888 Review

Makan nasi lauk kicap :-D

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 4:09 PM Comments : 2 Labels :

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai kolej .
Selepas 4 hari bergurau senda dengan adik-adik aku, hari ni aku kembali pulang ke kolej .
Hurmmm, sejujurnya aku belum puas lagi lepaking dekat umah and memerap 24 jam dalam kamarku .
Namun apakan daya, jodoh nak duduk umah lama-lama takde .
Lagi pon... kalau aku duduk umah, alamatnya memang tak baca buku la .
Dah la dalam masa 4 hari dekat umah kerja aku asyik online dengan update blog je .
Kalau baca buku pon cuma baca NOVEL jela .
Baikkan perangai aku ?
Macam tak sedar diri pulak yang tak lama lagi dah nak final exam .
Boleh lagi buat loklak macam dalam cuti sem .
Aduhai Fatin Farhanah, bawak2 mengucap la Cik uiiii !
Fikir masa depan sikit .
Kata nak jadi pensyarah tapi buat perangai .
Jadi la kau pensyarah dalam tido .
Mimpi di siang hari betul !

Ok, cerita mengenai itu sudah tamat .
Sekarang sambung pasal journey aku di MONDAY BLUES .
Biasanya hari Isnin ni boleh jadi hari yang terlebih ceria atau hari yang terlebih emosi .
Macam-macam pon boleh jadi .
Tapi hari Isnin aku hari ni gabungan kedua-dua perasaan tadi ; terlebih ceria & terlebih emosi .
Terlebih ceria sebab dapat naik bas .
Terlebih emosi pulak sebab tunggu bas dalam gerimis .
Eeeee ... sabar jela aku .
Masa menanti kehadiran bas yang sepatutnya aku & sepupu aku naik, berlaku 1 tragedi .
Engkau tahu, ktorang pergi kejar bas yang salah .
Masa tu dalam kedai .
Tengah leka pilih barang, tetiba lalu bas S&S .
Ktorang ingat tu bas ktorang .
Dah la tempat menunggu bas dengan kedai tu jauh .
Sebab tak nak kena tinggal, aku dengan dia berlari selaju yang boleh untuk dapatkan bas tu .
Rasa macam kalau pelari negara lawan berlari dengan ktorang masa tu mesti dia menangis . 
Malu sebab kalah .
Punya la bersungguh ktorang kejar bas tu siap jerit-jerit lagi .
Kalah suara orang yang mintak tolong sebab kena ragut .
Tapi sayangnya, bas yang dikejar tu bas yang SALAH .
Huh ! Buat penat je aku berlari macam tak cukup tanah .
Disebabkan tak nak sejarah kami persis orang gila berulang, kami pon tunggu la bas dekat tepi jalan dalam keadaan gerimis . Memang berbakul-bakul la kata2 kasih-sayang yang ktorg hadiahkan dekat bas tu .

Dalam perjalanan ke Melaka, hujan lebat .
Suasana sejuk dah macam duduk dalam peti sejuk beku .
Automatik perut jadi lapo .
Sampai je kolej, roomate aku pon ngadu lapar .
Nasib baik aku bawak balik bekal, makanlah kami bersama-sama .
Nasik berlaukkan ayam masak kicap .

Lauk ni aku google sebab lauk sebenar dah selamat masuk dalam perut :)
Bila perut dah lapar, suasana pulak hujan, lauk simple pon jadi lazat .
Berpinggan-pinggan semua orang tambah .
Nasib baik aku bawak nasik lebih .
Bijak jugak aku nih . Kekeke .

Apa yang aku nak highlight disini ialah ....
Ada masanya cuma makan nasik dengan lauk kicap pon dah boleh buka selera orang .
Takyah nak tunggu ada siakap 3 rasa , ikan bakar , ayam golek , lobster & macam2 lagi lah makanan hotel .
Pucuk pangkalnya adakah kita pandai bersyukur atau TIDAK dengan rezeki yang ada .

Ok lah, perut sudah kenyang .
Mata sudah kuyu .
Suasana masih mendung dan sejuk .
Moh lah kita ZzzzzzZzzzz .

Segmen : Pencarian Blogger Baru

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 5:52 PM Comments : 6 Labels :


Follower ketika join segmen nie .... 288 orang .

