888 Review

Cinta & Pengorbanan

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 10:43 AM Comments : 2 Labels :

Pengorbanan tu-- memang mudah untuk disebut,
Tapi--
Nak buat tu--
Lagi payah dari nak makan nasi masa tangan tengah luka.

Cinta tu--
Ah! Semua tu lumrah.
Nak sebut pun mudah.
I LOVE YOU--
You? Love me tak?
Mudahkan?
As simple as that.
Cuma-- tu lah.
Tahu ke tak makna CINTA tu apa?
Tahu CINTA tu apa sebenarnya?

Hehe--
Rasa jiwang pula nak bercakap pasal CINTA.
Rasa macam good-good je nak bercerita pasal PENGORBANAN.

'Hoi! Kau tahu ke pasal CINTA & PENGORNANAN sebenarnya'
Bisik hati kecilku yang ntah bila nak jadi besar.

'Hm-- aku pun tak tahu betul dengan benda alah yang namanya CINTA & PENGORBANAN'
Akalku membalas. Tak mahu kalah dengan hati.
'Tapi aku dah nampak dengan mata kepala aku sendiri apa yang dikatakan CINTA, apa yang didefinasikan sebagai PENGORBANAN'
Akalku menambah. Hati aku semacam 'hm'.
Menunduk dengan akur.
Pernah tengok reaksi anjing yang akur dengan arahan tuan dia?
Macam tu lah perumpamaannya.
Faham?
Jangan buat spekulasi
Seterusnya mencipta kontrovesi.
Itu sekadar perumpamaan.
Bayangan untuk memudahkan benda tu difahami.

Tak pernah aku tengok cinta seorang anak kepada bapa dia sekuat tu.
Tak pernah aku tengok anak zaman sekarang sanggup berkorban teruk demi seorang bapa yang terlantar sakit.

Yang sorang tu sanggup balik dari jauh,
menempuh perjalanan sejauh 800km demi bapa dia.

Yang sorang lagi pula,
sanggup ulang-alik dari hospital ke sekolah,
untuk mengajar.
Balik dari mengajar,
kembali ke hospital semula,
Demi seorang bapa.

Demi seorang bapa,
yang dah membesarkan mereka,
yang dah berhabis macam-macam,
yang dah berkorban dan lakukan macam-macam jenis pengorbanan,
Sekarang, turn mereka lakukan perkara yang sama,
Tapi tak di nafikan--
Of course tak serupa.

Ni baru la betul-betul CINTA.

Ni baru la sebenar-benar PENGORBANAN.

Ni baru la truly anak-anak soleh dan solehah mawaddah warohmah.

Kehidupan bakal & sentiasa dirahmati.

In Sha Allah :D

Mampu ke aku dan adik-adik lakukan sesuatu yang serupa someday,
When our turn to be like this is coming?
Ameen kan saja.
Mudah-mudahan jadi nyata :)

Kereta belakang buat laka-laka

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:49 PM Comments : 0 Labels :
Ni cerita kelakar. Sumpah kelakar. Yela, kalau tak kelakar takkan la satu kereta tergelak bagai nak rak. So, nak share la dengan korang. Tak best la kan cuma gelak sorang-sorang je. Kita mesti la gelak sama-sama--. Baru la betul ketawa bersama, menangis bersama. Haaa-- kan--?

Tapi macam mana boleh jadi satu kereta tergelak tu? Sebab benda ni berlaku dalam kereta.

Kisahnya bermula begini-- (bayangkan--)

Aku baru je balik dari follow member adik aku balik umah dia. Umah dia-- sumpah jauh. Jauh gila. Geleng kepala aku. Dah masuk simpang, masuk simpang lagi. Dah keluar simpang, jumpa selekoh tajam pula. Selamat meredah selekoh tajam, lalu pula jalan kelapa sawit. Kiri kanan gulap gulita. Takde cahaya langsung. Macam meraba-raba aku driving tadi walaupun cahaya kereta menyuluh cemerlang kawasan gelap tu. Seram juga tadi kejap. Tadi la--. Sekarang ok dah. Degupan jantung kembali normal. Pheww.

Ok, malam ni aku drive paling sopan dalam sejarah. Perlahan sungguh sampai beberapa buah motor berjaya memotong kereta yang aku drive dengan cemerlang. Bayangkan la kalau dah motor pun boleh potong, memang macam siput la aku driving tadi.

Tahu kenapa aku ukur kelajuan pemanduan aku dengan jumlah motor yang berjaya memotong kereta aku? Sebab-- meter kereta aku rosak. Ok sekian saja sesi pembocoran rahsia. Sambung semula story.

