888 Review

Gara-gara HOneykoyuki

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 2:48 PM Comments : 4 Labels :


Terasa diri ni bangang abadi semalam . Aku tak tahu pon yang harga buku tu lebih dari 10 hengget . Aku ingat kurang dari tu, so aku main ambik jela tanpa tergerak hati nak tengok harga . How careless I am . Dah la buku tu bukan buka type aku . Buku Hijab Mode yang aku beli semalam . Padahal nak kata aku ni jenis yang suka berejam-rejam depan cermin semata-mata nak setting tudung, tak jugak walaupon ramai yang cakap yang aku ni tak pernah nak cepat kalau berdandan . Haha . Nak kata yang aku ni model tudung yang kena pakai tudung ikut fesyen terkini pon tak jugak walaupon niat di hati pernah la nak jadi model tudung,kaaannnn . Jadi untuk apa dan demi apa aku pergi beli buku tu ?? Double what terus keluar .

Gambar takde kaitan tapi nak letak jugak! Blog akukan :P

Semuanya gara-gara Si Honeykoyuki tu yang jadi cover, laju je momentum tangan aku mencapai buku tu * kalau ada kesilapan penggunaan istilah fizik I'm sori budak2 fizik . Aku dulu tak pernah dapat A untuk fizik . B selalu * tanpa melihat harga terlebih dahulu pulak tu . Biasanya aku la manusia yang paling alert pasal harga hinggakan disaat abang-abang,kakak-kakak o adik-adik yang dekat kaunter tu duduk terkial-kial cari harga, aku dengan pantasnya tunjuk lokasi harga setiap buku yang aku beli dan menyebut harga tu dengan lancarnya . Kenapa semalam aku tak macam tu ?? Kenapa ?? Kenapa ?? Why ???? . Betul-betul penuh penyesalan nih . Oh wait ! sejak bila si dia yang memiliki nama seakan-akan aku ni telah mempengaruhi aku ? Shit ! Teghebang 12.90 aku semalam . 

Lepas niiiii memang tak r aku nak beli buku yang mahal-mahal semata-mata nak baca pasal FL . Memang aku akan katakan TIDAK dekat sini je . Dekat kedai buku nanti hilang lettew ... Confirm punyo .

Jadi, kalau tak nak menyesal lepas beli buku yang mahal tapi langsung takde tulis temubual dengan si cover buku, cuma ada fesyen semata .... Sila tengok harga dulu sebelum bayar . Pesanan ikhlas dari budak ni . Menyesal dahulu pendapatan . Menyesal kemudian meroyan dalam blog .

Nampak dekat Mr Biskut ni, dia akan kata ni muka mintak penampar  . Mr Biskut yang kejam .


psss .... bila la agaknya aku akan menjadi semantap dia . Jeles tawu T.T

Segmen 2013 : Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:40 AM Comments : 39 Labels :
klik untuk ke blog penganjur

Tak ngantok lagi jadi *huarghhh* aku join segmen ni . Buat masa sekarang follower aku baru 337 orang . Penat nak printscreen lagi pon syarat dia terpulang samada nak printscreen atau apa-apa aja ( dekat apa-apa aja tu baca dengan nada program apa-apa aja ) jadi aku decide untuk taip je .

Apa yang biasa di tanya di kaunter pertanyaan?

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:06 AM Comments : 0 Labels :
Bila asyik di asak dengan macam-macam soalan dan bila asyik di ajukan dengan macam-macam pertanyaan, terus aku rasa nak transform diri ni jadi kaunter pertanyaan . Serba-serbi tanya aku . Aish ! Aku mana la tahu banyak benda macam Mr GOOGLE . Aku jugak bukan retis sampai kena berdepan dengan soalan yang bertubi-tubi . Jadi boleh tak berenti layan aku macam ni ? Hahaha, over react kan ?

Ok, bercakap pasal kaunter pertanyaan ni, apa sebenarnya fungsi sebenar kaunter tu ? Dari pengamatan dan penghayatan mata aku yang dulunya dua tapi dah jadi empat sekarang, aku tengok kaunter tu sunyi-sepi,menyendiri,suam-suam kukukaki,kaku,bisu di satu sudut yang terpensil . Sedih aku tengok . Macam dianakcucukan oleh megamall-megamall yang besar lagi gedabak yang menjual macam-macam barang dunia sehingga puluhan ringgit duit aku lebur di kedai buku popular T.T . Takpe, mencari ilmu itu wajib tapi ilmu apa yang aku dapat dari majalah G3 ? Siap di cop kanak-kanak lagi oleh kengkawan aku = ='

Aaaaa yang aku ni pon satu hal jugak,aku tahu kaunter pertanyaan tu wujud tapi aku tak pernah pon pergi dekat kaunter tu and tanya apa-apa . Jadi aku agak curious la apa agaknya yang orang-orang yang pergi ke kaunter pertanyaan tu tanya ek ? Mungkinkah mereka tanya soalan-soalan yang sebegini ?
.
.
.
.
.
.

A : Encik, ni kaunter pertanyaan ke ?
B : Ye . Ada apa-apa yang awak nak tanya ke ?
A : Tu la pertanyaan saya tadi .
B : = ='

atau ini
.
.
.
.
.
.

A : Encik, dekat sini boleh tanya apa-apa ke ?
B : Ye .
A : Berapa banyak soalan yang boleh ditanya ?
B : Berapa-berapa yang awak nak .
A : Kalau saya tak nak tanya apa-apa ?
B : @#$%^&* ( dalam hati )

mungkinkah ini ?
.
.
.
.
.
.