Segmen : Tambah Follower di Hujung Tahun

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:42 PM Comments : 39 Labels :

Follower sekarang : 267

Target follower : 367

^.^

Mak Kero and Mi Kiro story

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 2:54 PM Comments : 2 Labels :

There is a story about Mak Kero and Mi kiro who are husband and wife . Mak Kero is a husband while Mi Kiro is a wife . They dikurniakan 5 orang anak . Anak first namanya Full Employment rate . Sebagai anak sulung dia kena la bekerja demi keluarga dia . Lagipon kalau dia tak bekerja, dia mungkin akan terjebak dalam masalah macam drug addictions, robberies and others . Proceed to second son, nama dia Control Inflation . Tugas dia memastikan supaya harga duit tak jatuh sebab bila tingkat harga umum meningkat ianya mengakibatkan kuasa beli rendah . Anak ketiga.... nama dia Steady Rate of Economic Growth . Dia ni memang sayang sangat dekat adik bongsu dia yang bernama Better Quality of Life . That's why la dia kena maintainkan diri dia, baru la adik dia akan ok . Lagi pon anak bongsu kepada Auntie Mi Kiro and uncle Mak Kero ni memang manja . Nama pon anak bongsukan . Faham-faham je lah . Ok, anak ke-4 nama dia External Balance . Dia ni pendamai antara abang sulung dengan abang ke-3 . Kalau takde dia memang berantakan la family Mak Kero and Mi Kiro nih dan kemungkinan besarnya family diorang ni terpaksa pinjam duit dengan jiran diorang .

.
.
.
.
.


Kalau nak belajar subjek yang komplikated macam Mikro and Makro... pemikiran kita pon kena sama komplikated dengan subjek tu jugakkan ? Memandangkan pemikiran aku tidak lah sekomplikated ini, jadi semestinya story tu bukan hasil ciptaan aku tapi ciplak semata-mata dari MY STORY TELLER . Aku tak faham la kenapa otak dia boleh manipulasikan benda-benda yang abstrak macam ni jadi simple dimple as easy as ABC . Aku tak pernah terfikir pon semua benda tu boleh jadi sebuah cerita keluarga kalau dia tak buat  and to u MY STORY TELLER, i wanna say TQ untuk cerita kreatif ni . Cerita ni sangat-sangat membantu masa nak jawab soalan MIKRO tadi :-)

Hmmmm nasib baik jugak aku mintak bed time story dekat dia semalam . Tidur la aku dengan ilmu di dada malam tadi untuk bekalan jawapan soalan Mikro pagi ni .


Accounting not only for accounting student

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 5:04 PM Comments : 0 Labels :
" PRINSIP PERAKAUNAN "

Aku start belajar subjek ni lepas form 3 . Yelh, selepas bebpe minggu kua result PMR, cikgu-cikgu pon buat pengkategorian kelas . Pengkategorian kelas ni macam 1 badan penapisan yang takde kaitan langsung dengan penapis air yang tergantung dekat dinding dapur mahu pon yang ada dalam water filter dekat lua umah korang . Benda ni macam ( eh, benda ke? Silap . Maafkan saya ) maksud aku pengkelasan kelas tu macam errr macammmm macam mana nak tempatkan sorang2 student ni dalam satu2 kelas tu berdasarkan result2 mereka, faham?

Ok, disebabkan pada ketika itu ( gaya berbisik . Malu ) result PMR aku half A and half B, ianya telah melayakkan aku utk belajar bersama-sama dgn student harapan sekolah dalam kelas sains tulen yang penuh dengan formula kimia, momentum fizik dan anatomi biologi . Aku ingat tu je subjeknya rupa-rupanya ada lagi killer subjek yang lain selain addmath yang merupakan ' makanan ' adik aku yang kembar ( tak puas ati betul dia dapat A utk subjek ni . Cis! ) . Subjek lain tu ialah subjek akaunting . Dah la aku ni memang tak berapa bijak subjek matematik tapi takde la sampai tahap boo doh cuma tak minat . Bila kita tak minat, memang payah . Seriously payah . Jadi kalau nak buat sesuatu perkara tu, benda pertama yang kena ada adalah minat . Takde minat memang ke laut la weiii .