Tahap kesiputan pemanduan aku, aku kira mengakibatkan beberapa buah kereta yang follow bontot kereta aku dalam keadaan tersemput-semput. Mana taknya-- kereta semua canggih manggih kau-- apa kelas bawa tahap siput. Harus la bawa dalam kuasa kuda, baru nampak wow sikit walaupun di malam gelap, siapa je yang nak heran?

Sampai aku berbicara di dalam hati 'kalau nak potong tu-- potong saja lah wahai kereta-kereta belakang coz aku takkan lajukan tahap pemanduan aku'. Then satu, satu potong sampai la dekat kereta lagi satu ni ---. Kereta dia macam takde tanda-tanda nak memintas. Asyik follow. Tengok dari gaya suluhan lampu 'hmmm kereta mahal ni belakang aku ni'.



Lampu kereta dia tu macam dekat atas ni la. Sebijik lampu ni. Suluhannya-- memang mampu menyilaukan mata-mata yang rabun cahaya macam aku ni. Bukan main memancar-mancar dengan gemilangnya lagi bila terpantul dekat cermin pandang belakang tu.

Tapi akhirnya kereta tu pintas kereta aku juga. Dah boring follow kereta siput ni kot--. Lepas je kereta tu pintas kereta aku, terus 1 kereta gelak. Tahu kenapa?

Rupa-rupanya kereta tu spisis dengan kereta yang aku bawa je la weh--. Kereta Wira. Lampu je kemain mewah macam BMW. Oh! aku tertipu. Eh! Tak, tak! Kami tertipu. Kahkahkah.


Mati itu-- PASTI!

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 8:53 AM Comments : 2 Labels :
Sedih. Pagi-pagi lagi dah dapat berita kematian. Rasa tak best. Sepatutnya permulaan hari dimulakan dengan perkara yang hepi-hepi tapi hari ni-- hmmm. Terasa suwey.

Astaghfirullah al azimmm-- tak baik cakap macam tu kan. Dalam Islam tak ada istilah suwey-muwey ni. Tak pernah wujud pun perkataan ni, so tak baik ok. 

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati'

Pegang ayat ni kuat-kuat, kemas-kemas, ketat-ketat. Oh! tapi dalam citer melayu ada 'suwa suwey ke moning'. Tengok citer P Ramlee. Seniman Bujang Lapok kot. Ntah la. Lupa.

Hanya mampu menyedekahkan al-Fatihah saja dan sebut innalillah bila dapat perkhabaran macam ni. Tak dilupakan bacakan Yasiin.

Yela, apa lagi yang mampu dilakukan? Yang terbaik untuk dibuat selain itu? 

Hidup ni memang menyeronokkan.

Gila tak seronok!

Ada wayang, ada bowling, ada karaoke. Macam-macam ada lah. Ada mall yang besar-besar gedabak pastu harga barang semua nak mahal-mahal je macam rakyat Malaysia ni kaya-raya semuanya.

Nak-nak dekat Malaysia ni, kualiti semua benda tu baik-baik belaka tapi tak sampai tahap terbaik lagi kalau nak dibanding dengan negara-negara yang lebih maju dari Malaysia. Masih perlukan improvement. Takpe-- takpe, masih ada lagi 6 tahun nak capai semua tu.

But still mampu buat semua orang melagho.

al-Fatihah untuk sahabat 1 kampus saya, Farobi Azmi b Jailani.

Walaupun cuma kenal nama dan rupa, tak rapat pun tapi apa salahnya kan mendoakan yang baik-baik untuk rakan yang pernah berjuang dalam lapangan yang sama :')

al-Fatihah.

MATI ITU PASTI.


Hidup bertanya kepada mati, "Kenapa manusia sukakan aku tapi bencikan kau?"

"Kerana kau adalah keseronokan yang penuh dengan tipu daya tapi aku-- hakikat yang memeritkan" balas Mati dengan sugul.


Tip Memandu Di Jalan Berbukit

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:04 PM Comments : 0 Labels :
Aku pernah sampai nangis-nangis belajar memandu dengan dadiku. Pagi, pergi belajar di sekolah memandu. Bila balik rumah pula, berguru dengan dadi yang tak dapat di sangkal lagi kegarangannya. Sebab tu la dia tak layak jadi cikgu. Jadi polis memang sesuai dengan sifat dia. Bila ingat-ingat semula pasal ni, rasa takde motif betul nak nangis-nangis sambil merajuk dan konon-konon tido bila dia panggil. Sungguh tak matang.

