akan jadi antara manusia yang terkebelakang lah bab-bab mereview kisah-kisah di panggung.

Baru je habis tengok citer ni semalam. Dekat 2 pagi baru katam. Dia jadi katam lambat tu sebab member bagi citer ni lambat so lappy nak jalankan operasi 'menyedut' tu tergendala. Makan masa. Nasib satu hari ni kelas di tiadakan. Kalau doookkkk ado yang meratib depan buku Managerial Economy.

Sakit perut tengok movie ni. Lawok sungguh. Yang part-part seram dia pun boleh tahan. Berdebar jugok la dado den ni nengoknya haaa.

Paling tok leh blah, ado kaaa Langsuir boleh terpedaya dengan KitKat. Kalau ado, memang aku pergi mana-mana lepas ni hanya berbekalkan sekeping surah Yasin dan sepeket KitKat. Sungguih. Dok tipu.

Watak yang paling menarik mata untuk tengok sekaligus meneliti adalah watak Laila. Diana Danielle. Tak paham macam mana dia boleh kelihatan tersangat lah kurus dan tersangat lah kelihatan keanakdaraan padahal movie ni dirakamkan lepas dia pregnentkan Muhammad.

Totally, semua watak memang best. Masing-masing pandai bawa watak masing-masing. Menusuk ke kolbu. Tambah-tambah si 'Kacang' yang acah-acah bisu tu. Si Princess yang takde langsung pakal nama 'Puteri' tu memang benar-benar Princess. Princess yang cerewet, kekwat, Gatai tapi comey. Nama pun 'PRINCESS' kan. Tapi rambut Sara Ali sumpah tak lawa dalam citer ni. Roomate aku satu malam duk mengomel tak puas hati dengan gaya rambut Sara Ali. Aish!

Dalam cerita ni juga ada part-part yang membuatkan orang berteka-teki. Contohnya part Pitt, jiran sebelah umah pergi jumpa Laila, ketua band Histeria. Dalam masa yang sama dia ada juga dalam kedai buku menegur sambil meracun dan mengapi-apikan si Bad yang buruk perangai untuk fullfill keinginan Cik Lang yang vogue nak mati.

Totally kawan sebilik aku bagi 3 star. Aku bagi 4 star setengah untuk citer ni.

(Ni kira review tak? Hehe *angkat2 kening*)