Ok, berbalik kepada subjek tu tadi . Dapat je tahu yang adanya pertambahan subjek yang mampu membuatkan stonehead aku ni pecah, belum apa2 aku rasa stonehead aku dah pecah . Bursttttt!!!! Bencana.. Bencana! Semangat dah hilang! Woi! pulangkan balik semangat aku . Tu yang aku rasa masa belum belajar, dah start belajar, lagi parah . Aku rasa macam manusia yang diserang kemurungan . Stress manjang mengalahkan bapak aku yang kena pikir bujet duit untuk satu family . Tokleh blah betul aku ni kan . Tapi aku tetap jugak kuatkan hati, cekalkan diri untuk serap semua ilmu tu . Bajet ilmu tu macam spongebob square pants yang boleh serap macam2 dalam air . Sungguh apa pon tak boleh aku ni . Tapi setidak-tidaknya aku menyimpan hasrat untuk berjaya . Tiba-tiba berubah jadi manusia yang berwawasan 2020 . Kelas kau Fatin Farhanah . Hahaha . Best pulak rasanya dengan aktiviti mengembangkan diri sendiri ni . Kekeke .

Selepas 2 tahun belajar, masuk dewan pekse . Nak jawab SPM nih . Redha jelah result apa pon yang dapat . Akhirnya memang terpaksa redhalah dengan result aku tu and akaun aku dapat C . Sebenarnya ada sebab lain yang menyebabkan hati aku beku utk akaun tapi bialah rahsia . Shhhhh! Lepas tu aku terus tolak mentah-mentah apa-apa je yang berkaitan akaun . Sebagai bukti, aku tolak tawaran UiTM dengan Poli yang tawarkan kursus perakaunan dekat aku . Then aku sambung form 6 .

Aku ingat aku dah berjaya lari dari subjek tu tapi sangkaanku nyata meleset . Macam mana aku boleh tak sedar yang program UiTM yang aku amik sekarang, degree in International business ada subjek ni :'( . I thought cuma ada ekonomi and pengurusan perniagaan je . Menangis aku . Dah la esok ada test tu tapi aku boleh buat relax dekat depan lappy sambil update blog pasal dia . Memang hati kering betul . Tak serik-serik . Ok lah, tata . Nak g buat latihan akaun banyak-banyak sampai muntah .

Terima kasih mem-publish aku . Confirm lepas ni kau dapat A .
# seriously ?
Serious
# yeke ? ( teruja )
Ye, lepas ko syg aku and study lebih2
# o0o ok =.='

Moral : Takde benda pon yang kita boleh dapat dengan mudah . Nak sesuatu kena lah berusaha . Mana ada sebab ko publish picha subjek killer ko, ko terus boleh dapat A . Karut-marut semua tu . Sungguh! Tiada yang sungguh melainkan yang sungguh2 belako .


Oh my English !

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 6:21 PM Comments : 4 Labels :
" Ok class, tomorrow will be ur test 2 . Be prepared ! If u get below 20, BEWARE "

Erghh!!!! Test lagi ke? Kenapa la dari aku tadika sampai la dah masuk Universiti, test BI tak penah nak habis? Dah la aku dengan subjek ni dah macam musuh sejak turun-temurun . Jarang betul dapat A . Dapat B selalu la . Tapi yang peliknya macam mana aku boleh dapat A ek masa PMR dulu?  Aku rasa macam aku mengarut je masa tulis karangan masa tu . Tapi takpelah, benda dah jadi,  nak wat camne . Dah rezeki dapat A, terima jela . Takkan nak tolak pulak . Kekeke . Aku memang pakar buat ayat kesian + mintak kaki .
.
.
.
.

" What's wrong with U, Farhanah? "

Ok, macam yang dah diberitahu, aku dengan subjek BI memang tak pernah nak seiring dan sejalan . Kami mesti akan membawa haluan masing-masing . Bukan salah aku tapi salah dia yang tak pernah nak memahamkan aku . Ish! Gila kronik aku g salahkan benda yang tak bernyawa . Astaghfirullah al azimmmm .