But now ... atas tunjuk ajar dia dan sumbangan dari kelas memandu, aku dah pakar dah main cilok-cilok nih. Baik punya cilok. Kalau bawa dekat highway tuuu ... hmmm memang tak sedar la dah tekan minyak dekat 120. Dah kena sound dengan dia sebab dia rasa macam dah terlebih laju, baru perasan yang kelajuan pemanduan aku dah hampir limit. Slow down lah aku memandu. Jarum dekat meter pun macam ikut kata. Turun sikit-sikit sampai ke 80 90 macam tu tapi tetap tak boleh pecut lebih dari 120. Kena saman nanti siapa nak bayar? Diaaa jugak. Dadiku jugak jadi mangsanya.



Satu hari ni aku rasa tercabar betul bila dia kata "setakat dekat highway ... semua orang pun boleh bertukar jadi pelesit. Try bawa dekat jalan berbukit yang berliku-liku tu, nak tengok sikit boleh pecut sampai habis meter ke tak." Ish! Ish! Ish! dadikuuu ... memang pakar menyedas orang. Aku tak boleh betul terima penghinaan. Akan ku buktikan Ya Abah.

Tapi yang bagusnya ... dalam menyedas-nyedas sampai anak dia terasa hati niii, dia langsung tak lokek ilmu berkongsi tip drive dekat jalan berbukit macam dekat Titiwangsa tu. Jalan-jalan berbukit ni pula hanya boleh dijumpai di area-area utara tanah air sana tu. Dia punya jalan berbukit .... wuuuuish! Maut tak maut lah. Tapi aku tengok relax je abah aku pecut dekat situ. Lagi berliku jalan, lagi sedap dia tekan minyak. Pecut.



Dia kata, dekat jalan berbukit ni gunakan gear rendah. Kalau kau lalu dekat jalan Jeli-Grik tu, tepi jalannya tu penuh dengan signboard arrow besar arrow kecik dengan signboard "GUNAKAN GEAR RENDAH". Kalau guna gear tinggi macam 4 5 macam tu, memang rasa tak selamat la kau dekat atas tu. Mengempor masuk jalan orang. Tu yang kalau excident sampai tak nampak rupa. Nauzubillah.



So, dekat atas jalan berbukit ni ... kena la pandai main gear. Tangan kena cekap. Cekap kawal stering. Cekap tukar gear. Sebab dekat sini asyik kena tukar gear 3 4, 3 4 tak pun 2 3 4. Haaa macam tu. Yang penting main gear rendah la. A big NO to gear tinggi. Terutamanya 5.

Lepas tu, bila dah tukar gear tu kan, kena la tekan minyak sikit supaya tayar lebih cengkam. Kalau tak, rasa macam tayar kereta tu seperti di awang-awangan. Tak jejak jalan. Tak caya? Try la buat. Saya dah cuba.

Then, abah aku memang pantang betul kalau anak-anak dia drive kereta asyik tekan brek. Dia kata brek cepat rosak kalau macam tu. Lagi-lagi kalau tekan brek taknak lepas-lepas. Redha jela kalau kepala kena ketuk. Tak dengar kata sangat.

Dia kata lagi, cara membrek yang baik ialah brek dalam kiraan 3 saat. kira 1 2 3, lepas. Kira lagi 1 2 3 dan lepas. Baru kereta akan berhenti dengan selamat dan tayar lebih cengkam jalan. Takde la tersondol bontot kereta depan. Yang jadi kereta terbalik sampai berguling-guling masuk jalan orang tu kes bawa laju and tekan brek taknak lepas la tu. Bebel abahku lagi sambil menyatakan hakikat yang selalu terjadi atas jalan. Kami adik beradik sangat-sangat menghargai bebelan berilmu ini. Walaupon panas telinga.

Lagi, dia selalu ingatkan kalau drive dekat atas bukit, tengok jauh. Maksudnya jangan had kan pandangan mata setakat dekat kereta depan kita je, tengok lebih jauh dari tu. Baru rasa tak cuak. Baru tak rasa macam bawa atas bukit. Yang ni pun aku dah cuba. Betul lah! Memang rasa kurang gabra but yet gabra juga sebab tak selalu memandu dekat jalan macam ni. Setahun tak sekali, mana tak but still tip abah sangat membantu aku.

Now dia kata aku boleh di kira PRO juga la dalam dunia pemanduan sebab dah berjaya membelah jalan Banjaran Titiwangsa. Bukan senang ok nak dengar pengiktirafan sebegitu keluar dari mulut abah. Mahal gila harga penghargaan tu semahal tekad aku yang berani-berani ketar lutut masa mula-mula nak redah jalan Jeli-Grik.

