888 Review

Naluri Seorang Ibu

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 9:27 PM Comments : 1 Labels :
Aku rasa bukan mudah nak menipu seorang insan yang kita panggil ibu. Cubalah menipu macam mana sekalipun, cubalah simpan rahsia sekemas mana pun mesti dia dapat teka dengan tepatnya. Kadang-kadang timbul rasa kagum sebab dia seakan tersangatlah memahami apa yang tersirat di hati anak-anak dia. Kadang-kadang timbul rasa geger dengan naluri keibuan nih. Yela, top secret kita pun dia boleh teka dengan tepatnya. Takut weh! Takut. Siyes! Kuat betul deria ke-6 dia. 

Ibu dan naluri keibuan. Walaupun dia tak nampak apa yang kita buat di belakang dia tapi tetap juga dia boleh detect. Hebat! Signal dia men-detect kemelut yang melanda hati anak-anak dia lagi power dari AES detect kesalahan trafik. Lepas tu dapat listkan satu-satu apa yang terbuku di hati anak-anak dia dengan tak berapa nak tepat tapi sipi-sipi tepat tu ada la. Ajaib! Macam semuanya tertulis dalam data komputer. Padahal takde pun. Kadang-kadang rasa macam dia pasang spy. Rasa macam dia stalk kita. Rasa macam dia ada dekat mana-mana je. Rasa macam .... macam-macam ada lah pendek kata. Panjang kata makin ke laut jadinya entry aku ni. Jadi sebelum panjang kata memunculkan diri, pendek kata JANGAN PANDANG RENDAH PADA SEORANG IBU terutamanya NALURI DIA. NALURI dia tu mahal. Tak boleh dibeli. Takde pada ayah. Takde pada lelaki. Hanya ada pada ibu. Ada pada perempuan. Tetiba rasa tak sabar nak memiliki naluri keibuan. Haha


Terasa macam bangang apabila ....

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 9:30 AM Comments : 7 Labels :
Dalam dunia ni ada macam-macam perkara yang mampu dan boleh membuatkan kita yang bijak pandai ni TERASA MACAM BANGANG ABADI. Seperti biasa, tak seorang pun yang mahu dirinya kelihatan seperti bangang sehingga mampu membuatkan orang mengatakan dirinya bangang atau melihatnya seperti bangang atau menyumpahnya di dalam hati dengan perkataan bangang. Eh! Rasa bengang pula kita banyak sangat perkataan bangang disini. Tapi tu lah, kadang-kadang insiden-insiden yang bangang ni ada kalanya seperti tidak dapat di elakkan. Mungkin kita dah cuba untuk avoid it tapi tu lah. Redhakan saja sambil sorokkan diri dalam bilik dan tutup muka bukan sebagai tanda protes.

Kebanyakan perkara bangang yang berlaku kebiasaannya tersangatlah spontan seperti orang kata tiga, kita dengar tujuh atau orang kata benda lain, kita dengar yang lain dan mulalah merapu hingga menimbulkan rasa malu yang tidak dapat disangkal lagi kepada diri sendiri.

Perasaan bangang juga akan memunculkan diri apabila kita yang takde penyakit gagap ni tetiba tergagap-gagap macam bas KKKL yang tak boleh je ke tulis KL. Perlu ke K tu ada sampai 3 untuk sampai ke huruf L? KL je sudah! Ok, tetiba bas KKKL yang takde kaitan di kaitankan sama. Macam bangang je. See.

Yang lebih membangangkan lagi keadaan apabila kita marahkan seseorang pasal benda yang salah. Maksudnya macam adik kau tak buat pun kerja-kerja menceroboh gerobok baju kau tapi kau pergi marah dia bertubi-tubi tanpa pembelaan. Then mak kau datang pastu cakap dengan penuh nada yang mampu membengangkan kau sampai kau terdiam seribu bahasa sambil mulut ternganga macam kena kejutan tahap tak agak-agak. Apa yang mak kau kata sampai reaksi kau macam tu? Haaaa pergi tanya mak kau. Macam bangang je kan.

Situasi bangang yang seterusnya adalah apabila kau yang ulat buku ni dah jumpa buku tapi kaki masih gigih berjalan sambil mata tak lepas dari buku. Kau berjalan, berjalan dan terus berjalan yang pada pengakhiran jalan ada dinding atau ada orang yang berdiri tegak macam tiang lektrik. Pastu kau dengan jayanya menyembamkan muka kau ke arah objek itu. Heiiiii tahu tak insiden tu macam bangang! Nak nangis rasa.