Jadi tadi, free-free je aku kena marah dengan Madam masa buat test tadi . Errr.. nak kata marah, bukan marah tapi nak kata tegur nampak cam marah la jugak . Jadi nak kata apa ek? Dan ayat dekat atas tu la yang dia cakap dekat aku . " What's wrong with U, Farhanah? " . Masa tu aku cuma mampu buat muka seposen je . Redha jela . Kena marah pon aku tadah je sebab lepas tu aku dapat jawapan . Kekeke . Dah tu, habis je paper, kaw-kaw punya kena bahan dengan member-member aku . Eleh, sebenarnya diorang jeles . Biasa la tu . Aku faham kawan-kawan . Aku faham . Result dah kua nanti kita tengok pulak siapa yang akan kena bahan . JengJengJeng . Kita lihaaattt siapa yang kenaaaa!!!!

.
.
.
.

Dear subjek BI,
Even though kita dah declare as a musuh tujuh keturunan macam sumpah Mahsuri tu, aku tetap berharap kita akan jadi kawan baik forever alone eh maksud aku selamanya, selamanya, selamanya Harimau Malaya . Lalalala . O0oo0oo . Lalalala . Ok my dear fave subjek, kita jadi kawan baik tau macam dalam citer Kisah Kaisara . Tau, tau, tau . Ok, salam . Kawan Baik . Papai :-)

Memujuk sahabat ada caranya

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 6:40 PM Comments : 25 Labels :

Berkawan memang seronokkan? Dapat ramai kawan pon seronok sangat . Tapi bila sampai bab bergaduh tu yang tak best . Masing-masing tarik muka . Tak bertegur . Buat hal masing-masing and blablabla yang seangkatan dengannya .

Pastu bila gaduh dengan manusia yang gubra mesti dia cepat-cepat nak pujuk kawan dia yang tengah marah tu . Kes takut hilang kawan la ni . Tapi malangnya niat baik dia tu lebih menjadikan suasana jadi separah perang dunia ke-2 . Benda kecik jadi besar . Demi mengelakkan itu semua, let's check it out tips ni . Jangan tak tahu, nak memujuk pon ada cara tau .

.
.
.
.

  • Biarkan seketika
Lepas je berlaku pergaduhan/pertengkaran/percakaran and apa-apa jela yang boleh affect hubungan korang, JANGAN ( siap highlight lagi ) terus tegur kawan korang tu . Bia dia ' sejuk ' dulu . Konsep dia sama je dengan jangan masukkan air dalam water cooler masa water cooler tu panas . Karang...bila dia dah membuak-buak habis hilang la muka cantik/hensem korang . Alaaa dun wori la, kalau kawan korang tu sayangkan korang, dia takkan merajuk lelama punya . Percaya la .

  • Bertolak ansur
Perkara ni memang penting . Aku rasa dah macam nasihat basi . Sikit-sikit tolak ansur, sikit-sikit tolak ansur sampai bila nak bertolak ansur ni? Sampai ada yang marah-marah bila kita cakap pasal tolak ansur ni . Sayang,sayang,sayangku sekalian, tolong la, please la buang sifat ego tu . Ok la, kalau taknak buang pon tolong la rendahkan sikit ego tu dan tingkatkan kesabaran . Tak rugi . Seriously . Lagi pon apa yang akan kita dapat kalau ego tinggi melangit ? Cuma dapat sakit hati je . Rasulullah pon mudah je memaafkan sahabat-sahabat dia . Tak rugikan kalau kita yang mintak maaf dulu sebab semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, MEMAAFKAN ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat . ( Khalifah Abdul Malik bin Marwan )

  • Jaga Bahasa
Kalau hati kita tengah ' panas ' dengan dia, jangan g jumpa dia . Takut ayat ntah apa-apa je yang kita keluarkan . Bila dah reda, barula g jumpa dia . Masa nak bercakap tu guna bahasa yang elok . Budi bahasa amalan kita .

  • Berjanji
Bila dah settle sume benda, ' api pon dah padam', suasana pon dah sesejuk kutub utara yang sekarang ni pon dah tak berapa nak sejuk, teruskan keceriaan hari itu dengan perjanjian antara korang dengan kawan korang tu . Berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama . Nobody's perfect right ?


- Tips ni pon sesuai digunakan bila korang bofie/gurlfie bergaduh -

Doodle Blogwalking

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 3:39 PM Comments : 0 Labels :

Mmmm... comelnya doodle ni . First time join BW bertemakan DOODLE tapi rasanya doodle ni akan lebih cantik kalau dalam warna kuning + baby pink :-) Hope menang . Amin :-D Barula boleh demand lebih-lebih . Kekeke .