No more pandang I sebelah mata ye abah. Huihuihui ^^

Family gathering buat barbeque

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 5:58 PM Comments : 4 Labels :
Masa masih lagi berundur ke belakang!

Lepas balik dari ambik adik aku dekat Adtec Kulim, esoknya aku, ibu and adik-adik tanpa abah bertolak ke Kelantan pula ... tempat kelahiran aku and adik-adik. Oh! tempat kelahiran mummyku juga. Lupa pula tadi. Hehe. Malamnya nanti kami ada family gathering :) Seronok! Dah lama tak jumpa suku sakat di Pantai Timur sana tu.

Dah petang sikit dalam pukul 6 macam tu kami pun sampai. Aku yang drive.

Nak tunggu ber-barbeque segala nii bukan senang. Plan nak kena elok, baru la namanya family gathering. Semua boleh balik. Semua kena ada. Kalau nak buat family gathering tapi cuma ada 2 3 orang manusia je ... tak tahu lah nak panggil apa.

So malam tu ramai la yang balik. Main bakar-bakar bersama-sama. Antara yang dibakar ialah sosej and ayam.



Nasi kerabu and mee hoon goreng pun ada. Well ... u know la kan, kalau dah dekat Kelantan tu, tak Kelantan la kalau takde makanan Kelantan. Walaupun takde nasi dagang, nasi kerabu pun dah menunjukkan juadah kekelantanan dah. Haha. Maaf untuk istilah yang sengaja aku wujudkan :P


Nasi Kerabu and mee hoon tu macam makanan back up la sementara nak tunggu ayam and sosej siap di bakar. Kehadiran 2 jenis makanan ni memang patut la. Kalau makanan-makanan ni takde, mesti semua orang menderita kelaparan. Nak tunggu ayam dengan sosej siap di grill bukan sekejap. Lama.

Dah habis 2 pinggan mee hoon and 1 pinggan nasi kerabu aku makan, baru ayam siap di bakar. Tapi baru ayam saja la. Sosej belum lagi. Jadi aku tambah mee hoon sepinggan lagi sambil-sambil tunggu sosej siap di grill pula. Hilangkan bosan menunggu dengan mengunyah.


Bila dah kenyang, naik atas rumah, tengok Maharaja Lawak pula. Esoknya ktorang balik Perak semula. Maka tamat la trip to Perak aku. Ni la aktiviti terakhir sebelum aku bakal kembali menjadi pelajar.

I'm gonna be miss this moment a lot. Bukan mudah nak rasai suasana macam malam tu. Berkumpul ramai-ramai as a one big family. Makan sama-sama. Borak sambil gelak sakan sama-sama. Bahagia sangat. Tak sabar nak lalui semua ni sekali lagi :)

THE END ...

Siapa yang belum baca permulaan cerita, boleh terjah link bawah ni :)


Terima kasih luangkan masa baca cerita berangkai ni :)





DEKAN tu siapa punya?

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:10 PM Comments : 8 Labels :
Kecewa bila tengok result cukup-cukup makan. Lagi kecewa bila kawan-kawan lain dapat lagi bagus dari kita. Berdouble cheese kekecewaan bila dapat tahu kawan-kawan yang tak serius belajar tu dapat DEKAN. Haaa Capslock sikit perkataan dekan kasi jelas. Jap lagi nak bold kan pula perkataan tu.

Masa ni la perkataan macam mana, kenapa dan kalau keep playing depan mata dan berlari-lari anak dalam kepala. Serabut.

Jadi sebenarnya ... DEKAN tu siapa yang punya? Untuk stok-stok budak genius ke? Tapi takde pula tertulis "DEKAN! Only for GENIUS one". Eceh! dah macam stok-stok barang yang nak dihantar ke Aeon Big pula Dekan ni ye aku buat. Ahak!

Kalau macam tu .... Maknanya ... dekan tu untuk semua. Diulang! SEMUA. Siap capslock lagi tapi taknak bold kan.