Tapi lagi super duper triple bangang bila kau, si blogger nak post something di shoutbox seseorang tapi post kau tak berjaya di publish. Kebiasaannya kau mesti akan klik berkali-kali dekat button GO tu kan sampai post kau yang tak go go jadi go. Then kau tak puas hati. Kau klik pula button REFRESH. Eh! tak jadi apa juga nampaknya. Kau sekali lagi klik button GO dengan kasarnya sampai LEFT klik mouse macam nak tanggal. Geram punya pasal. Eh! makin sakit hati kita kau kata. Usaha terakhir kau adalah REFRESH PAGE tu. Then baru kau sedar yang post kau dah di post secara double triple pimple sampai kau rasa macam arghhhhh! Dan aku baru je selesai buat kerja bangang ni. Ya Allah!!!!! Perasaan dia memang macam arghhhhh yang sangat kemas. Malunya.

Selamat Malam

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:48 AM Comments : 0 Labels :



Hujan rahmat membasahi bumi. Menghapuskan segala kekotoran yang terpalit di dunia fana ini. Itu pun sekadar kotoran yang mampu untuk dihapuskan. Rintik hujan yang menimpa tanah bagaikan melodi indah. Melenakan lagi insan yang sememangnya sudah berjam-jam lamanya berlayar ke alam mimpi. Rasa sejuk ni ... macam dekat TanahTinggi. Beku. Tinggal aku  sahaja yang masih cekal bersengkang mata di kala suasana hebat menggoda. Bunyi cicak lelaki berdecak. Cakcakcak. Mungkin dia cuba berborak dengan aku agaknya. Nak berasmaradana dengan cicak perempuan, takde. Dah cari kemana-mana tapi tak dijumpai. Mungkin maksud cakcakcak dia tu ialah "Apehal kau tak tido lagi doe? Orang lain dah lama tido. Kau tukar shift dengan burung Pungguk ke apa? Padan la aku tak nampak si burung hantu tu malam ni " Aku main agak je dia cakap macam tu. Susah juga nak menyelami fikiran seekor cicak ni. Lepas berdecak beberapa kali tapi aku buat tak layan. Cicak tu membawa hati cicaknya yang kecewa dan membelah siling menuju ke destinasi yang aku rasa tak penting untuk aku tahu. 


Mata aku masih segar walaupun dah macam bunga yang hampir layu. Tunggu masa je kepala ni nak lentok ke bantal. Hujan pun dah tak segalak tadi mencurah ke tanah. Dah start rintik-rintik. Seperti sama-sama berkongsi perasaan layu aku. Romantik betul bunyi jatuhnya air hujan. Tit tit tit. Setitis setitis jatuh. Aku jadi terbuai. Selamat malam.

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 9:55 AM Comments : 9 Labels :

Nak tengok orang laki merajuk ni payah sebenarnya. Diorang ni boleh dikatakan spesis yang survive lagi kental tahap gaban. Tak main la melajuk-lajuk ni. Merajuk cuma sinonim dengan perempuan je ... Kata adik aku. Apa barang nak merajuk-rajuk,kan????? Tak macho la macam tu. Kata adik aku lagi. Tapi bila diorang dah start merajuk .... memang tak dapek den nak nolong. Actually, cara orang laki merajuk ni senang je nak detect. Tapi kadang-kadang payah juga nak faham. Ada masanya masa tak merajuk pun diorang boleh jadi serupa merajuk sampai si gadis jadi gelabah tak semene-mena. Lantas mengeluarkan soalan punca. Punca apa? Punca sesi pujuk-memujuk. "Awak merajuk ye?" Akhirnya baik-baik tak merajuk terus jadi betul-betul merajuk. Sebagai langkah mengelakkan salah faham dan menambah pengetahuan am anda si gadis sekalian .... Sila la rajinkan diri teroka isi kandungan ini. Cekidauddddd ....


Perkara yang paling selalu orang laki buat bila nak merajuk ialah DIAM. Diam sediam diamnya. Nak layan orang pompuan bercakap pun malas. TAKNAK! Masa ni diorang mula la jadi manusia OKU. Bagi respon pun cuma dengan angguk kepala atau iyakan semadang apa yang si gadis cakap.

Kadang-kadang diorang akan BUAT TAK TAHU je dengan si gadis. Buat tak paham. Masa ni si gadis kena banyakkan bersabar. Kalau tak ... boleh main fire fire antara satu sama lain. Kes naya tu.

Lepas tu kalau diajak makan sama-sama, dia akan MENOLAK! Haaa ... merajuk la tu.

Dah la ajak makan pun tak nak, lepas tu boleh pulak buat MUKA MASAM. Sakit pulak hati kita ni bobieee! tapi nak buat macam mana, lumrah. Itu dah macam paten muka yang akan dilakukan oleh sesiapa pun yang merajuk. Tak kira la kecik besar, tua muda, laki pompuan. Sepesen je. Takde pembaharuan langsung.

Dan paling tak menahan ialah MATIKAN HANDPHONE. Macam pompuan je gaya merajuknya. Pastu bagi alasan bateri kong. Padahal taknak dengar suara si gadis. Takut marah makin meluap-luap katanya.

Jadi, hai si gadis yang manis, kalau awak tengok boy awak buat perangai seperti ini, paham-paham la sendiri. Pujuk. Jangan tak pujuk.