888 Review

Pengalaman Pertama Aku Makan Wasabi

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 9:41 AM Comments : 20 Labels :
Dulu masa kecik-kecik aku pun macam budak-budak lain, berasa seronok tak tentu hala bila nak pergi makan. Sekarang pun masih berasa seronok tak tentu hala juga bila ada yang ajak pergi makan. Tapi dulu, biarpun aku makan banyak pinggan, badan aku tetap maintain halus macam ibu abah aku tak cara dekat anak dia. Kurus keding macam kurang makan. Kesian keadaan aku masa tu. Macam anak-anak terbiar je. Padahal ditatang macam bubur lambuk yang penuh dalam mangkuk. Tu cerita aku dulu-dulu. Cerita sekarang pulak, walaupon tak makan banyak pinggan sebab aku makan banyak mangkuk ( Yela, orang waras mana yang nak makan sup dalam pinggan? ) badan aku tak maintain-maintain. Kalau pertumbuhan badan aku ni dilukis dalam kertas graf, memang senang je nak plot sebab takde tanda-tanda nak turun. Mencanak naik lagi ada. Plot tanpa guna pembaris pun boleh cerita dia. Ok, ini baru info tambahan. Mukaddimah belum masuk lagi.

Pada satu hari tu besfren forever aku since form 3 ajak jumpa. Kalau dah berjumpa takkan nak berbual je. Mestila nak kena pekena kopitiam ke, kenny rogers ke, McD ke apa-apa ke. Asyik bercakap tanpa minum air boleh berdarah tekak aku. So, dalam perjalanan kaki kami yang melangkah ke tempat yang tak tentu hala tujunya ketika itu, member aku nampak kedai sushi. Terus dia jadi eksited gila babeng macam budak-budak yang nampak permainan yang masukkan 50 sen pastu bergerak setempat sambil mengeluarkan lagu London Bridge is Falling Down tu. Ini serius. Takde tipu punya. Yang lebih serius adalah Atin, belanja aku sushi " Dia meminta dengan muka comel sehingga aku tak mampu nak kata TIDAK! Namun, sebelum aku kata " Ok, jom la " tu .... aku sempat pending beberapa saat sebab menerima kejutan yang amat dahsyat dari permintaan drastik si dia yang langsung aku tak jangka. Aku fikir dia yang nak makan jadi dia la yang akan bayar. Tengok-tengok, dia yang nak makan, duit aku yang kena keluar. Terbayang-bayang di mata aku imej duit terbang pada ketika itu. Nasib baik jarak masa pertemuan semula aku dan dia makan tahun. Kalau tak ..... memang tak kuasa la aku nak layan request dia that day.

Lepas tu .... dengan aku-aku sekali terjebak makan sushi. Memang aku akan cop dunia ni tak adil kalau aku yang kena bayar tapi aku tak dapat makan. Kami pun cari port untuk duduk. Setelah dapat port baik punya, aku menyerahkan sepenuh kuasa kepada dia untuk pilih sushi apa yang perlu kami makan since dia lebih arif mengenai sushi yang sedap-sedap. Aku benak sikit pasal sushi ni. Maklum lah ... I'm malaysian tulen yang tak boleh nak kata tulen juga sebab makan western food not japaniese celup macam dia. Muahahaha!

Biasanya kalau orang makan sushi mesti akan cicah dengan wasabi. Supaya rasanya lebih ummmmph katanya. Tapi aku juga pernah dengar yang wasabi ni pedas. Namun semua itu tak menghalang aku untuk mengambil wasabi dalam kuantiti yang banyak hingga memunculkan jeritan kecil dari orang sebelah aku. " Hei! Atin! Banyaknya kau ambik! Benda alah tu pedas la .... " bebel orang sebelah aku dengan penggunaan sedikit kosa kata orang Johor seperti ' benda alah tu ' walaupon dah belajar bertahun lamanya di Melaka. Tapi, aku kan keturunan Pendekar Mustang, setakat pedas sikit-sikit apa ada hal. Alangkan masak lemak cili padi orang nogori pon aku boleh hirup serupa sup, inikan pula wasabi yang cuma dimasukkan dalam mangkuk kicap yang kecik. Itu semua kecik punya hal. Riak sungguh aku pada masa tu.

Aku pun cucuk sushi dengan garpu sebab nak makan dengan chopstick, chopstick tu macam taknak dengar kata aku. Asyik terlepas dari jari aku je. Tu belum lagi bila dah berjaya pegang chopstick tapi tak berjaya menyepit sushi dengan jayanya. Asyik jatuh-jatuh sampai dah tak rupa sushi dah aku tengok sushi tu. Agrhhhhhh! Aku fedup dengan semua ni! Jadi aku guna la garpu =) Aku cucuk sushi tu dengan berhati-hati. Tak mahu dia merajuk lagi dengan aku. Kemudian aku rendamkan dia dengan berhati-hati dalam kicap yang bercampur wasabi. Aku lumur dan golek-golekkan dia sehingga seluruh sushi tu diselaputi sos ciptaan penuh perasaan riak aku tadi. Setelah diyakini sebati, aku bawa sushi itu perlahan-lahan ke mulut. Aku masukkan semuanya sekali gus. Bila sushi tu menyentuh bibir, aku dengan riaknya berkata dalam hati " Belah mananya yang wasabi ni pedas sangat? Tipu je " citcitcit ..... angkuh betul aku. Tapi bila aku start gigit sushi tu. Terus badan aku yang aku sengaja bongkokkan sikit tu jadi tegak. Aku rasa ada satu rasa yang sangat tajam menyerang aku! Rasa itu menyebabkan kepala aku merasa besar secara tiba-tiba, hidung rasa berasap macam nak kua api dan mata aku jadi berkaca-kaca seperti sambil makan sushi sambil dengar cerita sedih. Keadaan itu hampir membuatkan aku menyembur keluar sushi tu dari mulut. Tapi aku cuba bertahan. Kawal sisa-sisa keayuan yang masih berbaki dengan mengunyah sushi itu slow-slow. Arghhhhh! Seksanya perasaan ini!!! Aku bersumpah takkan pandang rendah pada wasabi lagi. Wuuuu =,( tskk. tskk.

Segmen Follow Mengfollow Sampai Pengsan by Cik Hawa

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 9:34 AM Comments : 18 Labels :



Jemput join. Banyak masa lagi. Ada lebih kurang sebulan dari sekarang.
Nak join boleh klik gambar di atas atau para blogger biasanya panggil banner ja :)