Sebenarnya ... nak result yang cemerlang ... kita kena FOKUS PADA KELEBIHAN kita. Tumpukan pada subjek yang kita hebat tapi jangan la langsung abaikan pula subjek yang kita pening-pening lalat tu. Pergi tanya dekat yang genius sikit pasal subjek tu. Biar ada effort. Biar nampak kesungguhan. Baru berkat :) *angkat2 kening*. Jangan terlalu fikirkan kekurangan sebab ... tu tanda orang tak bersyukur dengan apa yang diberikan :)

Tapi kan, apa-apa pun ... BERTANDING DENGAN DIRI SENDIRI lebih perlu daripada bertanding dengan orang lain. All out kelebihan yang kita ada. Cabar diri kita. Kalau perasaan malas datang, tumbuk dia kuat-kuat sampai dia tak berani nak dekat lagi. Kalau perasaan takut tak bertempat jengah, halau dia cepat-cepat. Oooo berani nak takutkan aku ye? Syuh! Syuh!
  Biasanya ... orang yang menang berlawan dengan diri sendiri akan menang juga bila berlawan dengan orang lain. Musuh sebenar kita kan diri sendiri yang ada macam-macam perangai syaitonirrojimmm.

JANGAN suka BANDING-BANDINGKAN diri kita dengan orang lain. Setiap orang ada 'jangka masa perkembangan' yang tak sama. Cara kita dibesarkan pun tak sama. Jadual kematangan pun berbeza jadi berhenti dari bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Negatif nanti resultnya. Tapi mana yang baik tu ikut la. Buat pedoman untuk improve :)

Paling penting ... HARGAI DIRI SENDIRI. Just be yourself. Sayang diri kita dengan membina satu keyakinan yang ALLAH tu Maha Adil. DIA kurniakan bakat dan kemampuan untuk kita capai impian hidup berbekalkan kelebihan dan kekurangan diri kita. 
  Ingat! Kita ni UNIK! Bukan UNIC kumpulan nasyid tu tapi Unik yang limited edition tu. Jadi takde yang serupa dengan kita dari segi luaran atau dalaman dalam dunia ni. Kitakan UNIK. Kalau ada yang serupa tak UNIK la. 
  Kadang-kadang kita tak perlu pointer tinggi untuk yakin, sebaliknya keyakinan pada diri tu yang akan meningkatkan pointer kita.
  Jangan tunggu orang yang hargai kita. Kita yang kena hargai diri kita dulu baru penghargaan orang akan sampai pada kita.


"JANGAN BIMBANG JIKA DIRI TAK DIHARGAI TAPI BIMBANGLAH JIKA DIRI KITA MEMANG TAK BERHARGA"

xoxo bebeh!



Mereka Histeria, Kami Balik Awal

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 5:37 PM Comments : 10 Labels :
Dah 2 hari adik-adik aku balik sekolah awal. Semua gara-gara histeria. Bukan sorang. Bukan 2 orang tapi berorang-orang. I mean ramai la. Lebih 15 orang yang 'tumbang'. Ini apa yang saksi di tempat kejadian ceritakan kepada aku. Adik-adik aku la orangnya. Kalau diorang tipu aku, kesimpulannya korang la pula kena tipu dengan aku. Tapi kalau betul.... Ni baru betul KAMI HISTERIA.

Semalam lagi la, kecoh satu rumah. Bukan pasal histeria tapi pasal diorang balik awal. Lagi 5 minit nak pukul 1 dah sampai rumah. Biasa paling awal diorang sampai umah dalamm 1 setengah macam tu. Paling awal. Paling lambatt pula nak dekat pukul 2 baru nampak bayang. So jadi kecoh kejap takut-takut diorang buat terejal ponteng kelas tambahan ke apa ke, kan. Kadang-kadang adik-adik aku ni bukan boleh caya. Datang mengong dia, aku yang tengah syok menaip ni pun dia pergi pukul tanpa belas. Ada kaitan tak? Haha


HISTERIA. Saje je aku pilih gambar macam ni sebab aku takut nak pilih gambar yang horor-horor tu. Takut ada yang terhisteria baca entry ni. Hahah alasan suci sesuci-sucinya. Rasa nak cubit-cubit paha sendiri. Agak-agaknya kan aku cubit peha kiri, peha kanan terasa sakitnya tak? Dah la eja PAHA jadi PEHA. Nasib tak PEHE. Memang sebutan mempengaruhi ejaan. Hancur BM aku. T.T

Sambung pasal kecoh-kecoh dalam rumah semalam.

Dengar je bunyi motor aku yang adik-adik aku pinjam bawa ke sekolah dengan diorang sengaja je bunyikan hon motor pin, pin! masuk dalam garaj, mak aku bising.

  "Eh! Awalnya diorang balik. Bukan biasa 1.30 baru habis kelas ke?"

  Hmmmm orang tu balik awal jadi isu. Balik lewat jadi perang. Aku musykil. Musykil pasal ayat mak aku. Musykil juga pasal adik aku yang balik awal ni. Mengganggu betul. Kalau diorang pergi sekolah aman sikit. Tak serabut kepala. Eh! Jahat pula aku ni. Macam kakak tiri Snow White. Snow White ada kakak tiri?