A : Encik, kaunter jawapan takde ke ?
B : Ada .
A : Mana ?
B : Awak tanya, saya jawab, jadilah kaunter jawapan .
A : * terkesima *

Pssstt,agak-agak kalau aku betul-betul tanya soalan canggini dekat kaunter pertanyaan,berapa peratuskah kebarangkalian aku akan dapat hadiah penampar tawar ?

Tutorial : Letak cute icon di about me

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:22 PM Comments : 0 Labels :
Pagi ni terasa pelik dengan diri sendiri .
Blog aku bukan blog tutorial tapi tetiba boler terada tutorial pulak .
Tutorial pulak, tutorial copy paste .
Takde edit-edit langsung .
Agak-agak bersaman-menyaman tak aku dengan owner tutorial ni?
Ni semua gara-gara satu jejak yang di tinggalkan oleh sorang blogger ni di cbox aku .

Klik untuk bagi calcium . I mean untuk tumbesaran .

Adik Bulan tanya macam mana kakak Paten dia ni buat icon di kotak owner tu .
Ala .... yang ada benda-benda ni 
.
.
.
.


Adik Bulan, sebenarnya Kakak Paten awok ni pon belajar benda ni dari Kakak Lyssa kesayangan hangpa semua tapi takpe lah, bersama-samalah kita menambahkan ilmu di dado . Lagi pon Kakak Lyssa hangpa bukan jenis kedekut ilmu .

Ok, begini caranya . Belajar dengan tekun ye :)

1.  Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Paste kod kat bawah ni :

<center><img src="url icon kecik comel"/>AYAT KORANG</center>

3. Senang je kan ? Kalau nak contoh icon comel , tuh , korang boleh ambik kat bawah sekali tau !


4. "Ayat Korang" ?? Apa yang perlu ditulis ye ? Tulis lah ape2 yg korang suka!he2.


  http://i880.photobucket.com/albums/ac7/justgee89/FAVICON/icon/about%20me/601ea520.jpg


  http://i880.photobucket.com/albums/ac7/justgee89/FAVICON/icon/about%20me/7ca69a38.gif


  http://i880.photobucket.com/albums/ac7/justgee89/FAVICON/icon/about%20me/423ce88c.gif


  http://i880.photobucket.com/albums/ac7/justgee89/FAVICON/icon/about%20me/891d5fb0.gif


  http://i880.photobucket.com/albums/ac7/justgee89/FAVICON/icon/about%20me/9b18af33.jpg
Tadaaa ... Siap dah . Cuba la ye :)
Kalau tak faham dekat sini boleh pergi direct kepada Masternya .
Kalau nak tukar icon lain pon boleh pergi sana jugak, k?


Elia Jejari Runcing budak UiTM KBM .

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 6:22 AM Comments : 6 Labels :

Oooo .... kisahnya . Tu la respon yang aku dapat kalau cerita pasal apa-apa benda je dekat orang Johor . Habis cerita je orang Johor akan cakap " Ooooo .... Kisahnya " . Lagi-lagi kalau bercerita dengan mak cik-mak cik . Tak sudah-sudah dengan ayat keramat tu sampaikan kawan aku yang tak berapa nak mak cik tu pon meresponkan diri dengan bagi ayat keramat tu . Cuba la bagi ayat lain macam " Oooo ... tu ke ceritanya ? " Tapi karang aku pulak yang sakit ati dengar ayat tu . IsH ! Sakit pulak ati kita .


Well ... Elia, si Jejari Runcing kalau tak kenal bia aku elaborate lagi , si bekas tunangan Apek tu .... Dah kenal ? Ish! google jela kalau payah sangat! Rupanya student UiTM KBM ( Kampus Bandaraya Melaka ) jugak . Bila dah ada jugak tu maksudnya aku pon student UiTM KBM jugak lah . Ketahuilah oleh kalian bahawa kami berada di tempat yang sama . Di dalam bangunan yang sama . Bangunan sebijik setinggi 16 tingkat and betul-betul terletak di tengah-tengah Bandar Melaka yang kaya dengan traffic light dan yang telah membuatkan air mata air aku hampir menitis dek kerana imaginasi kekampusan dalam kepala aku tak sama dengan yang terbentang dekat depan mata aku . Aku membayangkan sebuah Universiti yang seakan-akan UTHM tapi yang aku dapat , macam sekolah lama aku pon takde tau! Menangis aku . Aku rasa si Elia tu pon mesti rasa benda yang sama macam aku rasa . Agaknya la . Oh ! Sungguh tak tersangka . Seriously Weh aku tak sangka ! Ini betul-betul ! Bukan cobaan ! 


Pandangan hadapan . Pandangan dari atas mampu membuatkan air mata menitik T.T

Dan part yang paling aku rasa macam " Eh! Sakit pulak hati kita " boleh la pulak orang Melaka sendiri tak tahu yang UiTM KBM ni wujud . Kalau bukan orang Melaka, boleh berkira lagi . Siap buat muka terpinga-pinga lagi bila aku cakap aku belajar dekat sini . Bajet aneh sangat la nama Universiti aku ni ?! Ooooo .... Kalau UiTM Lendu yang dekat ceruk alam tu korang tahu pulak . UiTM yang ada tengah-tengah Bandar Melaka ko tak tahu! Ish! Marah betul kita tau . Tak yah duduk Melaka lah kalau UiTM KBM pon tak tahu  . Sayangnya semua tu hanya terluah dalam hati . Karang aku pulak yang kena buang negeri . Dah la bukan orang Melaka . Tak pasal-pasal Datuk Ali blacklist aku . Ayoooo ... Tak tahu .