Sampai depan muka pintu, aku pula yang jadi kecoh. Ambik peranan mak aku.

  "Awal balik, pehal?"

  Gangster kemain pertanyaan aku. Kalah gangstarzz.

  "Ada budak kena histeria"

  Ek eh, penuh perasaan pula budak ni bagi pemberitahuan. Aku kutuk adik sendiri dalam hati. Tanpa bersalah. Tu yang nak di highlightnya.

  "Oh... Histeria"

Macam biasa berlaku je kan kejadian tu bila jawapan aku macam kedengaran sangat santai. OH... HISTERIA. Sepatutnya biar la bunyi macam terkejut terkejut risau. Aku sepatutnya buat ayat macam ni "Hah! Histeria! Teruk ke?". Nampak prihatin sikit. 

Dah lama aku tak dengar citer sekolah lama aku diserang histeria. Sekarang baru dengar balik. Last budak-budak kena penyakit berjangkit jerit-macam-tarzan-beramai-ramai-mengundang-penampar ni masa aku form 5 dulu. Tahun 2009. 5 tahun kemudian jadi semula. Tahun ni la. Semua gara-gara pergi camping. Balik dari camping bawa hantu. 5 tahun sudah  pun macam tu juga. Patutnya takyah nak bercamping-camping bagai. Buat cikgu-cikgu jadi lelah je. Handle benda-benda yang takde langsung dalam silibus dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Tapikan, aku rasa adik-adik aku macam hepi je bila sekolah kena serang histeria. Sebab boleh balik awal dari biasa. Diorang kata MEREKA HISTERIA, KAMI BALIK AWAL. Sambil buat gelak jahat. Cepat-cepat aku bagi penampar sedas. Takut tersampuk. Ingat aku pandai handle orang histeria,hah? Bisu seketika lepas kena tampar. 

Ada juga yang sampai mintak dia yang kena semata nak balik awal. Adik aku bagitahu dekat aku. Ingat best agaknya ye? Mintak benda bukan-bukan je. Kalau dah budak tu memang tak pernahnya nak matang. Sih! Mintak la benda best-best sikit macam kereta Ferari sebuah ke. Rumah sebesar istana sebiji ke. Now, aku pula yang nampak kanak-kanak dari kanak-kanak tu. Pengaruh barbie kuat.

Sebenarnya ada benda yang aku tak cerita tadi. Lepas adik aku kata ada budak kena histeria, depan pintu juga ktorang nyanyi lagu Kami Histeria. Kbye.


Dari Perak ke Kedah kembali ke Perak

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:53 PM Comments : 8 Labels :
Chinese New Year tak lama lagi (mengikut pada tarikh masa tu la. Now tak valid dah) jadi semua dah hepi-hepi dah nak cuti. Adik-adik aku pun dah krung krang krung krang call abah ibu nak bagitahu diorang nak balik. Bakal meriah la rumah abah nanti. Abah and ibu of course bakal pening kepala. Siap la abah ibu ... nantikan attack dari anak-anakmu yang nakalnya ya ampunnnnn sayanggggg ... tak tahu nak jelaskan macam mana. Besar kecik sama je perangainya. Tak jauh beza.

Jadi, tengahari lagi dah bertolak ke Kedah. Nak pergi ambik my only one lil sister. Dia belajar dekat Adtec Kulim.




On the way nak balik, dalam kereta, abah buat sudden plan. Go to Sungai Sedim yang ada Tree Top Walk tu. One of the tempat pelancongan dekat Kedah. Perjalanan ke sana dari tempat belajar si botet aku ni takde la jauh mana tapi kalau berjalan jenuh juga la. 



Sampai je dekat sana kena bayar RM3. Abah dah start membebel-bebel. Mood dia dah start swing macam endoi yang dihayun. Tak stabil. Aku dah nak masuk ke mood pasrah. Kemungkinan abah akan gostan kereta dan balik ke Perak on the spot tersangat lah tinggi. Nasib baik semuanya under control. Abah masih lagi bertenang tapi aku tetap juga pasrah. Cerita ni dah start nampak konfliknya. Gerun.


Dah siap bayar, kami menuju ke atas. Dah la jalan berbukit, sempit pula tu. Macam mana la kalau berselisih dengan kereta lain. Baru je terdetik macam tu, tup tup depan mata ada kereta nak turun. Mood abah berhayun semula. Dia kata dia nak balik. Nampak macam nekad. Aku malas nak layan. Taknak kecewa sangat, aku buat-buat busy taip mesej. Padahal masa tu line maxis tak wujud pun dekat situ. Even 1 bar pun tak muncul. Ah! Lantak! Yang penting aku tak kecewa sebab tak nampak kereta abah keluar dari kawasan Sungai Sedim tu. Dah jauh dari Sungai Sedim baru aku plan nak jengah tingkap.

Tahu-tahu je aku dah rendam kaki dalam air terjun yang sangat sejuk. Oh! Kami dah berjaya naik rupanya. Hahahah. Macam vangang saja ayat aku.



Lepas puas main air, kami ke Tree Top Walk ......


Nak sampai ke sini jauh juga berjalannya. Agak penat la. Kena mendaki kan. Dia punya jauh tu sempat la bagi peluang dan ruang untuk abah ibu bercinta. Jalan sambil pegang-pegang tangan. Manis sangat. Hikhikhik. Aku nak macam tu juga. Bila ye? Hoho.

Oh, dalam perjalanan nak ke Tree Top Walk kami berselisih dengan tempat flying fox, tempat main-main tembak-tembak tu. Apa kebenda namanya? Jap, jap! Haaaa paintball.


Jadi siapa-siapa yang sukakan aktiviti lasak, pencinta aktiviti lasak dialu-alukan ke sini. Pakal je hari tu ktorang sampai lambat, kalau tak memang aku pow abah pergi main terbang-terbang dengan musang.

Nak meniti Tree Top Walk atas jambatan pacak tu ada bayarannya. RM10 satu kepala. Ada 5 orang masa tu terpaksa keluarkan RM50. Abah dah merungut-rungut dah. Mahal katanya. Beli sate dengan RM50 tu lagi kenyangkan perut. Dah la kena guna kederat sendiri nak menjelajah jambatan tu. Langsung tak jadi so tak teroka lah. Sebab tu cuma ambik gambar depan dinding tertulis Tree Top Walk je.

Around 5.30 pm macam tu kami pun pulang. On the way nak balik kami singgah ke pasar malam. (Hmmm boleh pula ada pasaran masa tu dan aha! ada orang jual sate juga). RM50 yang abah 'berkira' sangat tu masa nak naik Tree Top Walk tadi, dia betul-betul guna untuk beli sate dann brrrrrr alhamdulillah. Kenyang :)

Cerita trip to Perak dah hampir ke penamatnya tapi masih ada beberapa kisah lagi sebelum betul-betul tamat.

TO BE CONTINUE ... xoxo


Trip to Perak : Hari ke-8 di Pantai Merdeka

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 5:17 PM Comments : 4 Labels :
Lepas hari pertama terus lompat ke hari ke-8. Trip apakah ini? Mana hilangnya trip ke Perak aku lagi 6 hari yang lompong tu?

Sebenarnya, lepas family aku datang amik aku di Aman Jaya, kami terus pulang. Errr ... takde la terus sangat. Abah berhenti dekat pasar malam sebab anak pompuan dia ni menggedik lapar. Lepas beli makanan baru balik dengan gembira. Aku la yang gembira. Abah dengan ibu macam kasihan sikit. Kena laburkan duit untuk anak dia yang gedik lapar.

Hari ke-2 sampai la ke-7, kehidupan aku seperti seorang remaja yang tipikal. Bangun subuh, solat. Kalau ngantok, sambung tido. Kalau segar, sambung menelaah novel. Sumpah rajin. Kahkahkah. Kadang-kadang aktiviti aku macam seorang anak yang sangat taat akan perintah orang tua. Lepas bangun subuh, siap-siap pula hantar adik aku pergi sekolah. Aku wemp-it bawa dia. Pastu sampai umah menderita kesejukan. Tahu je la angin waktu subuh macam mana. Macam ais. Dah sampai umah pula, aku masak sarapan untuk abah ibu. Tu pun kalau abah tak beli sarapan la. Dah setel semua, aku sambung baca novel atau tengok cerita Korea dekat OneSD. Tapi aktiviti ni akan terganggu kalau abah ada. Dia sangat tipikal babyboomers. Asyik nak tengok berita je. Masa dia ada mesti aku akan berebut siaran dengan dia.

Sebagai anak yang solehah juga, kalau barang dapur kehabisan, aku akan membontot abah ibu pergi pasar. Tolong angkat barang. Abah memang pantang tengok isteri dia pegang beg plastik barang beli-belah, memang dia nak wachaaa kan je anak-anak dia. Berani la buli isteri dia kalau nak sakit. Untung ibu. Jeles.

Panjang pula membebel pasal cerita yang tak menarik. Bosan.

Hari ke-8 di Perak, abah ajak aku pergi Pantai Merdeka. Of course la isteri kesayangan dia dan adik boroi aku ikut sama. Pantai Merdeka ni lokasinya di Kedah. Negeri Jelapang padi. Sepanjang perjalanan aku nampak padi je kiri kanan. Sangat cocok jolokan itu.



Ikutkan, hari ke-7 tu ktorang pergi sana tapi atas hal-hal tertentu, ditunda ke hari ke-8. Tengahari ktorang bertolak. Sepanjang perjalanan aku and adik duk jerit-jerit nyanyi lagi Cinta Pantai Merdeka. Excited sangat. Tak sabar nak tengok Pantai Merdeka. Cantik sangat ke sampai jadi lagu. Petang dalam pukul 5.30 ktorang sampai sana.


Ntah anak sape-sape ntah yang aku ter-snap sama. Tapi takpelah, dah diorang nak interframe, takkan nak halau. Budak-budak. Mintak halal je lah dekat mak bapak diorang.
Actually, sebelum sampai sini, aku sampai sini dulu,


Monumen Tsunami, Kuala Muda. Bukan main tegak lagi aku berdiri. Macam nak nyanyi lagu Negaraku. Padahal masa sekolah-sekolah dulu tiap kali nak nyanyi lagu kebangsaan ni macam orang patah tulang je aku berdiri. Ceh!

Ktorang dekat sini kejap je. Tengok-tengok. Amik-amik gambar. Kawasan rumah yang kena badai tsunami tu diorang pagarkan. Kalau pergi kedah dan ada lebih masa, datang la sini k :) KUALA MUDA. Peminat bantal kekabu lagi patut datang sini. Sini ialah kawasan bantal kekabu dijual. Dalam kereta aku, hala balik, tetiba je ada tetamu baru. BANTAL KEKABU. Murah-murah juga harga dia. Tilam pun ada. Bantal and tilam baby pun ada. Diorang jual tepi jalan je. Unik. Biasa aku tengok pisang goreng @ kacang rebus je dekat tepi jalan, ni bantal kekabu.


Habis cerita Kuala Muda. Masuk balik cerita Pantai Merdeka. Sampai dekat sini aku macam agak kecewa. Ingat lawa sangat la. Tengok-tengok, biasa je. Pantai Cahaya Bulan lagi cantik aku rasa. Tapi dah alang-alang sampai tu apa la salahnya snap gambar sampai penuh memory kad. Kasi berapi sikit dekat orang yang belum sampai Pantai Merdeka. Bhahaha.



Dah puas ambik gambar dekat Pantai Merdeka, kami ke Tanjung Dawai pula. Tanjung Dawai berdepan dengan Pantai Merdeka. Nak pergi sana kena naik bot. Weeeeee~ Ayuh redah ombak!!!


Tapi nak naik bot bukan free. Dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai tambang RM2 per person. Nak ronda-ronda kawasan pun boleh. Ronda-ronda dari Pulau ke Pulau. Bayarannya dari RM 60 hingga RM100. Macam mana dia kira tu aku tak pasti. Tanya la sendiri bila pergi nanti. Jom kita naik bot sambil snap picha~~~~


Boleh snap gambar sebelum bot gerak je. Lepas bot gerak duduk dengan sopan. Tu pun kalau tak nak tercampak dalam air.

Now kita dah sampai di Tanjung Dawai. Welcome to Tanjung Dawai kawan-kawan sekalian.



Di Tanjung Dawai ada kompleks niaga dia sendiri. Benda yang dia jual sebiji macam dekat Kelantan kecuali kopok lekor je takde. Tapi dekat Kelantan aku rasa macam takde jual ikan masin yang besar gedabak. Ikan masam pun takde rasanya. Tapi of course la Kelantan lagi best. Terus rasa macam nak nyanyi lagu Negeri Kelantan dekat situ.


Ni je la ruang niaga dia. Sangat sempit dan boleh bergesel-gesel bontot. Harga barang dia tak tahu nak klasifikasikan sebagai mahal atau murah atau harga standard. Lupa pula nak abah and ibu samada barang dekat situ pada pandangan diorang mahal ke murah. Aku tak ambik port sangat pasal semua-semua tu sebab aku busy tangkap gambar.

Sudah setel beli ikan masin yang sangat besar, kami pun bergerak ke jeti untuk naik bot ke seberang. Masa untuk pulang. Tapi trip belum setel. Masih berbaki 6 hari lagi.

TO BE CONTINUED ... thanks for spending ur time here. xoxo